-->
(^^,)

Friday, June 28, 2013

Freedom At Friday-Sunday!

Salam Sume. Hai3.
Waarrghhh best btol dapat landing lame-lame atas katil tadi. Ponteng kelas?? bukan. Kelas batal?? pun bukan. Tapi.. Takde kelas adalah jawapan yang betol! haha. Setelah 2 minggu jadual kelas ak stable-tak-stable, akhirnya masuk minggu 3 ni da permanent. Memang pack & busy dari Isnin-Khamis. Tapi Jumaat-Ahad rasa nak jerit "freeeddooommm" kuat-kuat.*batak jap sebab sepanjang degree ni, sem ni la jumaat-ahad rasa free*. 

Tapi kerja-kerja rumah tak terbengkalai pun ok, wlaupun ak dok landing 2. Hehe. Dan ari yang ak freedom ni, tak dela ak nak buang masa cam 2 je. Masa nilah akan ak manfaatkan sebaiknya untuk bagi perhatian kat "Encik-encik Buku & Kitab" yang ada 2. Pelajaran tetap diutamakan dalam masa senggang diraikan. Ewah, ayat tak leh bla an. Haha. Tibe-tibe je terlintas kat pikiran ak ayat ni.

Emm tugas-tugas s/u untuk logistik settle setakat ni. Tunggu tugasan selanjutnya je. Homework....ada tak ek??ada pun, prepare untuk presentation jela. So, 3 ari ni leh tumpu study lebih ckit. Ak ni da la kurang kerajinan time awal-awal sem. Dah makin naik sem ni, perlu ubati penyakit M yang masih belum sembuh akibat cuti lama ari 2. Hehe. 

Ok la, cam tak tau je da nak membebel ape. Nak kecoh pasal jumaat ak takde kelas je sebenarnya. Wakaka. Adios ~


Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Saturday, June 15, 2013

Sem 6 Suda....

Salam Sume. Hai3.
10 Jun 2013, 1st day 4 new semester; Semester 6. Apa ak rase?? Kosong..Kosong..Kosong..Haha. Perasaan bercampur-baur. Teruja nak jumpa kawan-kawan + malas nak bersiap pagi-pagi + bersedia terkejar ke sana ke mari untuk settlekan subjek. Jam 7.30 pagi ak da gerak ke KUIS. Harusla awal, sebab takut ada kelas kol 8 ke an. Gambar jadual yang kawan bagi tak jelas, so kene la double-check.

Alhamdulillah subjek B.Arab da terus ad dalam jadual. Terima kasih banyak kepada KJ B.Arab & Ustazah Hasanah, salah sorang pensyarah B.Arab sebab mereka banyak membantu kelas ak supaya subjek ni dapat diambil pada semester ini. Walaupun bukan ustazah ni yang ajar ktorg tapi dy la yang tolong dari ktorg sem 4   lagi. Cuma rezeki dapat kelas arab masa sem 6 ni la. Lega rasanya sebab final sem akan datang tak perlu add sebarang subjek lagi. Just follow the guide course. Syukur ~


Sem 6 suda.. How Fast ~

Seminggu ni, kelas sume berjalan lancar setelah settlekan masalah-masalah yang timbul. Jadual pun da stabil & ari khamis kelas ak straight dari pagi ke petang! Macam bese la an, 1st week sekadar sesi taaruf ngan lect & penerangan rancangan mengajar. Semakin strategik rancangan mengajar sekarang, ditambah lak dengan Student Learning Time (SLT). So, student boleh merancang masa dengan baik untuk study tajuk-tajuk tertentu mengikut minggu. Dalam banyak-banyak subjek, subjek Pentadbiran Harta & Dirasah yang da stat blaja. Ha kejutan otak la sume tiba-tiba da kena fokus kuliah. Dapat plak lect yang memang ktorg da bese. 2 sebab dy pun selamba je stat kelas tanpa sebarang amaran. Huhu. 

Alhamdulillah jugak, lect yang ktorg dapat untuk sem ni sume baik-baik belaka & kebanyakannya familiar. Yang bestnya mentor ktorg siap ajar 2 subjek. Nasib dy sporting & tak membosankan. Lau tak, muntahla asyik jumpa je. Haha. Sem ni la subjek paling banyak. Ad 8 sumenye:

1- Metodologi Penyelidikan
Subjek ni sebagai persediaan untuk latihan ilmiah(tesis) yang akan ktorg wat final year nanti (sem 7 & 8). Lect yang ajar, Puan Zanariah. Time diploma dulu dy la penyelia tesis ak. Mula-mula cam takut je dapat ngan dy. Lama-lama ok sesangat sebab dy bukan garang tapi tegas. Dahla kebanyakan ayat dalam tesis 2 puan yang bagi. Haa ad ke penyelia lain nak wat cam 2? Dy memang sangat membantu. Pas2 masa sem 3 degree, jumpa ag puan ni sebab dy mengajar subjek Undang2 Perlembagaan Malaysia & sem 6 ni dy mengajar metodologi plak.

2-Al-Dirasah Al-Nassiah
Ni subjek dalam B.Arab tau. Skop pembelajaran dy lebih kepada hukum-hukum & memang relate dengan undang-undang, supaya tak salah guna pakai hukum Allah dalam meletakkan keadilan. Ingatkan Ustaz Zainuddin yang ajar, skali tengok2 yang masuk Ustaz Shuhadak. Syokla..sebab da pernah belajar ngan dy. Dulu dy mengajar subjek Al-Masadir Li Al-Dirasah Al-Syariah time sem 3. Ustaz ni sangatlah sempoi & lawak habis! Sem ni sah2 dy ingat nama ak sebab ak penolong kelas. Dulu kawan ak yang jadi wakil untuk berurusan ngan ustaz. Kali ni ustaz nak orang lain & orangnya adalah ak, yang sememangnya penolong kelas-yang-dilantik-sesuka-hati-oleh kawan2. Tak pelah, da bese dari awal sem jadi penolong. Huhu. Untuk setiap kali penutup kelas bagi sem ni, Ustaz ajar qasidah Ya Hanana plak katenye. Dulu Ya Tayyibah ngan Ya Imama. Hmm ok la 2. Dapat belajar lagu qasidah baru.

3-Undang-Undang Pentadbiran Harta Orang Islam
Subjek ni kire macam refresh jela untuk ktorg sebab time diploma dulu ad blaja. Blaja pasal harta,pusaka, wasiat, zakat & sewaktu dengannya. Lect nye pun orang yang sama masa diploma iaitu Puan Mafuza. Sem 5 ari 2 pun jumpa dy gak untuk subjek Undang-undang Pentadbiran Jenayah Islam. 2 la ak kate, banyak lect yang familiar ajar ktorg sem ni. Huhu. Hope kali ni nota puan lebih mudah difahami & bagi ktorg A+ untuk final exam (^^,)

4-Undang-Undang Tanah Di Malaysia 
Ni la subjek yang mentor ktorg, Puan Rabi'ah, ajar. Dengar tajuk pun korang tau an blaja pasal ape. Tapi takde la asyik pasl tanah je yang ktorg hadap. Ad la gak unsur-unsur lain yang berkaitan ngan tanah diselitkan. Ak tengok subjek ni ad senang, ad susahnya. So, memang bersedia mental & fizikal la. Nak2 plak   statut subjek ni Kanun Tanah Negara yang tebal gile 2! Uiii lenguh la tangan tiap kali bawak benda 2. Huu ~

5-Undang-Undang Komersil
Yang ni subjek elektif. Lect nye Puan Rabi'ah gak. Puan cakap: "Hey..bosanla kamu an asyik jumpa ja..subjek tanah jumpa, subjek komersil pun jumpa lagi..nanti aktiviti mentoring pun jumpa..hahaha." Takde la puan. Mana ad ktorg bosan jumpa puan. Untung la ktorg dapat blaja ngan mentor. Senang pe. Pas2 terus wat aktiviti mentoring pun boleh. Haha. Subjek ni ad relate ngan Undang-undang Kontrak yang ktorg amek sem 4 ari 2. Bolehla ketch-up ckit walaupun bakal migrain nak memahami masalah & kes-kes nanti. Hee ~

6-Entrepreneuship & Personal Finance
Agak berbelit gak lidah nak nyebut subjek ni masa mula-mula. Nampaknye subjek 2 B.I. Tapi ktorg blaja dalam B.M. Hihi. Ni pasal pengurusan perniagaan la gi 2. Ak da la tak minat bnda2 cni. Tapi nak wat cane an. Minatkan la jugak diri sebab subjek ni kene amek. Lect yang ajar ni nama dy Puan Suhaila. Lembut sangat & slow suaranya. Bakal mendodoikan ktorg je rasanye. Huhu. Kelas dy sekali je dalam seminggu & straight 3 jam. Ha, mana tak ngantuk an. Dah la straight pastu dok dalam air-cond. Suara puan lak kene pakai mic baru jelas. Silap ari bulan leh terbabas tdo lau tak fokus. Hehe. Kene sedia gula-gula la time kelas puan ni lau nak selamatkan mata dari terlelap.

7-Al-Lughah Al-Arabiyyah Li Al-Dirasat Al-Islamiah 1
Tak yah nak baca panjang2 sangat ah. Pendekkan je. Ni subjek B.Arab. Huhu. Ustaz yang mengajar, Ustaz Shukri. Sangat santun, sentiasa senyum & baik gile! Ak paling exited subjek ni sebab kegemaran an. So, yakin la ckit. Dapat lak Ustaz baik cam 2. Lega la rasa. Makin seronok belajar sebab dy bagi kite paham betol2. A+ Insya-Allah. ;)

8-Hafazan & Tajwid
Subjek hafazan yang terakhir. Yeaaa! Sem akan datang nanti da takde da kene apal surah. Huhu. Cuma, walaupun untuk terakhir kali, tapi surahnya panjang! Surah an-Nur. Time diploma apal sampai ayat 38 je. Degree kali ni hamek kau sampai abis kene apal. Cabaran sungguh. Tapi Insya-Allah boleh lancar sebab dari time cuti sem ag ak da amalkan baca surah ni & try apal. Dengarnya Ustaz yang ajar ktorg KJ Syariah. Ustaz Hairol Fazli. Lawak orangnye & sporting. Itu kat luar, kat dalam kelas kite tengok nanti ye. Ok atau tidak. Hehe.

Sem baru kali ni harapnya dapat terus naikkan lagi CGPA & maintain 1st class. Belajar bukanlah semata-mata untuk CGPA, tapi untuk bekalan ilmu di dada & dapat memanfaatkannya. Wallahu'alam ~

Try It, Ok ~






Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Thursday, June 6, 2013

Teganu Kiter Boh ~

Salam Sume. Hai3.
Tengok tajuk pun mesti korang da tau an ak g bercuti. Hehe. Sesuai dengan Tahun Melawat Terengganu 2013, kebetulan ak sekeluarga & adik-beradik umi ak g bercuti ke negeri penyu ni. Tapi xsume adik umi ak ikut sebab ad hal masing-masing. Kureng ckit meriah. 

Tarikh dipilih 2-4 Jun 2013. Cuti skola an, senang ckit berjalan. 2 hb tu, bzday ayah ak. Haa kire hadiah la ni bawak dy g bercuti. *acah-acah je..mcmla ak yg tanggung belanja sume..hihi *. Xpela, kire hadiah kami sekeluarga buat ayah. Pagi 2hb tu lebih kurang jam 11.30 ktorg da gerak. Jauh gak perjalanan sebab dari kampung ktorg kat Skinchan. Ucu & Mak Ucu ak dok ganu sebab keje kat sana. So dorg la yang nantikan kedatangan ktorg & jadi tour guide xberbayar. Hihi.


Ni La Ucu + Mak Ucu. Dorg Polis Tau ! Hee.
Ucu La Yg Adik Kpd Umi Ak . Pehal Pegi Pejam Mata Lak Ucu Ni.  Haha

Sampai Ganu pas maghrib. Bila sume da berkumpul, terus g makan sebab sume da kebulur. Ucu lak bawak g makan ikan bakar + mentarang + lala. Perghh memang terbaik ahh. Makan lak ramai-ramai, makin berselera. Abis makan sume yang kepenatan balik bilik. Rehat & tdo jela jawabnya.


Ni Homestay Yg Ktorg Menginap.
Homestay Ibai Permai.

Esoknya, pagi-pagi g sarapan. Abis makan je nampak Ustaz Azhar Idrus masuk warung yang ktorg sarapan tu. Pe ag, haa xlepaskan peluang bergambar ngan beliau. Hehe. Parents ak & sedara yang lain pun bergambar sama. Da alas perut, shopping time! Ktorg masuk Pasar Payang, cari jubah & macam-macam ag. Tengah hari balik bilik sebab nak solat. Parents ak, nenek + atuk, pak tam, pak njang + anak sulung dy, ucu + mak ucu + kawan ucu start g mencandat jam 3.00 pm. Yang lain xdapat ikut sebab nanti terlebih muatan. Sedih je kene tinggal. So wat aktiviti sendiri jela. Huu~

Na Na Na Na Na Ganu Kiterr ~

Jeles Tgk Dorg Mencandat ! Besar-besar Sotong Yg Dorg Dpt.
Ikan Pn Ad & Besar-besar Gak.


Lepas subuh esok paginya baru mereka yang g mencandat tu balik. See, bape lama kene tinggal? =( Xpe len kali ak nak gak turun mencandat! Xkire! Hihihi. Dorg da puas rehat baru gerak sambung shopping. Kopok lekor xtinggal la. Sedap sangat kopok kat kedai yang ucu bawak ktorg g. Xberbau & warna pun cantik. Murah lak 2. Pas abis aktiviti shopping singgah Masjid Kristal. Tengok kecantikan masjid 2 & snap-snap gambar.

Family Yg Join Ke Ganu. Yg Lain Xde Dlm Gmbar. Spe Srh Xikut.
(^^,)

Balik xkonvoi pun sebab Pak Tam sekeluarga terus g Kelantan atas urusan keje. Pak Njang sekeluarga lak balik kampung Mak Njang kat Kedah. Nenek + atuk ak balik Kajang ngan ktorg. Pagi rabu baru umi ak antar dorg balik kampung. Nak balik terus malam tu, macam penat sangat. Sampai Kajang pun jam 10.00 pm time tu. Singgah makan jap pastu balik. 

Memang xpuas bercuti rasanya sebab xdapat ronda banyak tempat sangat. Huhu. Ada rezeki, Insya Allah nak g ag. Nak jalan-jalan sepuas hati. Ok, adios ~












Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:
Subscribe to: Posts (Atom)
Subscribe to: Posts (Atom)

:: Be My Follower ::

Wanna Friend With Me??Just Do This Step:

1) Copy my blog url
2) Go 2 ur dashboard
3) Click add button at the left corner
4) Paste my blog url at the space "add from url"
5) Then just follow the next step

Simple right??And thx 2 become my follower ^^,

:. WishList .:


study smart
Bertunang! ;)
Kumpul Lebih Banyak Tudung Bidang 50
Kuar Jln2 Ngn Member2
Pergi Umrah & Haji
Kawen ^^,

:. B e b e L a N .:

  • ►  2015 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  May (1)
  • ▼  2013 (20)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ▼  June (3)
      • Freedom At Friday-Sunday!
      • Sem 6 Suda....
      • Teganu Kiter Boh ~
    • ►  May (3)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (30)
    • ►  December (2)
    • ►  November (5)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (32)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (5)
    • ►  February (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (7)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)

Background.MyEm0.Com
Half Purple and Blue Butterfly
Terima Kasih Sudi Jengah Ke Blog Ini.Jengah La Lagi Yee. Powered by Blogger.