-->
(^^,)

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan ^^,

Salam Sume. Hai3.
Ramadhan datang lagi. Syukur rasanya masih diberi peluang untuk terus melakukan ibadah puasa untuk tahun ini. Malam tadi terawih x? Slalunya malam 1 Ramadhan penuh sangat umat Islam kat masjid-masjid & surau-surau. Family ak besenya akan g masjid Uniten, Bangi. Kat situ best. Imam dy orang arab & bacaan dy sungguh merdu. Walaupun kadang-kadang dy baca ayat yang panjang ckit, tapi bacaan dy laju & dy sangat menghayati ayat yang dibaca sampai menangis. Pastu, sebelum solat terawih, ad tazkirah 5 minit. Memang tepat-tepat 5 minit penceramah tu bertazkirah & isinya ringkas, padat serta bermanfaat.

Sempena bulan Ramadhan ni, ad rancangan Qari Junior jam 6.30pm kat TV3. Ktorg 1 family suka tengok sebab budak-budak cilik ni comel & pandai mengaji. Ad yang mengaji lagi sedap dari ak. Malu jap rasa kat diri sebab xdapat mengaji berlagu cam dorg. Bila dengar je dorg mengaji, tersentuh & sebak rasa. Alhamdulillah, kecik-kecik lagi da diterapkan dengan al-Quran. Ad sorang budak ni dy pandai azan sebijik macam muazzin masjid madinah. Then ayat dy yang buat ak tersentuh, dy cakap dy nak pelajari al-Quran dengan lebih mendalam & nak jadikan al-Quran sebagai 'pakaian' dy ='). Subhanallah.

Marilah kita sama-sama tingkatkan amalan diri. Banyakkan bertaubat, berzikir, berzanji. Kalau selalunya kita mengaji semuka je, bulan puasa ni lebihkan la ckit muka untuk dibaca. Ad masa lapang, buatla tadarus al-Quran dengan kawan-kawan atau family. Mudah-mudahan, Ramadhan yang inilah diri kita betul-betul diampunkan dosa & diredhai-Nya.

Semoga tersemai benih keinsafan, diangkat doa & amalan serta dapat terus perbaiki iman. Wallahu'alam ~

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Friday, June 28, 2013

Freedom At Friday-Sunday!

Salam Sume. Hai3.
Waarrghhh best btol dapat landing lame-lame atas katil tadi. Ponteng kelas?? bukan. Kelas batal?? pun bukan. Tapi.. Takde kelas adalah jawapan yang betol! haha. Setelah 2 minggu jadual kelas ak stable-tak-stable, akhirnya masuk minggu 3 ni da permanent. Memang pack & busy dari Isnin-Khamis. Tapi Jumaat-Ahad rasa nak jerit "freeeddooommm" kuat-kuat.*batak jap sebab sepanjang degree ni, sem ni la jumaat-ahad rasa free*. 

Tapi kerja-kerja rumah tak terbengkalai pun ok, wlaupun ak dok landing 2. Hehe. Dan ari yang ak freedom ni, tak dela ak nak buang masa cam 2 je. Masa nilah akan ak manfaatkan sebaiknya untuk bagi perhatian kat "Encik-encik Buku & Kitab" yang ada 2. Pelajaran tetap diutamakan dalam masa senggang diraikan. Ewah, ayat tak leh bla an. Haha. Tibe-tibe je terlintas kat pikiran ak ayat ni.

Emm tugas-tugas s/u untuk logistik settle setakat ni. Tunggu tugasan selanjutnya je. Homework....ada tak ek??ada pun, prepare untuk presentation jela. So, 3 ari ni leh tumpu study lebih ckit. Ak ni da la kurang kerajinan time awal-awal sem. Dah makin naik sem ni, perlu ubati penyakit M yang masih belum sembuh akibat cuti lama ari 2. Hehe. 

Ok la, cam tak tau je da nak membebel ape. Nak kecoh pasal jumaat ak takde kelas je sebenarnya. Wakaka. Adios ~


Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Saturday, June 15, 2013

Sem 6 Suda....

Salam Sume. Hai3.
10 Jun 2013, 1st day 4 new semester; Semester 6. Apa ak rase?? Kosong..Kosong..Kosong..Haha. Perasaan bercampur-baur. Teruja nak jumpa kawan-kawan + malas nak bersiap pagi-pagi + bersedia terkejar ke sana ke mari untuk settlekan subjek. Jam 7.30 pagi ak da gerak ke KUIS. Harusla awal, sebab takut ada kelas kol 8 ke an. Gambar jadual yang kawan bagi tak jelas, so kene la double-check.

Alhamdulillah subjek B.Arab da terus ad dalam jadual. Terima kasih banyak kepada KJ B.Arab & Ustazah Hasanah, salah sorang pensyarah B.Arab sebab mereka banyak membantu kelas ak supaya subjek ni dapat diambil pada semester ini. Walaupun bukan ustazah ni yang ajar ktorg tapi dy la yang tolong dari ktorg sem 4   lagi. Cuma rezeki dapat kelas arab masa sem 6 ni la. Lega rasanya sebab final sem akan datang tak perlu add sebarang subjek lagi. Just follow the guide course. Syukur ~


Sem 6 suda.. How Fast ~

Seminggu ni, kelas sume berjalan lancar setelah settlekan masalah-masalah yang timbul. Jadual pun da stabil & ari khamis kelas ak straight dari pagi ke petang! Macam bese la an, 1st week sekadar sesi taaruf ngan lect & penerangan rancangan mengajar. Semakin strategik rancangan mengajar sekarang, ditambah lak dengan Student Learning Time (SLT). So, student boleh merancang masa dengan baik untuk study tajuk-tajuk tertentu mengikut minggu. Dalam banyak-banyak subjek, subjek Pentadbiran Harta & Dirasah yang da stat blaja. Ha kejutan otak la sume tiba-tiba da kena fokus kuliah. Dapat plak lect yang memang ktorg da bese. 2 sebab dy pun selamba je stat kelas tanpa sebarang amaran. Huhu. 

Alhamdulillah jugak, lect yang ktorg dapat untuk sem ni sume baik-baik belaka & kebanyakannya familiar. Yang bestnya mentor ktorg siap ajar 2 subjek. Nasib dy sporting & tak membosankan. Lau tak, muntahla asyik jumpa je. Haha. Sem ni la subjek paling banyak. Ad 8 sumenye:

1- Metodologi Penyelidikan
Subjek ni sebagai persediaan untuk latihan ilmiah(tesis) yang akan ktorg wat final year nanti (sem 7 & 8). Lect yang ajar, Puan Zanariah. Time diploma dulu dy la penyelia tesis ak. Mula-mula cam takut je dapat ngan dy. Lama-lama ok sesangat sebab dy bukan garang tapi tegas. Dahla kebanyakan ayat dalam tesis 2 puan yang bagi. Haa ad ke penyelia lain nak wat cam 2? Dy memang sangat membantu. Pas2 masa sem 3 degree, jumpa ag puan ni sebab dy mengajar subjek Undang2 Perlembagaan Malaysia & sem 6 ni dy mengajar metodologi plak.

2-Al-Dirasah Al-Nassiah
Ni subjek dalam B.Arab tau. Skop pembelajaran dy lebih kepada hukum-hukum & memang relate dengan undang-undang, supaya tak salah guna pakai hukum Allah dalam meletakkan keadilan. Ingatkan Ustaz Zainuddin yang ajar, skali tengok2 yang masuk Ustaz Shuhadak. Syokla..sebab da pernah belajar ngan dy. Dulu dy mengajar subjek Al-Masadir Li Al-Dirasah Al-Syariah time sem 3. Ustaz ni sangatlah sempoi & lawak habis! Sem ni sah2 dy ingat nama ak sebab ak penolong kelas. Dulu kawan ak yang jadi wakil untuk berurusan ngan ustaz. Kali ni ustaz nak orang lain & orangnya adalah ak, yang sememangnya penolong kelas-yang-dilantik-sesuka-hati-oleh kawan2. Tak pelah, da bese dari awal sem jadi penolong. Huhu. Untuk setiap kali penutup kelas bagi sem ni, Ustaz ajar qasidah Ya Hanana plak katenye. Dulu Ya Tayyibah ngan Ya Imama. Hmm ok la 2. Dapat belajar lagu qasidah baru.

3-Undang-Undang Pentadbiran Harta Orang Islam
Subjek ni kire macam refresh jela untuk ktorg sebab time diploma dulu ad blaja. Blaja pasal harta,pusaka, wasiat, zakat & sewaktu dengannya. Lect nye pun orang yang sama masa diploma iaitu Puan Mafuza. Sem 5 ari 2 pun jumpa dy gak untuk subjek Undang-undang Pentadbiran Jenayah Islam. 2 la ak kate, banyak lect yang familiar ajar ktorg sem ni. Huhu. Hope kali ni nota puan lebih mudah difahami & bagi ktorg A+ untuk final exam (^^,)

4-Undang-Undang Tanah Di Malaysia 
Ni la subjek yang mentor ktorg, Puan Rabi'ah, ajar. Dengar tajuk pun korang tau an blaja pasal ape. Tapi takde la asyik pasl tanah je yang ktorg hadap. Ad la gak unsur-unsur lain yang berkaitan ngan tanah diselitkan. Ak tengok subjek ni ad senang, ad susahnya. So, memang bersedia mental & fizikal la. Nak2 plak   statut subjek ni Kanun Tanah Negara yang tebal gile 2! Uiii lenguh la tangan tiap kali bawak benda 2. Huu ~

5-Undang-Undang Komersil
Yang ni subjek elektif. Lect nye Puan Rabi'ah gak. Puan cakap: "Hey..bosanla kamu an asyik jumpa ja..subjek tanah jumpa, subjek komersil pun jumpa lagi..nanti aktiviti mentoring pun jumpa..hahaha." Takde la puan. Mana ad ktorg bosan jumpa puan. Untung la ktorg dapat blaja ngan mentor. Senang pe. Pas2 terus wat aktiviti mentoring pun boleh. Haha. Subjek ni ad relate ngan Undang-undang Kontrak yang ktorg amek sem 4 ari 2. Bolehla ketch-up ckit walaupun bakal migrain nak memahami masalah & kes-kes nanti. Hee ~

6-Entrepreneuship & Personal Finance
Agak berbelit gak lidah nak nyebut subjek ni masa mula-mula. Nampaknye subjek 2 B.I. Tapi ktorg blaja dalam B.M. Hihi. Ni pasal pengurusan perniagaan la gi 2. Ak da la tak minat bnda2 cni. Tapi nak wat cane an. Minatkan la jugak diri sebab subjek ni kene amek. Lect yang ajar ni nama dy Puan Suhaila. Lembut sangat & slow suaranya. Bakal mendodoikan ktorg je rasanye. Huhu. Kelas dy sekali je dalam seminggu & straight 3 jam. Ha, mana tak ngantuk an. Dah la straight pastu dok dalam air-cond. Suara puan lak kene pakai mic baru jelas. Silap ari bulan leh terbabas tdo lau tak fokus. Hehe. Kene sedia gula-gula la time kelas puan ni lau nak selamatkan mata dari terlelap.

7-Al-Lughah Al-Arabiyyah Li Al-Dirasat Al-Islamiah 1
Tak yah nak baca panjang2 sangat ah. Pendekkan je. Ni subjek B.Arab. Huhu. Ustaz yang mengajar, Ustaz Shukri. Sangat santun, sentiasa senyum & baik gile! Ak paling exited subjek ni sebab kegemaran an. So, yakin la ckit. Dapat lak Ustaz baik cam 2. Lega la rasa. Makin seronok belajar sebab dy bagi kite paham betol2. A+ Insya-Allah. ;)

8-Hafazan & Tajwid
Subjek hafazan yang terakhir. Yeaaa! Sem akan datang nanti da takde da kene apal surah. Huhu. Cuma, walaupun untuk terakhir kali, tapi surahnya panjang! Surah an-Nur. Time diploma apal sampai ayat 38 je. Degree kali ni hamek kau sampai abis kene apal. Cabaran sungguh. Tapi Insya-Allah boleh lancar sebab dari time cuti sem ag ak da amalkan baca surah ni & try apal. Dengarnya Ustaz yang ajar ktorg KJ Syariah. Ustaz Hairol Fazli. Lawak orangnye & sporting. Itu kat luar, kat dalam kelas kite tengok nanti ye. Ok atau tidak. Hehe.

Sem baru kali ni harapnya dapat terus naikkan lagi CGPA & maintain 1st class. Belajar bukanlah semata-mata untuk CGPA, tapi untuk bekalan ilmu di dada & dapat memanfaatkannya. Wallahu'alam ~

Try It, Ok ~






Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Thursday, June 6, 2013

Teganu Kiter Boh ~

Salam Sume. Hai3.
Tengok tajuk pun mesti korang da tau an ak g bercuti. Hehe. Sesuai dengan Tahun Melawat Terengganu 2013, kebetulan ak sekeluarga & adik-beradik umi ak g bercuti ke negeri penyu ni. Tapi xsume adik umi ak ikut sebab ad hal masing-masing. Kureng ckit meriah. 

Tarikh dipilih 2-4 Jun 2013. Cuti skola an, senang ckit berjalan. 2 hb tu, bzday ayah ak. Haa kire hadiah la ni bawak dy g bercuti. *acah-acah je..mcmla ak yg tanggung belanja sume..hihi *. Xpela, kire hadiah kami sekeluarga buat ayah. Pagi 2hb tu lebih kurang jam 11.30 ktorg da gerak. Jauh gak perjalanan sebab dari kampung ktorg kat Skinchan. Ucu & Mak Ucu ak dok ganu sebab keje kat sana. So dorg la yang nantikan kedatangan ktorg & jadi tour guide xberbayar. Hihi.


Ni La Ucu + Mak Ucu. Dorg Polis Tau ! Hee.
Ucu La Yg Adik Kpd Umi Ak . Pehal Pegi Pejam Mata Lak Ucu Ni.  Haha

Sampai Ganu pas maghrib. Bila sume da berkumpul, terus g makan sebab sume da kebulur. Ucu lak bawak g makan ikan bakar + mentarang + lala. Perghh memang terbaik ahh. Makan lak ramai-ramai, makin berselera. Abis makan sume yang kepenatan balik bilik. Rehat & tdo jela jawabnya.


Ni Homestay Yg Ktorg Menginap.
Homestay Ibai Permai.

Esoknya, pagi-pagi g sarapan. Abis makan je nampak Ustaz Azhar Idrus masuk warung yang ktorg sarapan tu. Pe ag, haa xlepaskan peluang bergambar ngan beliau. Hehe. Parents ak & sedara yang lain pun bergambar sama. Da alas perut, shopping time! Ktorg masuk Pasar Payang, cari jubah & macam-macam ag. Tengah hari balik bilik sebab nak solat. Parents ak, nenek + atuk, pak tam, pak njang + anak sulung dy, ucu + mak ucu + kawan ucu start g mencandat jam 3.00 pm. Yang lain xdapat ikut sebab nanti terlebih muatan. Sedih je kene tinggal. So wat aktiviti sendiri jela. Huu~

Na Na Na Na Na Ganu Kiterr ~

Jeles Tgk Dorg Mencandat ! Besar-besar Sotong Yg Dorg Dpt.
Ikan Pn Ad & Besar-besar Gak.


Lepas subuh esok paginya baru mereka yang g mencandat tu balik. See, bape lama kene tinggal? =( Xpe len kali ak nak gak turun mencandat! Xkire! Hihihi. Dorg da puas rehat baru gerak sambung shopping. Kopok lekor xtinggal la. Sedap sangat kopok kat kedai yang ucu bawak ktorg g. Xberbau & warna pun cantik. Murah lak 2. Pas abis aktiviti shopping singgah Masjid Kristal. Tengok kecantikan masjid 2 & snap-snap gambar.

Family Yg Join Ke Ganu. Yg Lain Xde Dlm Gmbar. Spe Srh Xikut.
(^^,)

Balik xkonvoi pun sebab Pak Tam sekeluarga terus g Kelantan atas urusan keje. Pak Njang sekeluarga lak balik kampung Mak Njang kat Kedah. Nenek + atuk ak balik Kajang ngan ktorg. Pagi rabu baru umi ak antar dorg balik kampung. Nak balik terus malam tu, macam penat sangat. Sampai Kajang pun jam 10.00 pm time tu. Singgah makan jap pastu balik. 

Memang xpuas bercuti rasanya sebab xdapat ronda banyak tempat sangat. Huhu. Ada rezeki, Insya Allah nak g ag. Nak jalan-jalan sepuas hati. Ok, adios ~












Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Saturday, May 25, 2013

Air Oh Air...

Salam Sume. Hai3.
Sekarang ni musim kemarau an. Panas terik toksah nak cakap la. Keluar umah kejap pun da berpeluh. Disebabkan kemarau ni jugaklah beberapa kawasan mengalami gangguan air, termasuklah kawasan umah ak.

Start petang semalam, air tiba-tiba da slow. Ak da cuak da. Dalam ati xputus-putus doa biarlah air slow, jangan xde langsung. Rasa cam dok asrama lak sebab ada masalah air. Huhu. Kawasan ak memang jarang kene gangguan air. Ni kali ke-2 kene. 1st time kene tahun 2008 xsilap. Then, kali ni terkena lagi disebabkan cuaca yang membahang.

Bila malam, setitik air pun da xkuar. Nasib sempat tadah air untuk kegunaan tertentu. Pagi tadi sekeluarga g mandi kat R&R. Haha. Macam pelarian lak rasa. Petang, dalam kol 1 lebih air kat singki da mula ada. Alhamdulillah. Tapi air kat bilik air masih lom kuar. Ayah ak da bajet jadi tukang paip. Cek tangki bagai. Air kat tangki da penuh tapi nape xkuar gak air. Disebabkan pelik 2, ayah ak siasat la.

Ayah ak pun mula la panjat sana-sini. Pastu tah ape ag tah dy wat. Yang bestnya sume kepala paip kat bilik air ayah ak ganti baru. Haha. Then, tau-tau je air da kuar. Ayah ak tadahkan siap-siap kat sume bilik air. Ayah ak memang hero laa! Hihi. Alhamdulillah, air da kembali. Ape pun dugaan yang Tuhan turunkan, sentiasalah berdoa & kena bersabar. Bila-bila masa Dia boleh tarik nikmat yang Dia bagi. So, jangan kufur nikmat & sentiasalah hargai ape yang diberi.

Jangan Membazir Air ! Susah Tau Kalau Air Xde !



Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Saturday, May 18, 2013

Berjimba Itu Wajib Bagi 4 Are !

Salam Sume. Hai3.
Exited ni..exited!! Sebab ape? Sebab hari ini adalah hari yang best+sengal! 4 Are kembali berjimba setelah sekian lama xbertepek ber-empat. Hehe. 4 Are 2 ape? Ala ada ag ke yang xtau... 4 Are stand for = A'are, Anis, Atul & Afifah a.k.a Pipah. Kamilah 4 Are..! Huhu. Kali ni jumpa kat Kajang je. Senang sebab dekat masing-masing & cepat ckit sampai umah time balik t.

Pas zuhur ktorg berkumpul kat Metropoint Kajang & g book bowling. Selalu sangat xdapat main. So arini ktorg xnak kempunan ag xdapat main. Sementara tunggu turn untuk dapat main 2, ktorg g tempat game kat sebelah. Main basketball..main tembak-tembak..lumba kereta. Bising 2 xyah cakap la. Lau xbising bukan 4 Are namanya. Haha.

Ok, sampai giliran da nak main. Masing-masing da lama xasah skill. So banyak ke longkang jela bola 2. Haha. Tapi tahniah diucapkan kepada  Pipah & Anis sebab ada gak dapat strike. Anis bawak adik dy, Anum. So today, ktorg ada photographer. Senang la nak tangkap gambar ber-empat. Hehe. Lau x, slalu 2 payah nak snap gambar.

♥ Syg Bangat Sama Mereka. Besties Dunia Akhirat ♥



Abis enjoy main jalan-jalan jap dalam Metropoint 2. Ak ngan Anis memang da rancang nak cari belated birthday present untuk lagi 2 Are 2. Pas je solat asar ktorg g makan KFC. Abis makan baru bagi dorg hadiah 2. Reaksi dorg? Gila xsuka? Mesti la suka! Huhu. Then sambung ag snap-snap gambar. Ktorg mana tau erti puas lau nak melaram depan camera ni...! Lokasi seterusnya ---> Stadium Kajang. 

Kat Stadium Kajang 2 ada taman permainan & kawasan jogging. Pas2 ada la gak yang wat sewa main basikal duduk 2. Ada yang jual-jual gak. Da up da stadium 2 skunk. Haa pe ag cari port posing laa. Snap, jangan x snap. Wat muka xmalu je posing bagai nak rak kat situ. Tapi xleh lama-lama sangat sebab da nak maghrib. 

Selesai bergambar masing-masing pun da nak balik. Walaupun singkat je jumpa kali ni, tapi best 2 tetap best! Memang xpuas nak gelak-gelak, sembang-sembang & main-main ngan dorg, tapi xpela. Hope pasni ada lebih masa untuk kami berjimba! Hehe. We Chat grup pun ada. So xde la sunyi dari keep in touch ngan dorg. Dorg la sahabat sejati dulu, kini & selamanya. Sayang korg! Mmmmuuaahh!!


Habis Sudah Membebel ^^,

3 comments:

Sunday, May 5, 2013

PRU-13

Salam Sume. Hai3.
Marilah mari..Kita mengundi..
Jom kita mengundi, jom kita mengundi..
 
Ha..Macam-macam lagu mengundi ad an. And this year, my 1st time join mengundi! Exited la jugak. Yela nama pun 1st time an. Pagi tadi ak bangun terus mandi & siap2. Umi drop kat skolah tempat ngundi 2 & dia balik. Daripada dok menunggu bek balik dulu an. Dekat je ngan umah. Tengah ak jalan nak g beratur tiba-tiba nampak Mariam. Class-mate + Geng T-Ara ak. Borak jap je sebab nak beratur cepat-cepat. Barisan panjang kot!

Hmmm dakwat kekal la sgt an! Cuci ngan sabun da hilang!

Rasanya dalam sejam je kot ak beratur. Ke xsampai sejam ntah. Abis vote tunggu umi depan pagar. Tengok-tengok ad belon PAS dalam kereta. Umi cakap orang PAS yang jaga tepi jalan bagi. Pas2 ak & umi wat keje keji. Saje je angkat-angkat belon 2 bila lalu depan orang 'Be-End'! Kah3. Menggelabah je sume wat-wat pandang tempat lain. Pehal?? sakit mata ke mak cik & pak cik sekalian???. Balik umah, tukar kereta sebab sekeluarga nak gerak g Kota Damansara lak. Umi & ayah ak lak nak g ngundi. Dorang x edit alamat kt sistem SPR. So tempat ngundi still ikut alamat umah lama.

Kau Ada??


Time dok tunggu parent ak memangkah, ak & adik-adik ronda jap kat area umah lame ktrg 2. Banyak gile perubahan berlaku kat Sek 6, Kota Damansara 2. Parent g ngundi pun kat skola rendah ak dulu. Sambil ktrg lepak-lepak kat taman depan skola 2, sambil-sambil gak snap gambar. Atiq la gedik nak sangat bergambar. Haa amek ko..

Pilih Yg Kanan La Lbh Afdal An..Hee~

Tengah snap-snap gambar tiba-tiba ad sorang mamat ni tegur. Upenye school-mate dulu. 1 skola rendah kat Sek 6 2. Makk aii memang patot la ak xkenal dy. Da berisi skunk. Sempat tukar phone number & borak panjang ngan c Bashier 2 ha. Bagusla dy, xlupa kawan. Ad gak nampak kawan-kawan skola yang lain kat area taman 2. Tapi ak xdela tegur. Boys an, so I malu la.. hehe. Senyum-senyum dari jauh je. Bashier tadi je terlebih peramah setia lepak + sembang ngan ak.

Balik umah kepenatan sume. Umi & ayah sedap da tido. Ak pun cam layu je mata ni. ahaha. Ok la, nak lepak-lepak atas katil ni dulu. Penat + ngantuk. Adioss~

* Semoga 'mereka' itu diberi hidayah utk berubah ke arah yg lbh baik * 



Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:
Subscribe to: Posts (Atom)
Subscribe to: Posts (Atom)

:: Be My Follower ::

Wanna Friend With Me??Just Do This Step:

1) Copy my blog url
2) Go 2 ur dashboard
3) Click add button at the left corner
4) Paste my blog url at the space "add from url"
5) Then just follow the next step

Simple right??And thx 2 become my follower ^^,

:. WishList .:


study smart
Bertunang! ;)
Kumpul Lebih Banyak Tudung Bidang 50
Kuar Jln2 Ngn Member2
Pergi Umrah & Haji
Kawen ^^,

:. B e b e L a N .:

  • ▼  2015 (1)
    • ▼  January (1)
      • Happy Anniversary.. Happy Birthday..
  • ►  2014 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (20)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (30)
    • ►  December (2)
    • ►  November (5)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (32)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (5)
    • ►  February (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (7)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)

Background.MyEm0.Com
Half Purple and Blue Butterfly
Terima Kasih Sudi Jengah Ke Blog Ini.Jengah La Lagi Yee. Powered by Blogger.