Salam Sume. Hai3.
Ramadhan datang lagi. Syukur rasanya masih diberi peluang untuk terus melakukan ibadah puasa untuk tahun ini. Malam tadi terawih x? Slalunya malam 1 Ramadhan penuh sangat umat Islam kat masjid-masjid & surau-surau. Family ak besenya akan g masjid Uniten, Bangi. Kat situ best. Imam dy orang arab & bacaan dy sungguh merdu. Walaupun kadang-kadang dy baca ayat yang panjang ckit, tapi bacaan dy laju & dy sangat menghayati ayat yang dibaca sampai menangis. Pastu, sebelum solat terawih, ad tazkirah 5 minit. Memang tepat-tepat 5 minit penceramah tu bertazkirah & isinya ringkas, padat serta bermanfaat.
Sempena bulan Ramadhan ni, ad rancangan Qari Junior jam 6.30pm kat TV3. Ktorg 1 family suka tengok sebab budak-budak cilik ni comel & pandai mengaji. Ad yang mengaji lagi sedap dari ak. Malu jap rasa kat diri sebab xdapat mengaji berlagu cam dorg. Bila dengar je dorg mengaji, tersentuh & sebak rasa. Alhamdulillah, kecik-kecik lagi da diterapkan dengan al-Quran. Ad sorang budak ni dy pandai azan sebijik macam muazzin masjid madinah. Then ayat dy yang buat ak tersentuh, dy cakap dy nak pelajari al-Quran dengan lebih mendalam & nak jadikan al-Quran sebagai 'pakaian' dy ='). Subhanallah.
Marilah kita sama-sama tingkatkan amalan diri. Banyakkan bertaubat, berzikir, berzanji. Kalau selalunya kita mengaji semuka je, bulan puasa ni lebihkan la ckit muka untuk dibaca. Ad masa lapang, buatla tadarus al-Quran dengan kawan-kawan atau family. Mudah-mudahan, Ramadhan yang inilah diri kita betul-betul diampunkan dosa & diredhai-Nya.
Semoga tersemai benih keinsafan, diangkat doa & amalan serta dapat terus perbaiki iman. Wallahu'alam ~