Ya..Sangat benar kata-kata di atas..Dah lebih seminggu result semester lepas keluar..Alhamdulillah..Target mengena..Dapat menyandang lagi title yang diidamkan setiap pelajar..Unexpected!..Terbaik sangat..Syukur tak terhingga..Moga dapat kekalkan title tersebut dan terus cemerlang..
Sepanjang semester lepas, bermacam perkara berlaku..Dapat keluar bercuti + jalan-jalan ngan classmates..Dan yang paling-paling ak tak sangka, perkara yang bersejarah berlaku dalam hidup ak..Ak tidaklah kenal dy dengan sebenar-benarnya..Tidak bercinta, tidak juga berkasih bermesra..Tup-tup, dy datang ke rumah dan merisik..Seterusnya kami bertunang..17 Januari 2014..Siapa sangka kan..Tarikh tu jadi tarikh keramat buat ak dan dy..
Kini, hampir 4 bulan kami bertunang..Alhamdulillah..Tuhan hantar orang yang sangat baik untuk ak..Sangat bersabar, memahami dan bertanggungjawab..Semoga dipermudahkan segala perancangan dan urusan kami untuk ke jinjang pelamin..Semoga mendapat keberkatan dari-Nya juga..Allah adalah sebaik-baik perancang =)
Cuti semester hampir 2 bulan..Awal bulan hadapan sudah masuk semester baru dan merupakan semester terakhir..Sepanjang cuti ni, ak bekerja sebagai guru mengaji..Alhamdulillah..Di samping rezeki, ia juga sebagai amal jariah..Minggu depan, bertambah seorang lagi anak murid..Hehe..Tapi, bila dah masuk belajar nanti terpaksa ubah masa mengajar mereka supaya tak mengganggu jadual pembelajaran..
Hope perjalanan hari esok dan seterusnya akan terus dipermudahkan serta diredhai-Nya..Jatuh bangun serta dugaan yang mendatang tidak akan mematahkan semangat, malah akan terus menambahkan syukur kerana ak percaya, Tuhan menguji setakat yang ak mampu serta ini adalah cara-Nya untuk menghapuskan dosa-dosa..
*Salam Rejab Semua Umat Islam..Rajin-rajinla Puasa Sunat Ye.. ;p**