Salam sume..Hai3..
Seperti yang dijanjikan, ak nk cite pasal holiday ke Langkawi pada 13-15 hb ari 2 bersama-sama family belah umi..Ak sebenarnya still tertunggu-tunggu lagi gambar daripada Pak Njang ak..Adik ak cakap dia xupload lagi gambar 2 kat fb..Adoii Pak Njang suke lambat..huhu..Bukan ape, ak ad je gambar sendiri..Cuma ad gambar special kat dia..Gambar ktorg sume beramai-ramai..Xpela..Nanti ad la 2 dia upload..
Ok, ktorg g sana naik flight Air Asia..Nenek ak ikut ktorg nek flight..Asalnya, Aki (atuk) ak pun naik flight gak skali ngan ktorg tapi xjadi sebab dia ikut Pak Tam ak..Pak Tam & adik beradik umi yang lain naik feri kat Kuala Perlis 2 ha..So dorg awal-awal pagi kol 3am da gerak..Ha memang awal r an sebab nak sampai ke Perlis 2 bukan dekat..Sume dari Selangor & memang dorg rancang nak gerak awal..Lain r ak & Acik (adik umi yang 2nd last)..Ktorg sejam perjalanan da sampai sebab naik flight..hehe..Cuma acik ak naik Fire Fly..Flight dorg pn awal sejam daripada family ak..So dorg sampai awal ckit la..Yang penting penginapan sume da booked..Tapi family Mak Lang, Acik, Pak Njang, & Pak Tam termasuk Aki menginap kat hotel di Kuah, Langkawi..Family ak termasuk nenek, Mak Long & Mak Ndak lak menginap kat Homestay di Padang Mat Sirat, Langkawi..haaa nk tau nape dok asing-asing??sumenye gara-gara tempat full..Ni pun nasib baik sedare ak blah ayah kat Langkawi 2 tolong carikan Homestay ni..Lau x xmerasa la ktorg nak cuti same..
First Day kat sana just jalan-jalan cuci mata+makan-makan & shopping ckit-ckit je dulu..Then pagi 14hb ktorg ramai-ramai bekumpul kat Pantai Cenang, Langkawi..Aktiviti bermandi-manda+picnic+snap pic..Haa kat sini la ad gambar ktorg beramai-ramai tapi ad kat kamera Pak Njang..sob3..Yang paling syoknye ramai-ramai naik bot g Island Hopping!Tanpa membuang masa jom usha gambar-gambar terpilih yang ak upload..hehe..Malas nak membebel panjang so kite layan gambar k..
:: PANTAI CENANG ::
Paling kanan 2 cousin merangkap anak Mak Ndak ak. Nama dia Aida Zulaikha. Baru Form 3 tapi tengok la. Dia yang paling tinggi. Menci tau!hoho
Kiri: Amir Harith. Ini dia budak bulat yang suke wat orang geram dgn keletah dia. Bijak sgt dak ni. Dia ni ank Acik ak. Dalam ramai-ramai sepupu dia je panggil ak Kakak Dina!ee org ajar panggil Kakak Dila, dia sebut gak Kakak Dina.huhu.
Tengah: Pak Tam. Dia adk umi yg 3rd last. Kurus je Pak Tam ak ni tah bile la nk gemok.haha.
Kanan: Amar Ilman. Ha ni ank Pak Tam ak. Tengok jela muka dia 2 paling sebijik ayah dia. Dia ni pn comel sgt lau bercakap. Sempat beli sekotak Ultraman tau kt pantai ni. Adoi Amar ni punye jauh an beli mainan Ultraman.hehe
Ececeh..sempat lak posing jap an.Ok,bye!
Trio F.A.Y. My sibling. Yang kiri kakak 1st ak, tgh kakak 2nd. Hahaha sape caye mmg cian sbb kene tipu. Ak la kakak yg 1st. Yg tgh2 adik 2nd ak then kiri 2 adik last ak. Tapi org selalu cakap ak yg mcm adk.hehe
Kanan 2 Mak Lang ak. Tapi adk beradk ak+ank2 dia sendiri panggil dia mama. Ak panggil dia mama sebab dulu dia jaga ak masa kecik. Last2 adk2 ak pn ikut pggl mama.hee~
:: ISLAND HOPPING ::
Otw 2 Tasik Dayang Bunting
Bersama si budak bulat!
Antara sepupu-sepupu lelaki yg sengal+nakal. Snap gambar jap b4 korg berendam
Hehe ktorg men rendam-rendam kaki je. Yang kanan 2 Mak Long ak. Alolo comeyy pakai topi 2
Kami sekeluarga dalam piring!haha..Sampai je jeti balik dari Island Hopping 2 tengok2 da bersusun gambar ktorg & pelancong2 lain kat booth berhampiran. Ntah bile cameraman snap gambar th. Adik2 ak siap pandang kamera ag. Gambar ak candid sebab ak memang xpasan. Umi pn sama xpasan th bile kene snap gambar. Ayah ak pasan rasenye.hee~
Sekarang gambar-gambar ni da cantik tersusun kat almari umah ktorg =)
Lepas je penat melawat tempat-tempat kt Island Hopping pe ag....Next station, Ismail Hj Group kat Bandar Kuah! Kedai coklat yg famous 2.Wahh haeven gile dgn coklat. Rambang mata jadinya sume ak nk cekup. Skali sampai kaunter hamek ko RM300++ total. Tapi umi sporting. Xkesah pun sebab holiday kali ni ktorg ketuk dia dengan shopping coklat je.hehe. Kuah memang tempat tumpuan untuk bershopping so memang sakan la ktorg beli itu ini.
Satu lagi tempat tumpuan yang orang akan g adalah Idaman Suri. Haa ni memang kedai mak-mak la...sbab pe tau, kat sini la dorg akan borong pinggan mangkuk bagai. Termasuk la umi & nenek ak. So mother's time la plak..hehe. Tapi memang serius murah barang-barang kat sini sampai ayah ak pn join sekaki shopping homeware. Hmm bertambah la 1 beg masuk Kargo sebab bertambah barang-barang shopping.huhu. Ikutkan nak sambung shopping tapi disebabkan perut da kelaparan ktorg makan dulu & balik rehat-rehat.
:: DATARAN LANG ::
Before g Dataran Lang sebenarnya ktorg sempat g Kedai Ismail Hj Group yang jual homeware plak. Banyak tol kedai dia. Ada homeware, ada gak yang jual coklat. Confirm kaya Hj Ismail ni.hehe. Pastu ktorg tros ke Dataran Lang.
Ktorg saje g Dataran Lang ni waktu malam sebab xpanas.hehe
Ayah ak pny teka teki. Dalam banyak2 burung, burung ape yg bodoh?
Jawapannya burung kat Dataran Lang ni la sebab x terbang2..haha. Tah pape je ayah bg teka-teki
Belah kiri 2 nenek ak. Mesti xsenyum sbb dia xperasan ngh snap gambar.hehe
Acah2 pegang sayap dia.
Atiq bajet tatang burung 2 lak.
Ha ak pn xketinggalan.
Umi lagi yo yo oO konon2 cm cucuk paruh burung 2.haha
Balik dari Dataran Lang ktorg sempat g makan walaupun cam da ngantuk. Penat berjalan time siang xabis ag sebenarnya tapi cam 2 la holiday an. Barula puas.
:: CABLE CAR ::
15hb, pagi-pagi sebelum subuh ag ktorg da bangun mandi sembahyang & siap-siap tepat kol 7 lebih. Bukan semangat la tapi sebab nak gerak awal g tempat Cable Car 2. Xnk beratur panjang-panjang+panas nanti. So kene la gerak awal an. Cantik gak tempat dia. Ada gak 2 3 orang yang datang awal cam ktorg. Sebelum kaunter bukak bek ktorg sarapan dulu. Dan-dan abis makan kaunter open & ktorg antara yang awal la beratur. Dapat harga istimewa tau kalau tunjuk MyKad. Untung jadi warganegara.hehe
Ok saat yang dinanti telah tiba...tapi serius ak cakap Cable Car Langkawi ni lagi gayat kot daripada Genting Highland!Terjerit-jerit ak & adik-adik time naik benda alah 2. Walaupun memang xdinafikan dapat tengok pemandangan cantik, tapi serem seh!haha. Ada bran??naikla Cable Car 2. Korg rase sendiri Cable Car 2 siap berayun-ayun time kat bahagian agak curam..eeeii!!
Pemandangan kedai-kedai sekitar kawasan Cable Car
Tengah tunggu turn ni
Ha nampak cm rendah je..skali naik mabuk tros!
Umi ni nasib baik xpening. Dia yg semangat rakam bagai.
Ini dia muka kecut & cover. Bukan main kuat lagi dorang jerit!
Stop jap kt Perhentian tengah. Saje amek gambar ni sebab teringat pernah wat benda ni time kt Genting......
Phheewwiitt~ so sweet!
Akhirnya..kami tiba di puncak. Siap ketaq kaki tengok gaung kt bawah
Ayah sape yg encem ni~
Sebenarnye cuak gak ni. kalau toleh je belakang memang gerun r.huhu
Time nak turun balik kat bahagian bawah lagi ngeri kot ak rase dalam Cable Car 2. Pejam mata jela ak.haha. Untuk Last day ktorg abiskan masa jalan-jalan kat tempat-tempat lain macam Makam Mahsuri, Underwater World & lain-lain. Pas asar ktorg da ready kat Air Port. Daftar barang-barang sume, boarding+delay (sokmo delay Air Asia ni!) then jam 8.10pm ktorg terbang balik ke LCCT. Untuk percutian kali ni best gak la. Penat tak usah cakap. Siap demam lagi..hm macam-macam. K lah ak pn da lenguh dok ngadap lappy, lenguh tangan menaip lagi..nak tdo dulu..daa~
Habis Sudah Membebel ^^,