-->
(^^,)

Monday, December 17, 2012

Sayu Menyapa

Terdengar dengkuran kecil ayah, sayu tiba-tiba hati ini. Teringat kata-kata motivator dalam program motivasi yang pernah ak ikut dulu, "Cuba kamu tengok ayah kamu kalau tertidur. Kamu tengok turun naiknya nafas dia. Ayah kamu penat bekerja. Tapi ada dia mengeluh?Kamu minta duit, ada dia berkira?Macam mana kencangnya turun naik nafas ayah kamu, macam 2 la gambaran lelahnya ayah kamu keluar mencari rezeki"

Mengalir air mata. Kenapa tiba-tiba emosi ni?Hmmm. Kesian ayah. Ak mengaku ak memang xsanggup tengok dia bekerja. Sekarang, nasib office yang dia baru transfer lebih dekat berbanding dulu. Kalau dulu dia bekerja di Rawang, kadang-kadang lewat malam baru dia sampai rumah. Ak bersyukur ayah berkemampuan menanggung kami sekeluarga. Masih merasa kami dibawa bercuti. Masih juga kami dapat merasa diberi apa yang diingini. Kadang-kadang, nak minta duit dari ayah atau umi, ak xsanggup. Ak sayu bila tengok dorg kuarkan dompet sambil keluarkan wang. Xtau kenapa, ak memang mudah tersentuh bila melibatkan kedua orang tua.

Tadi, ayah balik bawa Pizza Hut Delivery (PHD). Sempat dia beli untuk kami. Hari 2, ak dapat dekan, ayah bagi Blackberry. Kalau nak dihitung, banyak sangat jasa & pengorbanan ayah. Ayah teman g exam. Ayah hantar g asrama. Ayah tolong servicekan kereta. Macam-macam. Ak pulak jarang bercerita tentang ayah. Tapi bukanlah bermakna ak lupa. Dan hari ini, entah kenapa, laju tangan ak melayari blog sambil bercerita serba sedikit tentang ayah. Walaupun ayah sudah menjangkau 40-an, tetapi ayah tetap handsome & tuff. Bangga mempunyai ayah yang bijak & berkerjaya. Ayah juga penghibur sekeluarga.

Semoga ayah dipanjangkan umur. Sesungguhnya ak xsanggup kehilangan ayah. Ak xbersedia. Ak perlukan ayah. Kurniakanlah kesihatan kepada ayah Ya Allah. Begitu juga kepada umiku yang sangat penyabar. Janganlah Kau ambil mereka dariku kerana ak belum mampu untuk menjalani hidup tanpa keduanya. ='(
Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Saturday, December 8, 2012

Melewati Hari-Hari Busy

Salam sume..Hai3..
Orang lain sume da dok bercerita pasal new sem. Ak je xmenyempat nak mengadap blog ni. Awal-awal sem je da jadi busy girl. Lecturer sem ni pun masing-masing nak cepat je. Bertimbun-timbun kerja menimpa. Yang sakit otaknya kami la para student. Hoho. Dalam 2 minggu melewati sem baru ni memang rasa sesak nafas ak. Tapi Alhamdulillah lecturer sem ni pun sume best-best. Ak pun sem ni 'DIBULI' class-mate! haha. Tapi jangan salah paham. Bukan buli tahap kritikal. Cuma dorg kenekan ak jadi penolong kelas. But its ok. No prob sebab memang ak xkesah. Ustaz Yusof, lecturer subjek maqasid siap bodek kononnya dy akan bagi A untuk ketua & penolong kelas. haha. Ak & Aiman, ketua kelas hanya senyum je. Untuk sem 5 ni mostly subjek 3 jam kredit. Tapi ak xde feeling serem pun sebab dari diploma da bese dengan subjek 3 jam kredit. So xde la rase tension melampau. hehe.

Minggu 1st settlekan subjek, memang huru-hara jap hidup. Ke sana ke mari mencari lecturer. Sampai kaki pun bengkak-bengkak & sakit. Nasib umi tersayang tolong urutkan. Lega! 2 la magic nya urutan seorang umi. Sakit macam mana pun, bila urutan 2 penuh kasih sayang & ditambah lak dengan nikmat sembuh dari Allah, sume pasti kembali seperti sedia kala. Xdela ak menahan sakit da time g kelas. Lau x, nak jalan pun slow je. Nak pijak pedal minyak kete pun azab. hoho. Nasib kaki je yg sakit an. Lau tangan sakit gerenti tertangguh la keje-keje yg bertimbun ni. Next week banyak benda kena submit & start presentation. Ayyoo..awal-awal sem mesti kelibut. Tapi xpe. Bila pikir balik senang bila da ujung sem t. Banyak masa untuk study.

Dalam busy melaksanakan tugas, tadi ak sempat layan 'Istanbul Aku Datang'. Harusla tengok an sebab ada kekasih ati ak => Beto Kusyairy!. Dari dulu lagi ak minat dy. Layan cite ni pun sebab bagi otak rest jap. Da la cite romantik. Memang khayal r ak melayannya. Tangkap leleh, beb! Sebelum 2 lagi, ak layan Running Man dulu. Bagi gelak-gelak ckit. Habis layan 1 episod terus excited tengok kekasih ati berlakon lak. huhu. Emm dengar-dengar cite result SPA da kuar. Kak Wani ada g tau. Aiman pun sama. Tapi ak xleh cek lagi. So xdapat tau lagi la pasal result 2. Ada rezeki, ada la an. Lau xde untuk kali ni, ada rezeki yg lebih baik menanti ak. Just berdoa jela untuk mendapat yg terbaik.

Sebenarnya ak da ngantuk ni. So untuk kali ni, ni jela kot ak nak bebel. Kang bebel panjang-panjang korg lak annoying. haha. Ok, nite guys. zzzZZZZzz ~

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Friday, November 23, 2012

Hadiah Ayah Untuk Si Demam

Salam sume..Hai3..
Tak chat sebenarnya ni.Actually pagi semalam lagi da rase xsedap badan.Tapi dek kerana da janji nak temankan Solha g KUIS ak kuatkan diri.Lagipun cian dia nanti xde sape tolong.2 pun siap 2x minah 2 terlepas tren gara-gara sorang indon ni lembab sangat beli tiket kat mesin.haha.Nasib badan la an.Alhamdulillah settle da urusan dia sume.

Then balik je semalam teros rasa cam makin terok.Sah, memang nak demam.Bersin-bersin xyah cakap la.Bikin gegar 1 umah.Ak kalau da kene demam selsema memang terok tahap maksima.Besela orang berpenyakit cam ak ni sakit ckit pun da tahap cam nak mati.Antibody sangat lemah.Ni pun macam ada kekuatan ckit 2 sebab leh on9.Umi & adik-adik jaga ak sepanjang ak terbaring.Umi da amikkan ubat.Ayah xtau lagi ak sakit so time balik 2 dia tengok TV cam bese.Dia ingatkan ak dok on9 dalam bilik cam bese.Padahal abis je sembahyang Isyak semalam memang xlarat sangat.

Tiba-tiba ayah panggil.Ingatkan dia nak minta tolong watkan air milo dia macam selalu.Ak yg xlarat ni minta la tolong adik ak tanya ayah nak ape.Lau nak air, adik ak la kene watkan.Tapi adik ak cakap ayah ak panggil ak gak.Ok fine bangun gak jumpa ayah.Sampai kat ayah je terus nah, hadiah untuk orang demam.haha.Wow, ak macam rase xdemam jap tiba-tiba.Ayah bagi hadiah phone Blackberry.Hadiah sempena ak dapat dekan!Ayah pun tolong masukkan simcard & ajar la ak cara-cara guna phone 2.Pas2 sempat gak suruh ak watkan dia air milo!haha ayah...ayah..Dia memang nak air milo hasil air tangan ak gak.Dari dulu lagi ak perasan benda ni.Tapi lau masakan, tetap air tangan umi ak la no 1 kat ati dia.Bab-bab air je ak no 1.hehe.Ha ak dapat tau gak class-mate ak Ain, pun dapat BB!haha.Siap kol ak suruh ajar dia cara guna BB.Ak ni pun xde la khatam ag belajar gune benda alah 2.Ajar mane yg tau je~

Lepas say thx kat ayah teros masuk bilik balik.Adik-adik ak ada teman.Umi pun ada jenguk.Rasa xlarat datang balik.Tah bila terlelap ak pun xsedar.Penangan ubat agaknya yg wat ak makin ngantok.Pagi tadi time subuh 1st ayah ak jenguk.Pas2 umi datang lak rasa badan ak.Tanya masih demam ke.Ak xlarat jawab.Bila umi rasa badan panas 2 dia pun tau la jawapannya.Pas sembahyang memang tdo balik la.Pukul 8 lebih kot umi kejut suruh ak bangun sarapan & makan ubat.Tapi sume 2 macam dalam mimpi.Haram ak nak bangun!haha.Kol 12 lebih tadi baru kuat ckit bangun mandi, makan, & makan ubat.

Ni pun sebab rasa boring sangat ak bukak la blog jap.Elok-elok tadi macam ok tapi rasa cam xlarat balik.Mata pun merah je.Ak ni demam tiba-tiba je.Nape th...Demam rindu ke??Demam terkejut??haha tahla..Da Tuhan nak bagi demam, demam la an.Xpe sakit 2 penghapus dosa.Alhamdulillah.Semalam 22hb an.Patotnye genap 3 tahun.Pe benda yg patotnya 3 tahun??adela..rahsia!Hari ni lak 23hb..genap sebulan da untuk tragedi 2.Pe yg genap pun bia ak & mereka yg tau je tau.hehe.Emmm jom layan lagu ni.Ok adios~





* Hadiah kegembiraan & pengubat kesedihan..Be strong FAY!! *

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Tuesday, November 20, 2012

Langkawi

Salam sume..Hai3..
Seperti yang dijanjikan, ak nk cite pasal holiday ke Langkawi pada 13-15 hb ari 2 bersama-sama family belah umi..Ak sebenarnya still tertunggu-tunggu lagi gambar daripada Pak Njang ak..Adik ak cakap dia xupload lagi gambar 2 kat fb..Adoii Pak Njang suke lambat..huhu..Bukan ape, ak ad je gambar sendiri..Cuma ad gambar special kat dia..Gambar ktorg sume beramai-ramai..Xpela..Nanti ad la 2 dia upload..

Ok, ktorg g sana naik flight Air Asia..Nenek ak ikut ktorg nek flight..Asalnya, Aki (atuk) ak pun naik flight gak skali ngan ktorg tapi xjadi sebab dia ikut Pak Tam ak..Pak Tam & adik beradik umi yang lain naik feri kat Kuala Perlis 2 ha..So dorg awal-awal pagi kol 3am da gerak..Ha memang awal r an sebab nak sampai ke Perlis 2 bukan dekat..Sume dari Selangor & memang dorg rancang nak gerak awal..Lain r ak & Acik (adik umi yang 2nd last)..Ktorg sejam perjalanan da sampai sebab naik flight..hehe..Cuma acik ak naik Fire Fly..Flight dorg pn awal sejam daripada family ak..So dorg sampai awal ckit la..Yang penting penginapan sume da booked..Tapi family Mak Lang, Acik, Pak Njang, & Pak Tam termasuk Aki menginap kat hotel di Kuah, Langkawi..Family ak termasuk nenek, Mak Long & Mak Ndak lak menginap kat Homestay di Padang Mat Sirat, Langkawi..haaa nk tau nape dok asing-asing??sumenye gara-gara tempat full..Ni pun nasib baik sedare ak blah ayah kat Langkawi 2 tolong carikan Homestay ni..Lau x xmerasa la ktorg nak cuti same..

First Day kat sana just jalan-jalan cuci mata+makan-makan & shopping ckit-ckit je dulu..Then pagi 14hb ktorg ramai-ramai bekumpul kat Pantai Cenang, Langkawi..Aktiviti bermandi-manda+picnic+snap pic..Haa kat sini la ad gambar ktorg beramai-ramai tapi ad kat kamera Pak Njang..sob3..Yang paling syoknye ramai-ramai naik bot g Island Hopping!Tanpa membuang masa jom usha gambar-gambar terpilih yang ak upload..hehe..Malas nak membebel panjang so kite layan gambar k..

:: PANTAI CENANG ::

 Paling kanan 2 cousin merangkap anak Mak Ndak ak. Nama dia Aida Zulaikha. Baru Form 3 tapi tengok la. Dia yang paling tinggi. Menci tau!hoho

 Kiri: Amir Harith. Ini dia budak bulat yang suke wat orang geram dgn keletah dia. Bijak sgt dak ni. Dia ni ank Acik ak. Dalam ramai-ramai sepupu dia je panggil ak Kakak Dina!ee org ajar panggil Kakak Dila, dia sebut gak Kakak Dina.huhu.

Tengah: Pak Tam. Dia adk umi yg 3rd last. Kurus je Pak Tam ak ni tah bile la nk gemok.haha.

Kanan: Amar Ilman. Ha ni ank Pak Tam ak. Tengok jela muka dia 2 paling sebijik ayah dia. Dia ni pn comel sgt lau bercakap. Sempat beli sekotak Ultraman tau kt pantai ni. Adoi Amar ni punye jauh an beli mainan Ultraman.hehe

 Ececeh..sempat lak posing jap an.Ok,bye!

 Trio F.A.Y. My sibling. Yang kiri kakak 1st ak, tgh kakak 2nd. Hahaha sape caye mmg cian sbb kene tipu. Ak la kakak yg 1st. Yg tgh2 adik 2nd ak then kiri 2 adik last ak. Tapi org selalu cakap ak yg mcm adk.hehe

Kanan 2 Mak Lang ak. Tapi adk beradk ak+ank2 dia sendiri panggil dia mama. Ak panggil dia mama sebab dulu dia jaga ak masa kecik. Last2 adk2 ak pn ikut pggl mama.hee~


:: ISLAND HOPPING ::

 Otw 2 Tasik Dayang Bunting

Bersama si budak bulat!

 Antara sepupu-sepupu lelaki yg sengal+nakal. Snap gambar jap b4 korg berendam

Hehe ktorg men rendam-rendam kaki je. Yang kanan 2 Mak Long ak. Alolo comeyy pakai topi 2

 Kami sekeluarga dalam piring!haha..Sampai je jeti balik dari Island Hopping 2 tengok2 da bersusun gambar ktorg & pelancong2 lain kat booth berhampiran. Ntah bile cameraman snap gambar th. Adik2 ak siap pandang kamera ag. Gambar ak candid sebab ak memang xpasan. Umi pn sama xpasan th bile kene snap gambar. Ayah ak pasan rasenye.hee~

Sekarang gambar-gambar ni da cantik tersusun kat almari umah ktorg =)

Lepas je penat melawat tempat-tempat kt Island Hopping pe ag....Next station, Ismail Hj Group kat Bandar Kuah! Kedai coklat yg famous 2.Wahh haeven gile dgn coklat. Rambang mata jadinya sume ak nk cekup. Skali sampai kaunter hamek ko RM300++ total. Tapi umi sporting. Xkesah pun sebab holiday kali ni ktorg ketuk dia dengan shopping coklat je.hehe. Kuah memang tempat tumpuan untuk bershopping so memang sakan la ktorg beli itu ini. 

Satu lagi tempat tumpuan yang orang akan g adalah Idaman Suri. Haa ni memang kedai mak-mak la...sbab pe tau, kat sini la dorg akan borong pinggan mangkuk bagai. Termasuk la umi & nenek ak. So mother's time la plak..hehe. Tapi memang serius murah barang-barang kat sini sampai ayah ak pn join sekaki shopping homeware. Hmm bertambah la 1 beg masuk Kargo sebab bertambah barang-barang shopping.huhu. Ikutkan nak sambung shopping tapi disebabkan perut da kelaparan ktorg makan dulu & balik rehat-rehat.


 :: DATARAN LANG ::

Before g Dataran Lang sebenarnya ktorg sempat g Kedai Ismail Hj Group yang jual homeware plak. Banyak tol kedai dia. Ada homeware, ada gak yang jual coklat. Confirm kaya Hj Ismail ni.hehe. Pastu ktorg tros ke Dataran Lang.

 Ktorg saje g Dataran Lang ni waktu malam sebab xpanas.hehe

 Ayah ak pny teka teki. Dalam banyak2 burung, burung ape yg bodoh?
Jawapannya burung kat Dataran Lang ni la sebab x terbang2..haha. Tah pape je ayah bg teka-teki

 Belah kiri 2 nenek ak. Mesti xsenyum sbb dia xperasan ngh snap gambar.hehe

 Acah2 pegang sayap dia.

 Atiq bajet tatang burung 2 lak.

 Ha ak pn xketinggalan.

Umi lagi yo yo oO konon2 cm cucuk paruh burung 2.haha

Balik dari Dataran Lang ktorg sempat g makan walaupun cam da ngantuk. Penat berjalan time siang xabis ag sebenarnya tapi cam 2 la holiday an. Barula puas.


:: CABLE CAR ::

15hb, pagi-pagi sebelum subuh ag ktorg da bangun mandi sembahyang & siap-siap tepat kol 7 lebih. Bukan semangat la tapi sebab nak gerak awal g tempat Cable Car 2. Xnk beratur panjang-panjang+panas nanti. So kene la gerak awal an. Cantik gak tempat dia. Ada gak 2 3 orang yang datang awal cam ktorg. Sebelum kaunter bukak bek ktorg sarapan dulu. Dan-dan abis makan kaunter open & ktorg antara yang awal la beratur. Dapat harga istimewa tau kalau tunjuk MyKad. Untung jadi warganegara.hehe

Ok saat yang dinanti telah tiba...tapi serius ak cakap Cable Car Langkawi ni lagi gayat kot daripada Genting Highland!Terjerit-jerit ak & adik-adik time naik benda alah 2. Walaupun memang xdinafikan dapat tengok pemandangan cantik, tapi serem seh!haha. Ada bran??naikla Cable Car 2. Korg rase sendiri Cable Car 2 siap berayun-ayun time kat bahagian agak curam..eeeii!!

 Pemandangan kedai-kedai sekitar kawasan Cable Car

 Tengah tunggu turn ni

 Ha nampak cm rendah je..skali naik mabuk tros!

 Umi ni nasib baik xpening. Dia yg semangat rakam bagai.

 Ini dia muka kecut & cover. Bukan main kuat lagi dorang jerit!

 Stop jap kt Perhentian tengah. Saje amek gambar ni sebab teringat pernah wat benda ni time kt Genting......

 Phheewwiitt~ so sweet!

 Akhirnya..kami tiba di puncak. Siap ketaq kaki tengok gaung kt bawah

 Ayah sape yg encem ni~

Sebenarnye cuak gak ni. kalau toleh je belakang memang gerun r.huhu

Time nak turun balik kat bahagian bawah lagi ngeri kot ak rase dalam Cable Car 2. Pejam mata jela ak.haha. Untuk Last day ktorg abiskan masa jalan-jalan kat tempat-tempat lain macam Makam Mahsuri, Underwater World & lain-lain. Pas asar ktorg da ready kat Air Port. Daftar barang-barang sume, boarding+delay (sokmo delay Air Asia ni!) then jam 8.10pm ktorg terbang balik ke LCCT. Untuk percutian kali ni best gak la. Penat tak usah cakap. Siap demam lagi..hm macam-macam. K lah ak pn da lenguh dok ngadap lappy, lenguh tangan menaip lagi..nak tdo dulu..daa~








Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Sunday, November 18, 2012

Alhamdulillah. =)

Salam sume..hai3..
Alhamdulillah syukur nikmat..Ak happy sgt skunk & rase nak nangis..nak tau sebab pe??bukan nangis kesedihan k..nangis kegembiraan!!Hm...Guess what??tentereee...Hello 'Mr Dekan' I'm Glad To See You!!!hahaha..Syukur..Syukur..Memang xdijangka..Setelah ak try bkak partial transcript kat portal LMS, akhirnya ak dapat gak tengok result sem 4!And, Alhamdulillah again..Memang ak nak sujud syukur lepas ni..Nak ucap syukur banyak-banyak kat Tuhan..Paling best dapat tengok wajah gembira umi & ayah..Mula-mula ak agak risau bila dengar kawan-kawan banyak yang pointer jatuh..Tapi ak terus berdoa supaya ak dapat tingkatkan pointer ak & dapat membanggakan umi & ayah..Then, doa dimakbulkan!Syukur Alhamdulilah..Berkat doa semua & usaha yang xpernah putus..Keputusan ini akan terus ak jadikan semangat supaya sem-sem akan datang lebih maju..Untuk sem 5 akan datang ak tengok subjek-subjek nya macam mudah tapi xtau la an..Semoga dipermudahkn la..Kepada kawan-kawan yang lain tahniah untuk korang walau berapa pun korang dapat k..Jom kite sume terus berusaha sama-sama lagi pasni..Kite teruskan wat discussion cam selalu tau..Kite sume ni diciptakan memang pandai cuma untuk memperolehi kepandaian itu harus betul & berhikmah caranya..Ok..Nak dating dengan si Dia yang xpernah lupakan ak setiap detik & waktu..Cinta abadiku..Allah s.w.t..daa~


* inilah dia rupanya pelangi indah yg Allah berikan padaku setelah hujan di tengah hari..ingin berkongsi bersama dia sebenarnya tentang perkara gembira ni....... *

* pasal entry bercuti kat Langkawi nanti ak update k..tengah tunggu beberapa gambar dari pak cik ni..lambat benor dia nk upload kt fb 2..hee *

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Sunday, November 11, 2012

Aku Terima Nikahnya



Salam sume..hai3..
Semalam layan movie Aku Terima Nikahnya..Akhirnya dapat gak ak tengok..Kebanyakan kawan ak yang da tengok cakap cite ni xbest..Tapi bila ak tengok semalam not bad what..Maybe sebab ak ni berjiwa romantik so bagi ak cite 2 menarik & leih-lebih lagi bila layan part romantik lakonan Adi Putra & Nora Danish..hahaha haktuuiihh!

Tapi betol la..Cite ni syok..Layannn..Tangkap leleh..Sangat menyentuh jiwa..Ak pn bergenang gak air mata tengok cite ni..Then bila nak dekat abis cite 2 ak suka kata-kata yang kuar 2..Ala yang Adi Putra cakap 2..Bunyi nye macam ni..

    " Kadangkala orang yang mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu..kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya..Dan bila di suatu masa dia hilang dari pandanganmu..Kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari.. "
   
Ha..Tangkap syahdu x??haha..Kalau boring-boring nanti nak tengok balik la cite ni sorang-sorang..Semalam adik-adik ak ad..So cover-cover ckit time nak nangis..wakaka..Hmm..Semakin dekat ni tarikh nak holiday..Waaahh xsabanye..Langkawi, I'll see you!!Nanti ak update pasal holiday ak k..da~


* Masih terkenang...hmmm.. *

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Saturday, November 10, 2012

Exam S.P.A

Salam sume..Hai3..
Akhir bulan lepas ak teima e-mail & surat dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk menduduki PEPERIKSAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S27..Alhamdulillah syukur sangat diberi peluang & tawaran 2..So arini tibala masa untuk ak mengadap exam tersebut..Cun je tarikh yang ak dapat..10.11.12..No giliran ak pn cun gak..1202023..Tempat exam??laaaaggii cun!kat PICC, Putrajaya..hee..Pagi-pagi tadi pas breakfast terus gerak ngan ayah ak..Mula-mula lek je..Cam x rase nk amek exam..Rase cam nak g jalan-jalan ada la..Tapi bila da jejak kaki kat Dewan 2, ha tiba-tiba je ketaq 1 badan..Jap je ketaq 2 sebab bila terserempak Kak Wani (senior KUIS dulu) teros excited..Ingatkan ak sorang jela xde kawan..Malu nak tegur orang lain..hehe..So bila ada Kak Wani lega rase & siap duduk sebelah-sebelah ag ngan Kak Wani..

Ok, masuk dewan exam 2 berdebar balik..Ada gak muka-muka ex dak KUIS ak nampak..Borang jawapan da ada atas meja & ktorg kena isi borang kehadiran kt borang OMR 2..Rase cam ngah exam kat KUIS je..haha..Da r untuk details nama peperiksaan kena tulis full..hamek ko memang xmuat la tulis panjang berjela PEPERIKSAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S27..Bila kertas soalan da dapat, da semak sume start r jawab Bahagian A pada jam 9.00am..Soalan ABCD je..Tapi Bahagian A ni bahagian pengetahuan am..Ada gak la 1,2 soalan yang ak kantoi & dengan senang hatinya ak tibai ikut suka ak..Masa menjawab 40 minit cukup untuk ak jawab kesemua 50 soalan..Siap ada masa nak semak ag..Fuhh, lega sume berjalan dengan lancar..

 

Seterusnya jam 10.10am start menjawab soalan Bahagian B lak..Ha...Yang ni ak annoying ckit!huhu..Soalan pasal math!OMG...!Ak da r kureng bab math ni..Bukak je soalan, la...Soalan standart skola rendah je..TAPI...dan TAPI dan TAPI lagi...Kalkulator xleh guna!Cet, semangat ak bawak kalkulator zaman skola dulu..Skali xleh guna..Bahagian ni la yang ak rase ramai kantoi..Memang la senang soalannya tapi lau da xleh guna kalkulator confirm macam siput la nak menjawabnya..Pastu nak wat jalan kira ag..Soalan lak ad yang pening..Masa 45 minit kali ni memang xcukup..Ak rase muka ak memang cemas gila..Time pengawas peperiksaan cakap "masa menjawab tinggal 10 minit", ha ak makin cemas!Ak baru kat soalan 20 lebih..Soalan sume ada 40..Adoyai da ada da bau-bau failed bahagian ni..haha..Tapi ak redah je..Mana yang memang xtau jawab & xsempat ak dengan bangganya sekali lagi tibai ikut suka ati..Best tau main tibai-tibai ni..hee..Kak Wani kat sebelah pun cemas ak tengok..Ktorg gelak-gelak je sebab sume calon dalam dewan merungut xsempat jawab..Bermakna bukan ktorg je la lembab..wakaka..

Kertas exam da dikutip ak & Kak Wani terus kuar..x hadap da nak dok lame-lame kat situ..Da la sejuk nak mampos..Ayah lak suruh ak lek-lek dulu sebab dia tengah cuci kereta..Hmm memang sempat tido la ak kat lobby 2 menunggu ayah..Time ngah cuci mata tengok kawasan PICC 2 ak ternampak lak sweet wife & husband..Si husband siap datang kat wife dia dalam lobby 2 pastu nak tolong bawak handbag wife dia..Tapi wife dia xkasi..Then jalan sama-sama sampai ke kereta..Sebelum husband dia masuk keta, dia make sure wife dia da masuk dulu..Punya la sayang an..Bestnya...Kepala pun mula la ligat berangan..Pastu rasa macam best kalau dapat kongsi pengalaman hari ni kat orang yang sudi dengar, tanya macam-macam pasal arini then ak cite pasal sumenye..Orang 2 plak layan je kerenah ak..Setia dengar ak membebel walaupun ak tau sebenarnya dia bukan dengar sangat..huhu..Masa dapat tawaran ni pun da excited nak share dengan orang 2 tapi....emm..Teringin nak bertegur sapa berchit-chat dengan orang 2 macam dulu..tapi..emm..Bukan xnak wat cam 2 tapi...emm..Tah la..Eh da la..Macam lari topik..Sadis sungguh!

Bila ayah sampai terus cepat-cepat masuk keta..Ayah belanja lunch & tanya ckit-ckit pasal exam..Ha ak teringat gak kat class-mate ak yang amek exam sama cam ak kat negeri masing-masing..Dorg pun exam arini..Kak Wa, Aiman & Hariz..Ak just mesej Kak Wa & Aiman je tanya camna dorg mengadap killer paper tadi..Hariz, ak xde no dia..haha..So xdapat la tanya pengalaman dia camna..Masing-masing berserah jela..Ak pun sama..Ape pun jadi da ditulis & ditetapkan..Setiap orang ada rezeki masing-masing..And guys, jangan lupa doakan ak ea..da..~

* dak-dak form 5 sebok amek exm SPM, ak sbok amek exam SPA..haha..aha..for my sis yg amek exam MUET td, gud luck 4 ur result t.=) *

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Friday, October 26, 2012

Doa Penghapus Kesedihan

120- اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.
120. "Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku." [137]

121- اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ.
121. "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang." [138]

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Wednesday, September 26, 2012

Tinta Hati Buatmu Kawan

Kepadamu Kawan..
Jangan pernah untuk merenggangkan ikatan..
Jika kami tersalah bicara, berilah kami kemaafan..
Jika kami terlalu lalai, ingatkanlah kami kepada perkara yg perlu dilakukan..
Jika kami melakukan sesuatu yg mungkar, tegurlah dengan cara ma'ruf lagi menyenangkan..
Jika kami bukan dalam golongan suci hati lagi ikhlas, ajaklah kami ke arah yg kau mahukan..
Jika kami bukan seperti kawan yg kau impikan, janganlah kau beri cacian dan membanding-bandingkan..
Jika selama ini kami kurang menyenangkan, beritahu kami agar segalanya dapat dibetulkan dan diselesaikan..

Mungkin kau terasa hati, tapi kami lebih merasa terluka dengan kata-kata 'penamu'..
Mungkin kau terasa di pulaukan, tapi kami lebih merasa kesakitan dengan tingkah lakumu..
Mungkin kau terasa diabaikan, tapi kami lebih merasa sedih dengan keegoanmu..

Ukhuwwah kerana-Nya bukan dirasai serta-merta..
Setiap persahabatan caranya berbeza-beza..
Jika keikhlasan diserapkan dan baik sangka..
Pasti kau merasai kemanisan berukhuwwah jua..
Ak juga manusia biasa..
Yang kadangkala khilaf segala benda..
Teguran ini hanya untuk kebaikan semua.. 
Kerana ak rindukan kenangan manis bersama..

Kali ini..
Hanya harapan untuk segalanya pulih seperti biasa yg ak ingini..
Hati tidak betah melihat persahabatan yg kian rapuh bila diuji..
Teguranku bukan untuk menyakiti..
Tetapi untuk kemaslahatan ak, kau & semua kawan yg sentiasa disisi..

" Sesungguhnya Persahabatan Itu Indah..Jangan Cemarinya Dengan Perkara-Perkara Yang Boleh Menjadi Racun Berbisa Sehingga Tiada Lagi Kemanisan Berukhuwwah "

*Bila ak dah bermadah, memang padah!*


Habis Sudah Membebel ^^,

2 comments:

Tuesday, September 18, 2012

Berfoya-foya before final

*aha..tajuk nk bom-bastik-mister-loba2 je an*

Sunway Pyramid!!haa setelah berzaman tak hangout kt sunway, ahad lepas ak & beberapa kroni kelas berfoya-foya lepaskan tension kat sana-berfoya-foya di sini membawa maksud hangout ok-sambil melapangkan kepala yang serabut mengadap mid-term sebelum ni, ktorg jalan-jalan cari makan la..then layan movie..best gak tengok Resident Evil..yang laaaggii bestnye ak dapat pekik kat telinga Nisa..hahahaha..cian ko Nisa nasib la dok sebelah ak..bukan sengaja pekik ea..but seriously terkejut gila time scene kat umah budak pempuan tu, tibe-tibe je zombi kuar dari almari..awal-awal lagi ak da suspen sebenarnye..hehe..elok je ak cakap "tah2 ada benda dalam almari tu", terus je zombi yang ngeri tunjuk rupa dia..memang tinggi la oktaf jeritan ak...

Selesai layan movie ingatkan nak la masuk dalam Sunway Lagoon..skali usha-usha harga, makk aaiii..xdapek la den nak nolongnye..run of budget!masing-masing terbayang duit terbang melayang..lagipun time tu da pukul 4..so macam alang-alang je nak masuk..nanti tak puas enjoy sebab masa dibuka sampai jam 6pm je..untuk sedapkan hati masing-masing, ktorg putuskan lain kali jela masuk situ..hehe..dapat snap gambar kt bahagian luar Sunway Lagoon pun jadila..nah, tengokla gambar yang just beberapa keping je ak upload ni..nak tengok gambar len sila ke FB ak..=)

ain.mariam.nisa
dorg bertiga la yang ajak ak berfoya-foya.bukan takat kali ni je.sebelum ni pun ktorg penah hangout same2 ngn dak2 kls yg len.sng cite kami mmg kaki jalan2.hehe.ak kenal dorg since diploma ag cuma xrapat sangat dulu sebab kelas lain2. ngan mariam je agak rapat sebab mak ktorg keje kt sekolah yg sama.then dari sem 1 diploma ktorg da kenal.ain & nisa time degree ni baru ak bertegur sapa & jadi geng 1 kepala.da nama pun 1 kelas an.huhu.tq korg sbb sudi ajak ak hangout!


 ha..ni ak la..xyh wat2 xkenal..hehe


pudin.aiman.hariz
hanya 3 org jejaka yg follow kami hangout.mula2 ak xtau pun dorg join.bila nisa inform br ak tau.ngn mamat 3 org ni laaaggii la ak xkenal dulu.dorg kos syariah time diploma.tibe-tibe je degree ni amek law.hehe.stat leh masuk-1-kepala ngn dorg pun lepas kls ak wat trip g melaka ari 2.lau x mmg x la ak nk beramah-mesra ngn dorg sbb masing-masing bajet pemalu..puuiihh~walaupun hanya ber-3, tp tetap membengangkan ak.ad je benda nk dibahannya.siap bg gelaran br kt ak!huhu
*hariz ckp muka dia dalam pic ni,muka mnx penampar..yeke??cube korg tgk..haha*


 tadaa..the girls bersatu!sebenarnya masing-masing tgh exited time ni b4 dapat tau harga tiket.2 yg muka still ceria.hehe.bila da xdapat masuk masing2 lemau.so pe ag sambung merayap dalam mall la.

 da xdapat masuk Sunway Lagoon ktorg kembali ke mall Sunway Pyramid.tgk muka mariam.paling sadis la.xyh kecewa sgt yam.haha.ni kt tempat game memanah.si nisa la beriye nk men benda ni.dia sorg je girl yg men.xcye tgk pic bawah ni.


ha kan da cakap.yo yo ooO je si nisa.padahal anak panah xtepat pun.haha.dorg ber-4 je men.ak, ain & mariam xnk sbb malas.dorg ni acah-acah teror je.padahal jurulatih da tunjuk ajar b4 2.hee~

Penat berfoya-foya, ktorg pun gerak balik pas maghrib..sempat singgah makan kat Restoran Nims Little Island yang sangat dekat ngan umah ak..saje pilih makan kat situ sebab senang dorg nak anta ak balik..btw..jalan g Sunway masing-masing da tau-walaupun time pergi & balik parean mencari jalan..asyik terlepas simpang je-so, next time nak enjoy kat Sunway Lagoon xde hal lah..ok daa~

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Tuesday, August 28, 2012

Tak Susah Pun Lah...

Salam sume..ada beberapa orang rakan ak dok la bersungut susah nak follow blog ak ni..awatnya cik oii??follower lain elok je boleh..an kat bahagian dashboard 2 ada button ADD..pasan x??bahagian bawah ckit..dekat2 ngan blog updates..click je button 2 then masukkan link blog ak..ikut je next step then korg automatik da follow blog ak..easy right??try la..hehe..xpasal2 rase cm wt tuto bagaimana nak follow blog koibito chan lak..haha..ok cau..wassalam~
Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Monday, August 27, 2012

Baraan 2012

Salam sume..1st of all buat sape yang xtau ape itu baraan, meh sini ak explain..ok baraan 2 maksudnya konvoi..ha sama je maksud dengan beraye beramai-ramai..baraan ni bese diamalkan di kampung..ok terus masuk ke cite ak kali ni..and this post special 4 NORAZLIANA a.k.a A'ARE yang xdapat join kami..sadis sungguh kamu..=) (sebabnya dia xpernah miss baraan tiap2 tahun kecuali tahun ni)

Details Baraan
Tarikh:25 Ogos 2012
Masa:11.00 am
Jumlah Kroni:Dalam 20 Orang (lebih rasenye)
Tema Yang Tiba-Tiba Wujud:"Sharing Is Caring"

Aha..ak sebagai 'mastermind-paksa-rela' yang 'meng arrange' baraan kali ini sangat bangga & happy sebab tahun ni sangat meriah..bukan sahaja dapat kumpulkan ramai kroni, tapi bilangan umah yang diserbu juga meningkat..paling best akhirnya dapat gak jejak ke umah Ustazah Siti Meriam(dulu ajar subjek Syariah..dia suka panggil ak FARIZAH ) & sorang lagi ustazah kesayangan iaitu Ustazah Zubaidah(ustazah ni lak dulu ajar subjek Quran Sunnah..kadang-kadang dia panggil ak ADILA)..umah cikgu2 yang lain xde rezeki lagi nak jejak atas sebab2 tertentu..umah 2 orang cikgu yang memang tiap2 tahun wajib kami serbu ialah umah Teacher Haizan (ex guru kelas & cikgu BI ktorg) & umah Ustazah Hani (memang sah2 la ktorg akan serbu sebab anak dia kawan ktorg..huhu)..
Our..At  Ustazah Hani's House

Peace From The Girls Yang Cute

 Comel Tak..^^,

 With Teacher Haizan

 The Boys Yang Sengal

Ehem..saja la nak bagi tau..25 Ogos adalah birthday ak..hehe..sweet moment time dorg wat surprise birthday cake..nyum3..my favourite..siap lilin lagi u alls ~Alang2 da sampai turn umah ak, dorg pn beriye celebrate jap..

 Terliur Je Tengok

 Ehee..Birthday Girl Interframe!

Time serbu umah Ustazah Zubaidah, suku je yang dapat join..ramai yang dah mengundur diri & girls yang naik kete skali ngan Ejaz terpaksa balik sebab tayar kete Ejaz pancit..cian dorg..lagi cian ustazah yang lama menunggu..huhu..konon nak datang pas asar tapi pas maghrib ktorg sampai umah dia..ayat ustazah yang dihight light => "Ustazah ni sampai bape kali tdo bangun. tdo bangun dok menunggu..pisang goreng pun dah sejuk..last2 ustazah yang makan"hehe..nak wat camne..t'over masa dekat beberapa umah lain..time sampai umah Ustazah Meriam pun nak maghrib da..tapi nasibla ustazah2 ktorg ni sporting & the best..tetap layan kami & ingat kami yang dah lama meninggalkan zaman skola ni..huhu..ape pun baraan tetap havoc walaupun ada yang sampai tayar kete pancit..=) kawan baru pun dapat..yang utamanya, kenangan raye  tercipta lagi.. next year orang lain mastermind please~

:: Al-Fatihah untuk arwah ibu kepada sahabat kami, Hafizuddin. yang telah pergi ke rahmatullah pada 25.8.2012 yang lepas..salam takziah kepada Hafizuddin sekeluarga ::


Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Monday, July 9, 2012

♥ Extival-15 is The Bomb! The Best!♥

Salam semua..
4-7 Julai 2012, Extival-15 dijalankan..buat sesape yg xtau ape itu Extival, ia adalah gabungan perkataan 'Expo' & 'Festival'..so jadila 'Extival'..hehe..Extival ni memang tiap-tiap tahun KUIS buat sempena Konvokesyen yg akan diadakan..so untuk memeriahkan lagi program dan membantu pihak pengurusan, kami Committe Extival telah mengadakan pelbagai program menarik & bombastik..^^,

Seriously, Extival kali ni ak rasekan adalah extival yg terbaik..program menarik..banyak kelainan & banyak pembaharuan dilakukan..masalah-masalah sampingan 2 memang la ada tapi semua 2 ditolak tepi & xperlu dipanjang-panjangkan..ak involve dalam Biro Logistik & Tugas-Tugas Khas..AJK-AJK biro ak sangatla happening & sporting abis..dari sebelum mula Extival, sepanjang Extival & sampaila abis Extival ni, kami sangat rapat & kepale otak masing-masing gile!haha..kerjasama pun ok..sekarang ni masing-masing busy upload gambar-gambar sepanjang Extival berlangsung..ak lak xsaba nk download gambar-gambar 2 & buat album..so lau korg nk tgk gambar, nanti baru ak upload kt blog ni ok..tungguuu..then leh ak bercerita dengan lebih lanjut..skunk just cite sebahagian saja..

Malam perasmian ari 2, ada kelainan daripada extival sebelum ni..ktorg lepaskan bunga api sebaik saja V.I.P 2 merasmikan..wahh batak la jap masing-masing..yang bestnye ari sabtu ri 2, ak berkesempatan merasa berkayak..1st time ak berkayak au..cemas gak mula-mula 2 tapi bila da pegang pendayung yg bole tahan beratnye 2, ak mula exited..haha..sampai ke hujung tasik KUIS 2 ak redah..room-mate merangkap AJK ak, seha, naik sekali ngn ak..ktorg yo yo oO je time nak ke hujung tasik..skali time nak patah balik, kayak 2 cam xbagi je..haha..cemas ktorg kt tengah-tengah tasik 2..nasib leh gak patah balik..lau x wat malu je kene panggil bot penyelamat..wakaka..untuk program penutup lak ktorg namakn 'Daie Mega Show'..ha ni pn kire lain daripada yg lain..ktorg jemput Us Don bergandingan dengan Nabil R.Lawak, Angah R.Lawak & Farah Asyikin..memang havoc la malam 2..paham-paham jela lau Nabil da stat lawak ngok ngek dia 2..lom ag campur gelagat dia ngn Angah..haha..Us Don pn leh tahan kelakar bile da bergabung ngn dorg..Farah Asyikin gak jadi mangsa kene bahan..yg paling xtahan Nabil siap berjubah & berserban..Angah pun pakai jubah tapi xpakai serban la..pakai songkok je..hehe..

Bila da abis Extival ni rase sunyi lak..b4 ni busy g meeting..busy buat kerja itu ini..rindu dengan suasana busy 2..aha..malam ni ada post-moterm..tapi antara MT, K.Biro, P.K.Biro & S/U je..xdapat jumpa AJK-AJK lain da..xpe..ada rezeki Insya-Allah jumpa lagi..korg..nanti lau selisih tengah jalan jangan sombong-sombong tau~ (^^,)


Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Saturday, June 23, 2012

Jomla sama-sama Join =)

Salam semua..ok kali ni just nk promo pasal Ekstival kali ke-15 yg akan berlangsung di KUIS sempena Majlis Konvokesyen akan datang..ada macam-macam program yg korang leh join seperti:
Ha korg pasti xnk ketinggalan an dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus yg sememangnya menjadi minat semua orang..so leh la join malam ni..=)


Mari2 join BBQ..hidangan istimewa..anda hanya perlu bayar, datang & ngaappp je..hehe..org luar pn dialu-alukan join..


Ni program time hari terakhir Extival..Us Don yg semakin terkenal & Nabil Raja Lawak adalah tarikan utama..tp ada lagi artis popular yg lain..rugi kalau ketinggalan..;)

Kepada mahasiswa & mahasiswi KUIS, banyak pertandingan-pertandingan & program-program yang menarik untuk korang join selain program di atas..sila alert memo tentang pertandingan-pertandingan ni..jom semak tentatif ni:
                    
Rabu (4 Julai 2012)
10.00am- 12.00pm
Klinik Bacaan Al-Fatihah
Masjid Al-Azhar KUIS
Semarak Aspirasi Seni Inter-KUIS : Sayembara Puisi
Astaka Perdana
1.00pm – 1.45pm
Solat Zuhur
Masjid Al-Azhar, KUIS



2.00pm – 4.00pm
Semarak Aspirasi Seni Inter-varsiti : Pesta Pantun (final)
Garlic Stage & Astaka Perdana
3.00pm – 4.00pm
Pertandingan “Pro Evolution Soccer”
Bilik Gerakan Mahasiswa
4.00pm – 6.00pm
Semarak Aspirasi Seni Inter-varsiti : Pesta Debat
Auditorium Akademi Islam
4.30pm – 5.00pm
Solat Asar
Masjid Al-Azhar, KUIS
4.00pm – 6.30pm
Persediaan Majlis Perasmian EKSTIVAL 15
Astaka Perdana
7.00pm – 8.00pm
Iftar Perdana, Solat Maghrib & Bacaan Doa Selamat
Masjid Al-Azhar, KUIS
8.30pm – 9.00pm
Solat Isya`
Masjid Al-Azhar, KUIS
9.00pm – 11.00pm
Majlis Perasmian EKSTIVAL 15
Perasmi: YB Prof Dato Dr Abdullah Md Zain
Astaka Perdana

Khamis (5 Julai 2012)
9.00am – 12.00pm
Rentak Fakulti D`KUIS
Setiap Fakulti (AI, FPM, FBMK, FSTM, FSKKS, FP)
1.00pm – 2.00pm
Solat Zuhur
Masjid Al-Azhar, KUIS
2.15pm – 4.15pm
Bual Bicara bersama Dr. Hasni Muhammad
Auditorium Pentadbiran
4.30pm – 5.00pm 
Solat Asar
Masjid Al-Azhar, KUIS
5.00pm – 6.30pm
Demonstrasi Silat Warisan Melayu
Padang KUIS
7.00pm – 8.00pm
Iftar Perdana, Solat Maghrib, Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat
Masjid Al-Azhar, KUIS
8.30pm – 9.00pm
Solat Isya`
Masjid Al-Azhar, KUIS
9.00pm- 11.00pm
Majlis Tilawah Al-Quran Inter-varsiti
Astaka Perdana

Jumaat (6 Julai 2012)
8.00am – 9.00am
Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya
Sekitar KUIS
11.00am – 3.00pm
Ruhul Jadid Dhuha – Gelombang Baru
Masjid Al-Azhar, KUIS
1.00pm – 2.30pm
Solat Jumaat
Masjid Al-Azhar, KUIS
12.00pm – 2.00pm
Bicara Srikandi – Hijab, Aku Ade… Kau Ade?
Auditorium Pentadbiran
3.00pm – 5.00pm
Pertandingan Nasihat Guaman Inter-KUIS
Moot Court Akademi Islam
4.30pm – 5.00pm
Solat Asar
Masjid Al-Azhar KUIS
5.00pm – 6.30pm
Slot Pertunjukan Korporat
Padang KUIS
5.00pm – 6.30pm
Sound check Nasyid Inter-varsiti
Astaka Perdana
7.00pm – 8.00pm
Solat Maghrib & Kuliah Maghrib
Masjid Al-Azhar, KUIS
8.30pm – 9.00pm
Solat Isya`
Masjid Al-Azhar, KUIS
9.00pm – 11.00pm
Pertandingan Nayid Inter-varsiti
Astaka Perdana
Barbeque D`EKSTIVAL 15
Sekitar Tasik KUIS

Sabtu (7 Julai 2012)
8.00am – 6.00pm
Pesta Tasik D`KUIS : Kayak Terbuka
Tasik KUIS
9.00am – 12.00pm
Pertandingan Amal Islami (sek rendah)
Marhaban - Audi Pentadbiran
Khutbah & Khat – Kelas Blok Akademik
Azan – Masjid Al-Azhar KUIS
Pertandingan Adik Comel
Khemah Urus setia EKSTIVAL 15
1.00pm – 2.00pm
Solat Zuhur
Masjid Al-Azhar, KUIS
2.00pm – 3.00pm
Majlis Penutup Kejohanan Sukan Piala YDP
Auditorium Pentadbiran
2.00pm – 4.00pm  
Master Chef D`KUIS
Foyer AI
2.00pm – 4.30pm
EXPLORACE
Sekitar KUIS
4.30pm – 5.00pm 
Solat Asar
Masjid Al-Azhar, KUIS
7.00pm – 8.00pm
Solat Maghrib & Majlis Bacaan Doa Selamat
Masjid Al-Azhar, KUIS
8.30pm – 9.00pm
Solat Isya`
Masjid Al-Azhar, KUIS
9.00pm – 11.00pm
Majlis Penutupan EKSTIVAL 15
Perasmi : Senator Mejar General Dato’ Seri Jamil Khir 
                Baharom
Astaka Perdana
Daie Mega Show EKSTIVAL 15


Sama-samalh kita memeriahkan & menjayakan majlis ok~(^^,)


Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:
Subscribe to: Posts (Atom)
Subscribe to: Posts (Atom)

:: Be My Follower ::

Wanna Friend With Me??Just Do This Step:

1) Copy my blog url
2) Go 2 ur dashboard
3) Click add button at the left corner
4) Paste my blog url at the space "add from url"
5) Then just follow the next step

Simple right??And thx 2 become my follower ^^,

:. WishList .:


study smart
Bertunang! ;)
Kumpul Lebih Banyak Tudung Bidang 50
Kuar Jln2 Ngn Member2
Pergi Umrah & Haji
Kawen ^^,

:. B e b e L a N .:

  • ►  2015 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (20)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  January (2)
  • ▼  2012 (30)
    • ▼  December (2)
      • Sayu Menyapa
      • Melewati Hari-Hari Busy
    • ►  November (5)
      • Hadiah Ayah Untuk Si Demam
      • Langkawi
      • Alhamdulillah. =)
      • Aku Terima Nikahnya
      • Exam S.P.A
    • ►  October (1)
      • Doa Penghapus Kesedihan
    • ►  September (2)
      • Tinta Hati Buatmu Kawan
      • Berfoya-foya before final
    • ►  August (2)
      • Tak Susah Pun Lah...
      • Baraan 2012
    • ►  July (1)
      • ♥ Extival-15 is The Bomb! The Best!♥
    • ►  June (1)
      • Jomla sama-sama Join =)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (32)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (5)
    • ►  February (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (7)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)

Background.MyEm0.Com
Half Purple and Blue Butterfly
Terima Kasih Sudi Jengah Ke Blog Ini.Jengah La Lagi Yee. Powered by Blogger.