-->
(^^,)

Monday, December 17, 2012

Sayu Menyapa

Terdengar dengkuran kecil ayah, sayu tiba-tiba hati ini. Teringat kata-kata motivator dalam program motivasi yang pernah ak ikut dulu, "Cuba kamu tengok ayah kamu kalau tertidur. Kamu tengok turun naiknya nafas dia. Ayah kamu penat bekerja. Tapi ada dia mengeluh?Kamu minta duit, ada dia berkira?Macam mana kencangnya turun naik nafas ayah kamu, macam 2 la gambaran lelahnya ayah kamu keluar mencari rezeki"

Mengalir air mata. Kenapa tiba-tiba emosi ni?Hmmm. Kesian ayah. Ak mengaku ak memang xsanggup tengok dia bekerja. Sekarang, nasib office yang dia baru transfer lebih dekat berbanding dulu. Kalau dulu dia bekerja di Rawang, kadang-kadang lewat malam baru dia sampai rumah. Ak bersyukur ayah berkemampuan menanggung kami sekeluarga. Masih merasa kami dibawa bercuti. Masih juga kami dapat merasa diberi apa yang diingini. Kadang-kadang, nak minta duit dari ayah atau umi, ak xsanggup. Ak sayu bila tengok dorg kuarkan dompet sambil keluarkan wang. Xtau kenapa, ak memang mudah tersentuh bila melibatkan kedua orang tua.

Tadi, ayah balik bawa Pizza Hut Delivery (PHD). Sempat dia beli untuk kami. Hari 2, ak dapat dekan, ayah bagi Blackberry. Kalau nak dihitung, banyak sangat jasa & pengorbanan ayah. Ayah teman g exam. Ayah hantar g asrama. Ayah tolong servicekan kereta. Macam-macam. Ak pulak jarang bercerita tentang ayah. Tapi bukanlah bermakna ak lupa. Dan hari ini, entah kenapa, laju tangan ak melayari blog sambil bercerita serba sedikit tentang ayah. Walaupun ayah sudah menjangkau 40-an, tetapi ayah tetap handsome & tuff. Bangga mempunyai ayah yang bijak & berkerjaya. Ayah juga penghibur sekeluarga.

Semoga ayah dipanjangkan umur. Sesungguhnya ak xsanggup kehilangan ayah. Ak xbersedia. Ak perlukan ayah. Kurniakanlah kesihatan kepada ayah Ya Allah. Begitu juga kepada umiku yang sangat penyabar. Janganlah Kau ambil mereka dariku kerana ak belum mampu untuk menjalani hidup tanpa keduanya. ='(
Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Saturday, December 8, 2012

Melewati Hari-Hari Busy

Salam sume..Hai3..
Orang lain sume da dok bercerita pasal new sem. Ak je xmenyempat nak mengadap blog ni. Awal-awal sem je da jadi busy girl. Lecturer sem ni pun masing-masing nak cepat je. Bertimbun-timbun kerja menimpa. Yang sakit otaknya kami la para student. Hoho. Dalam 2 minggu melewati sem baru ni memang rasa sesak nafas ak. Tapi Alhamdulillah lecturer sem ni pun sume best-best. Ak pun sem ni 'DIBULI' class-mate! haha. Tapi jangan salah paham. Bukan buli tahap kritikal. Cuma dorg kenekan ak jadi penolong kelas. But its ok. No prob sebab memang ak xkesah. Ustaz Yusof, lecturer subjek maqasid siap bodek kononnya dy akan bagi A untuk ketua & penolong kelas. haha. Ak & Aiman, ketua kelas hanya senyum je. Untuk sem 5 ni mostly subjek 3 jam kredit. Tapi ak xde feeling serem pun sebab dari diploma da bese dengan subjek 3 jam kredit. So xde la rase tension melampau. hehe.

Minggu 1st settlekan subjek, memang huru-hara jap hidup. Ke sana ke mari mencari lecturer. Sampai kaki pun bengkak-bengkak & sakit. Nasib umi tersayang tolong urutkan. Lega! 2 la magic nya urutan seorang umi. Sakit macam mana pun, bila urutan 2 penuh kasih sayang & ditambah lak dengan nikmat sembuh dari Allah, sume pasti kembali seperti sedia kala. Xdela ak menahan sakit da time g kelas. Lau x, nak jalan pun slow je. Nak pijak pedal minyak kete pun azab. hoho. Nasib kaki je yg sakit an. Lau tangan sakit gerenti tertangguh la keje-keje yg bertimbun ni. Next week banyak benda kena submit & start presentation. Ayyoo..awal-awal sem mesti kelibut. Tapi xpe. Bila pikir balik senang bila da ujung sem t. Banyak masa untuk study.

Dalam busy melaksanakan tugas, tadi ak sempat layan 'Istanbul Aku Datang'. Harusla tengok an sebab ada kekasih ati ak => Beto Kusyairy!. Dari dulu lagi ak minat dy. Layan cite ni pun sebab bagi otak rest jap. Da la cite romantik. Memang khayal r ak melayannya. Tangkap leleh, beb! Sebelum 2 lagi, ak layan Running Man dulu. Bagi gelak-gelak ckit. Habis layan 1 episod terus excited tengok kekasih ati berlakon lak. huhu. Emm dengar-dengar cite result SPA da kuar. Kak Wani ada g tau. Aiman pun sama. Tapi ak xleh cek lagi. So xdapat tau lagi la pasal result 2. Ada rezeki, ada la an. Lau xde untuk kali ni, ada rezeki yg lebih baik menanti ak. Just berdoa jela untuk mendapat yg terbaik.

Sebenarnya ak da ngantuk ni. So untuk kali ni, ni jela kot ak nak bebel. Kang bebel panjang-panjang korg lak annoying. haha. Ok, nite guys. zzzZZZZzz ~

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:
Subscribe to: Posts (Atom)
Subscribe to: Posts (Atom)

:: Be My Follower ::

Wanna Friend With Me??Just Do This Step:

1) Copy my blog url
2) Go 2 ur dashboard
3) Click add button at the left corner
4) Paste my blog url at the space "add from url"
5) Then just follow the next step

Simple right??And thx 2 become my follower ^^,

:. WishList .:


study smart
Bertunang! ;)
Kumpul Lebih Banyak Tudung Bidang 50
Kuar Jln2 Ngn Member2
Pergi Umrah & Haji
Kawen ^^,

:. B e b e L a N .:

  • ►  2015 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (20)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  January (2)
  • ▼  2012 (30)
    • ▼  December (2)
      • Sayu Menyapa
      • Melewati Hari-Hari Busy
    • ►  November (5)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (32)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (5)
    • ►  February (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (7)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)

Background.MyEm0.Com
Half Purple and Blue Butterfly
Terima Kasih Sudi Jengah Ke Blog Ini.Jengah La Lagi Yee. Powered by Blogger.