-->
(^^,)

Thursday, January 22, 2015

Happy Anniversary.. Happy Birthday..

Assalam Sume..
Januari da tiba ni aku heksited ckit.. Selamat tahun 2015 sume.. Memang saja aku tunggu harini.. Saat ni.. Huhu.. Haa korg mesti ada yang xtau ag an aku da tunang.. Ni la aku nak cite serba ckit ni..

17 Januari 2014 ak selamat menjadi tunangan Mohd Saifuldin Rizuan.. So gentle this man u know! Datang jumpa umi aku luah sume perasaan dan minta izin nak menyunting aku.. Hehe.. Da malas nak cite lebih.. Biarlah Allah, Aku, Dia & Keluarga je yang tau segalanya.. Haha.. Kang ada pulak yang nyampah & cakap aku lebih-lebih puji tunang plak..







Dah, tengok ckit-ckit da la gambar ye.. (^^,) Wedding ktorg next month.. 20hb nikah.. 21hb majlis.. Jemputla datang.. Dan baru-baru ni 17hb genap setahun pertunangan ktorg.. Alhamdulillah.. Korg doakan la segalanya berjalan lancar ea.. And biar ak ni jadi isteri solehah.. Cukup bagus da dapat laki yang baik.. Lau degil gak ag aku ni xtau r.. Haha..

Semalam plak 21hb genap 25 tahun umur tunang aku.. Sanah helwah awak (wish ag).. Haha.. U are the best fiance ever! Cepat ckit datang cni.. Bole kte celebrate.. Thx 4 everything ea.. Nantikan surprise dari saya.. Huhu..



Tengok.. Aku siap designkan bantal untuk hadiah dy.. Tapi yang menjahit bagai ni bukan aku la.. Hahaha.. Hey awak.. Dulu awak pernah cakap an nak ada bantal peluk,, Haa tu saya bagi awak bantal.. Hehe..

Awak pun pernah cakap bila nak cite pasal awak kat blog saya an.. Haa ni la saya cite ni.. Saja tunggu masa anniversary & birthday awak baru saya nak cite pasal awak.. Huhu.. Tapi saya tak nak cite lebih-lebih.. Nanti kang ada orang curi awak dari saya.. Wakaka.. Bajet an.. Pasni segala cite tentang kite saya luahkan kat cni.. (2 pun lau rajin la.. kehkehkeh)

Okeylah.. Aku sekarang malas da nak membebel banyak-banyak.. Cukup takat ni dulu ea.. Daa~

*Hai Mohd Saifuldin.. I.LY.. =)   <== Sila pm saya untuk balas.. Haha*



Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Thursday, May 8, 2014

Alhamdulillah (^^,)



Ya..Sangat benar kata-kata di atas..Dah lebih seminggu result semester lepas keluar..Alhamdulillah..Target mengena..Dapat menyandang lagi title yang diidamkan setiap pelajar..Unexpected!..Terbaik sangat..Syukur tak terhingga..Moga dapat kekalkan title tersebut dan terus cemerlang..

Sepanjang semester lepas, bermacam perkara berlaku..Dapat keluar bercuti + jalan-jalan ngan classmates..Dan yang paling-paling ak tak sangka, perkara yang bersejarah berlaku dalam hidup ak..Ak tidaklah kenal dy dengan sebenar-benarnya..Tidak bercinta, tidak juga berkasih bermesra..Tup-tup, dy datang ke rumah dan merisik..Seterusnya kami bertunang..17 Januari 2014..Siapa sangka kan..Tarikh tu jadi tarikh keramat buat ak dan dy..



Kini, hampir 4 bulan kami bertunang..Alhamdulillah..Tuhan hantar orang yang sangat baik untuk ak..Sangat bersabar, memahami dan bertanggungjawab..Semoga dipermudahkan segala perancangan dan urusan kami untuk ke jinjang pelamin..Semoga mendapat keberkatan dari-Nya juga..Allah adalah sebaik-baik perancang =)

Cuti semester hampir 2 bulan..Awal bulan hadapan sudah masuk semester baru dan merupakan semester terakhir..Sepanjang cuti ni, ak bekerja sebagai guru mengaji..Alhamdulillah..Di samping rezeki, ia juga sebagai amal jariah..Minggu depan, bertambah seorang lagi anak murid..Hehe..Tapi, bila dah masuk belajar nanti terpaksa ubah masa mengajar mereka supaya tak mengganggu jadual pembelajaran..

Hope perjalanan hari esok dan seterusnya akan terus dipermudahkan serta diredhai-Nya..Jatuh bangun serta dugaan yang mendatang tidak akan mematahkan semangat, malah akan terus menambahkan syukur kerana ak percaya, Tuhan menguji setakat yang ak mampu serta ini adalah cara-Nya untuk menghapuskan dosa-dosa..

*Salam Rejab Semua Umat Islam..Rajin-rajinla Puasa Sunat Ye.. ;p**



Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Sunday, December 8, 2013

Semester 7..Phheww!


Salam Sume..Hai3..
Ya..Semester baru telah bermula..Semangat baru pun bermula..Result yang lalu usah dikenang..Yang baru ni harus ditingkatkan..Azam kali ni jangan biarkan sekadar azam..Make sure do it! *banyak cakap kat diri sendiri sebenarnya*

Kali ni da jadi final year student..But not final sem..Now sem 7..Semestinya sem yang makin mencabar..Makin perlukan kesungguhan & pengorbanan..Mana nak assigment ag..Tesis ag..Baru 2 minggu start new sem pun pale da stat pening-pening..huhu..

Tapi xpe..Untuk pastikan pening-pening tu hilang & berjimba sebelum keje menimbun, ak & kawan-kawan akan pegi bercuti! Yahuuu..Tak sabar tunggu next week..Penang-Perak, wait 4 us ok! hee..Walaupun hanya 16 orang yang akan pegi tetap da terasa-rasa meriahnya..

Sem ni 5 je subjek yang kene hadap..Walaupun 5 tapi payah gak au..2 subjek arab, 3 lagi undang-undang..Mudah-mudahan dapat naikkan pointer sem ni sebab subjek tak banyak..Sem ni gak rilek je awal-awal masuk ari 2..Tak yah da nak add/drop subjek..Tak yah kene ngapal surah..hihi

Untuk subjek Amalan Guaman, ak ngan geng bersatu! huhu..Firma ktorg namanya Tetuan Najwa & Associate..Haa amek nama Kak Wa untuk nama firm..Subjek Mal plak ak dapat grup ngan boys..Nama firm tak tau lagi sebab belum start discuss..

Mudah-mudahan dapat bekerjasama dengan dorg sebaiknya..Hope perjalanan pembelajaran juga lancar sumenye..Pray 4 me guys! Daa ~

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Saturday, October 5, 2013

Imtihan Nihai'e

Salam Sume. Hai3.
Haaacchhuumm!! Haa bersin2 ak.. Mau dekat 2 bulan da ha ak x jenguk blog kesayangan ni.. Berhabuk bersawang bagai.. Banyak je benda best ak nak share ngan korang tapi malas nak taip.. Haha.. Ni pun tibe2 rasa nak bukak blog sebab ngantuk seh study petang2 gini.. Haa untuk pengetahuan u all ak ngah final exam week skunk.. Da selamat 3 paper ak hadap.. Huhu.. Tapi ak nak gak upload jadual exam ak.. 


So, pray for me yaa.. Bia ak dapat terus naikkan lagi pointer.. Nanti amek ijazah leh dapat 1st class.. Eceewwahh.. Nampak x ada lagi 4 paper ak kene hadap 2.. Sume killer paper tau dak??!.. Pemarkahan sangat straight lak 2.. Adoyaii.. Sem ni la kot ak rase agak serabut ckit.. Dengan kene apal Surah an-Nur yang panjang 2.. Nasib da lepas.. Alhamdulillah.. Xpe next sem da relax daa.. 

Eh korang layan x hindustan tadi?? Tajuk arini 'Kabhi Alvida Na Kehna'.. Best seh wa cakap luu.. Da la SRK yang berlakon.. Pas2 ada Rani Mukherjee, Priety Zinta, Arjun Rampal, Abishek Bachan, Amitha Bacahan & paling best Kajol ada muncul jap.. Haha.. Sume pelakon fav ak.. 2 sebab rela jap xstudy semata-mata nak ngadap SRK ak.. Sedih cite dy.. Sesuai untuk orang yang da kawen tengok.. Bagi pengajaran yang mendalam.. Feeling I tau.....

Hurmm da2 la pasal hindustan 2.. Ni ngah ngadap Undang-undang Komersil ni.. Xhadam2 dari td haa.. Komersil ni best time blaja.. Time nak jawab soalan, alamakkk.. Banyak beno autoriti kene ingat.. Da la carrymark pun ak xpuas ati sangat.. Undang-undang Tanah yang ak kurang minat 2 lak carrymark ag tinggi.. Acaneee 2?? Oii semangat kerajinan.. Tolongla masuk dalam diri ak.. Next week dua2 paper undang-undang & sangatlah menyerabutkan.. Bak kata geng ak, tiba2 rambut macam banyak gugur sebab stress! Hahahaha..

3 paper sebelum ni pun leh tahan la soalannya.. Hope kami boleh tersenyum la kuar dari dewan exam nanti untuk next paper.. Janganlah payah tahap gaban soalannya.. Moh kite doa ramai2.. Korang Aminn kan cepat.. "Ya Allah, Tuhanku yang Maha Pengasih lagi Penyayang..Permudahkanlah urusan kami..Lekatkanlah ilmu & hafalan yang kami pelajari..Jauhkanlah sifat malas dari diri kami..Cemerlangkanlah diri kami & berikanlah kami perolehi keputusan yang baik..Bismillahitawakkaltu 'Ala Allah..Aminn~"

:: See u next time guys... Peace~ ::

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Wednesday, August 7, 2013

Iftar Jamaie 2013

Salam Sume. Hai3.
Da last Ramadhan an. Sedih. Sayu. Malam tadi time tarawih terakhir pun da sayu je rase. So sempena da last day pose ni nak share la ngan korang ceritera ramadhan ak. Iftar ngan family 2 xleh dipisahkan la. Yang wat ak exited sebab dapat wat iftar ngan kawan-kawan kali ni. Lebih meriah daripada bese. Hehe.

1st iftar of course la kat kampung tercinta ngan family belah umi. Tiap-tiap tahun akan berkumpul sesame, iftar jamaie & tarawih jamaah kat umah. Pas 2 ngan geng T-Ara ak. Ktorang pekena nasi arab tau. Kat Restoran Half Moon, Serdang. Ni kali ke-2 ak jejak situ. 1st time jejak last year ngan class-mate SMSU. Wat iftar gak masa 2. Then kali ni, ktorang berenam je iftar sesama tanpa gangguan orang lain. Hee~

18 July 2013

Tengok la bape banyak nasi dy dalam sepinggan 2. Memang ak tapau la jawabnye sebab xlarat nak perabih. Tapi kali ni ak ad geng. Mariam pun tapau gak. Hihi. Yang lain sume makan sampai licin. Ak xde la g 2. Memang magic lau ak leh makan bebanyak gini. 

Ok, next iftar lak wif class-mates SMSU. Tahun ni ktorang g dekat-dekat je. Kat Tasik Idaman. Pernah dengar x tempat ni? Area Sg Buah kat Bangi Lama 2. Ad 3 orang dak kelas ak xjoin time ni. Tapi tetap meriah. Girls gerak pas maghrib sebab senang da solat. Sampai je leh terus makan. Yang bestnye, majoriti boys pakai jubah. Mana yang ak xpernah nampak pakai jubah 2, memang nak gelak la tengok. Bukannye apa, nampak lain je dorang ni. Alim g 2! Hee~


24 July 2013

Then, last iftar bersama kawan-kawan kat Restoran Horizon Garden, Sek 8, Bangi. Iftar ngan school-mates ni plus reunion skali la. Tapi iftar ni antara girls je & xsume dapat datang. Dalam ad yang xdapat datang 2 leh tahan havoc gak. 16 orang bergabung + da lama xjumpa = kepoh xheran kiri kanan. Huhu.


2 Ogos 2013

Sambil makan, sambil la dok bercerita hal memasing. Ad yang da tunang & bakal bertunang pun ad. Sampai gak masa kawan-kawan ak ni. Tahniah la ye korang. Ak je xtau ag bile. Xpuas sebenarnya jumpa time iftar ni. Jap sangat rasa masa berlalu. Tapi xpe. Ktorang akan bergabung semula dalam versi konvoi raya 2013. Hehe.

Ad gak time pose ri 2 family ak iftar kat Hotel Seri Malaysia, N.9. Iftar ni under office ayah ak. Sesat gak la time nak cari bank ayah ak keje 2. Ingatkan wat kat bank. Upenye kat hotel. Padahal da lalu da tadi. Bek ak terus tunggu situ je. Saje je ayah ak ni tau. Huhu.

Pejam-celik-pejam-celik, sok da raya. Family ak da tangkap gambar raya au. Tahun ni wat awal ckit sebab malas nak tuggu turn kat kedai cina 2 pas solat ari raya. So, kat kedai melayu 2 da leh shoot gambar, ktorang pun xbuang masa la. Gambar pun siap cepat. Cantik gak. Xde beza pun ngan kedai cina yang selalu ktorang g. Nak tengok? Nah, tengok la.






Haa cantik x??cantik x??cantik x?? Haha. Ok la. Sekian saja bebelan ak kali ni. Nanti da berposing sakan time raya ak upload ag gambar. Daa  ^^,







Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan ^^,

Salam Sume. Hai3.
Ramadhan datang lagi. Syukur rasanya masih diberi peluang untuk terus melakukan ibadah puasa untuk tahun ini. Malam tadi terawih x? Slalunya malam 1 Ramadhan penuh sangat umat Islam kat masjid-masjid & surau-surau. Family ak besenya akan g masjid Uniten, Bangi. Kat situ best. Imam dy orang arab & bacaan dy sungguh merdu. Walaupun kadang-kadang dy baca ayat yang panjang ckit, tapi bacaan dy laju & dy sangat menghayati ayat yang dibaca sampai menangis. Pastu, sebelum solat terawih, ad tazkirah 5 minit. Memang tepat-tepat 5 minit penceramah tu bertazkirah & isinya ringkas, padat serta bermanfaat.

Sempena bulan Ramadhan ni, ad rancangan Qari Junior jam 6.30pm kat TV3. Ktorg 1 family suka tengok sebab budak-budak cilik ni comel & pandai mengaji. Ad yang mengaji lagi sedap dari ak. Malu jap rasa kat diri sebab xdapat mengaji berlagu cam dorg. Bila dengar je dorg mengaji, tersentuh & sebak rasa. Alhamdulillah, kecik-kecik lagi da diterapkan dengan al-Quran. Ad sorang budak ni dy pandai azan sebijik macam muazzin masjid madinah. Then ayat dy yang buat ak tersentuh, dy cakap dy nak pelajari al-Quran dengan lebih mendalam & nak jadikan al-Quran sebagai 'pakaian' dy ='). Subhanallah.

Marilah kita sama-sama tingkatkan amalan diri. Banyakkan bertaubat, berzikir, berzanji. Kalau selalunya kita mengaji semuka je, bulan puasa ni lebihkan la ckit muka untuk dibaca. Ad masa lapang, buatla tadarus al-Quran dengan kawan-kawan atau family. Mudah-mudahan, Ramadhan yang inilah diri kita betul-betul diampunkan dosa & diredhai-Nya.

Semoga tersemai benih keinsafan, diangkat doa & amalan serta dapat terus perbaiki iman. Wallahu'alam ~

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Friday, June 28, 2013

Freedom At Friday-Sunday!

Salam Sume. Hai3.
Waarrghhh best btol dapat landing lame-lame atas katil tadi. Ponteng kelas?? bukan. Kelas batal?? pun bukan. Tapi.. Takde kelas adalah jawapan yang betol! haha. Setelah 2 minggu jadual kelas ak stable-tak-stable, akhirnya masuk minggu 3 ni da permanent. Memang pack & busy dari Isnin-Khamis. Tapi Jumaat-Ahad rasa nak jerit "freeeddooommm" kuat-kuat.*batak jap sebab sepanjang degree ni, sem ni la jumaat-ahad rasa free*. 

Tapi kerja-kerja rumah tak terbengkalai pun ok, wlaupun ak dok landing 2. Hehe. Dan ari yang ak freedom ni, tak dela ak nak buang masa cam 2 je. Masa nilah akan ak manfaatkan sebaiknya untuk bagi perhatian kat "Encik-encik Buku & Kitab" yang ada 2. Pelajaran tetap diutamakan dalam masa senggang diraikan. Ewah, ayat tak leh bla an. Haha. Tibe-tibe je terlintas kat pikiran ak ayat ni.

Emm tugas-tugas s/u untuk logistik settle setakat ni. Tunggu tugasan selanjutnya je. Homework....ada tak ek??ada pun, prepare untuk presentation jela. So, 3 ari ni leh tumpu study lebih ckit. Ak ni da la kurang kerajinan time awal-awal sem. Dah makin naik sem ni, perlu ubati penyakit M yang masih belum sembuh akibat cuti lama ari 2. Hehe. 

Ok la, cam tak tau je da nak membebel ape. Nak kecoh pasal jumaat ak takde kelas je sebenarnya. Wakaka. Adios ~


Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:
Subscribe to: Posts (Atom)
Subscribe to: Posts (Atom)

:: Be My Follower ::

Wanna Friend With Me??Just Do This Step:

1) Copy my blog url
2) Go 2 ur dashboard
3) Click add button at the left corner
4) Paste my blog url at the space "add from url"
5) Then just follow the next step

Simple right??And thx 2 become my follower ^^,

:. WishList .:


study smart
Bertunang! ;)
Kumpul Lebih Banyak Tudung Bidang 50
Kuar Jln2 Ngn Member2
Pergi Umrah & Haji
Kawen ^^,

:. B e b e L a N .:

  • ▼  2015 (1)
    • ▼  January (1)
      • Happy Anniversary.. Happy Birthday..
  • ►  2014 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (20)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (30)
    • ►  December (2)
    • ►  November (5)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (32)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (5)
    • ►  February (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (7)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)

Background.MyEm0.Com
Half Purple and Blue Butterfly
Terima Kasih Sudi Jengah Ke Blog Ini.Jengah La Lagi Yee. Powered by Blogger.