-->
(^^,)

Sunday, August 28, 2011

.: SELOKA DSPI A :.

ini alkisah dspi a tercinta
warganya sentiasa ceria belaka
seloka dicipta sekadar suka-suka
pengubat rindu kat korang semua

bermula cerita ketua kelas kami
nur muhammad naim nama diberi
gayanya mengalahkan perdana menteri
sekali berhujah susah nak berenti

saini selalu saje terkena
lecturer suka panggil namanya
soalan dijawab penuh gaya
betul ke salah dia tibai je

sekejap ada sekejap tak ada
bermacam kerenah memeningkan kepala
waktu kelas pun kekadang dia lupa
najaah ni memang nak kena!

suka cemas setiap waktu
dahla cemas blur plak tu
salhaireezat memang begitu
bila dah kabut semua tak menentu

syera mai dari p.pinang
nampak je kucing dia pun ketaq
kalau berjalan suka berlenggang
dia ni suka buat loklaq

everyday everytime riang sentiasa
ira gedik panggilan untuknya
walaupun gedik otak geliga
anugerah dekan dalam genggamannya

bab melaram bagi ke dia
tudung & bajunya meriah sentiasa
ideanya juga sangat berguna
nadratun naim itulah namanya

terlelap time kelas perkara biasa
bila ditegur dia wat dono je
fad memang kelakar orangnya
ada je benda wat orang ketawa

asy seorang yang berdedikasi
semangat juangnya sangat tinggi
apa pun kerja yang diberi
settle semudah petik jari

che mek klate namanye bie
konon nk diet sokmo la tak jadi
tapi semua tu dia tak peduli
yang penting hidupnya terus happy

minah sorang ni selalu busy
terkejar-kejar ke sana ke mari
meeting & camping tak henti-henti
hidayah azmi empunya diri

kecil molek saiz badannya
bersopan-santun manis dipandang
afifah agak pendiam orangnya
senyuman di bibir tak pernah lekang

hanya tersenyum bila diusik
fateen tetap cool tak pernah over
tu la sebabbnya naim tertarik
hehe..tin jangan marah gurau2 je

dalam kelas dialah driver
sebab dia ada kereta
fataana natiqah sporting orangnya
nak gi mana2 tumpang je dia

oranya sempoi berkaca mata
karakter dirinya bersahaja
hanya yang kenal tau dia cam mana
athirah azizan dialah gerangannya

bila mengaji merdu suaranya
nak beli topup cari la dia
syida giat dengan bisnesnya
namun pelajaran tetap utama

kadangkala suka membawa diri
orang dimaksudkan adalah aini
tapi tak de la terus menyepi
sesekali tu ada je join kami

tak kedekut ilmu & bijaksana
dialah tempat sebagai rujukan
walaupun 2 sem tak dapat bersama
zunairah tidak kami lupakan

korang perasan tak 1 benda?
nama aku je yang tak ada
sebab seloka ni aku yg reka
untuk korang semua baca

andai ada terkasar bahasa
sepanjang perkenalan antara kita
ampun & maaf aku pinta
sempena raya yg dah nak tiba

walau kini jauh di mata
sesama kita jangan dilupai
ucapan akhir penutup seloka
jumpa nanti time graduasi..!



Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Friday, August 26, 2011

:: sweet 21 ::

hai sume..em smlm (25 august) my bzday..alhmdulillah da 21 tawOn ak idup..tp rsenye amal still xcukup..rase b'tuah gk sbab bzday ak jatuh time bln ramadhan kali ni..sama cm tawon lepas..smlm family ak bwk g b'buka kt luar sempena bzday..=)

ayh belanja mkn kt JM BERIANI..
ps buka tros g msjd..
prut mmg knyg sgt..
tawon lps time bzday kaw2 kwn2 ak knekn..
terutamanya room mate ak @ dak2 sengal..
baik pny plan dorg wat..

kpd ika kong & solha..
ak mmg xkn lpe pe yg korg wt di mlm 25 august 2010 jam 12 am..
best sgt 'hadiah' yg korg bg..
haha..
korg nk tau dorg wt pe??

cni kisahnye ..
mula2 c solha ni bajet ajak ak g lepak kt tangga..
saje teman d on9 la konon..
ak mmg xpasan time 2 kol bape..
tgh lepak2 2 ak dgr ad org trn tangga dari tingkat ats smbil nyanyi2 ngn sore yg sumbang..
ak tau da 2 sore sape..ikakong laa...!hee~
ble tsrmpk je ngn ktorg tesengih2 je d..
ak br nk bukak mlt nk ckp memekak je mlm2 buta..
tp xsmpt ak nk ckp tbe2 dgn sepantas kilatnya ikakong yg sengal 2 pancutkn ubat gigi kt kepala ak..ps2 siram2 shampoo lak..pergh ak pn ape g..terjerit2 n lari selamatkn diri...sbab solha pn da memulakn sesi 'peperangan'..!dlm stgh jam la gk ktorg berperang..men kejar2..yg ak ni da mcm hape je..dgn comotnya..berangin kepala ak tau x sbab ubt gigi c ika 2!eee...ps2 xpasal2 rmbt ak keras!ak mmg da xdpt slmtkn diri ag..redha je t'kene ngn 2 eko ni..nsb room mate ak yg len xde..lau x ag dasyat ak kene!haha..

2 br room mate..
sok nya class mate ak lak wt surprise..
bese ak n solha g bazar ramadhan wktu ptg..
tp time ari bzday ak 2 solha beriye ckp xyh g..
d bajet akak d nk dtg ajak buka kt luar..
ak pn ok jela..
tp time buka tbe2 solha ckp xjd..
akak d jz dtg anta mknan je nnt..
emm solha ni mmg btol r...sabo je~
tp ak xksh pn..
ktorg pn buka jela kt blk..
ps2 cm bese la g terawih..
slalu ak sarung telekung je, mls nk pakai tudung..
tp mlm 2 ak pakai tudung lgkp ngn baju kurung..
sbab c solha ni la srh pakai cm 2 kononnya t akak d nk dtg ajak mkn..
time kt msjd ad gk ak jmp dak2 kls ak..ps2 abs je trwih dorg pn ikut jln sama2..ak n solha nk g cafe..kononnya akak d tggu kt c 2..
sampai je cafe ak nmpk ad bnyk mknan t'hidang..ak still xpasan g ni..ak siap ckp sape la yg wt more ni..bnyk tol mknan..ps2 tbe2 ak dgr ramai2 nnyi lagu happy birthday..ak toleh je blkg, dak2 kls ak yg len ramai2 nnyi smbil dtg kt ak..ps2 jerit kuat2 epy bzday atull..!!ak da segan..terharu..tergamam sume ad!haha..
tp org 1st yg ak cari solha!oOooo..bnyk la ko pny kakak dtg an!ptot r xkasi g bazar..xkasi mkn bnyk2..upenye da plan wt surprise!huhu~


ni la kek yg kwn2 ak sediakan..mjls ni kire smbt skali belated bzday ag sorg dak kls ak..2 nama d ad kt kek ats ni..huhu..sok nya plak bzday najaah..dak kls ak gk..so kire smbt skali r time 2..yg wt ak laaagi terharu, dorg ttp igt yg ak ni elergic ngn telur..so dorg gorengkn ak sosej..mkn la ns grg ngn sosej..dorg mkn ngn telur..huhu..bnyk g mknan len ktorg melantak..tq kawan2..syg korg..meriah gk ktorg smbt..tgkp2 gmbr..memekak 2 da pkare utama la tp memekak yg berpada-pada..hehe..dak2 kls ak mmg ceria sentiasa..

ok 2 cite antara ak ngn kawan2..
skunk turn smbt bzday ngn c d plak..
d bwk ak buka kt luar soknya..
ps2 g jalan2 tgk2 brg..
c d ni pn sama je suka bajet..
konon2 xblikn hadiah ak ag..ps2 srh ak pilih nk pe..ak mne la tau..huhu..ak xksh pn sbnrnye lau xde hadiah..org igt bzday ak pn da ok la..smpai da abs ronda2 ak still xwt plhn hadiah..sngaje je wt cm2..xnk sshkn org beli2 hadiah bagai..tp nk msuk kete tbe2 d g kat bonet..ak da masuk kete ni..skali d masuk ha...besar pny kotak hadiah depan mata ak..cet!gebang ak ea....konon xbli hadiah ag..pdhl da ad!huhu..nsb ak xpilih hadiah td..lau x free2 je dpt 2 hadiah..hee~
tp ak xbukak hadiah time dlm kete 2..bsr sgt..so ak bkak t je..ble ak tny hadiah pe d xnk g tau..d jz pesan jaga hadiah 2 elok2..blk je ostl ak tros tdo..hadiah xbkak g..bgn tdo br ak belek kotak 2..xtau nk bkak cne sbab 1st time dpt hadiah bsr pny!haha..ikakong yg exited srh bukak cpt2..ak pn bkak la ngn tertibnye..bukak pny bukak...tadaaaaa....



wah...dapat pooh besar.....sukeee...ak mmg peminat pooh..hehe..siap ad pooh kecik skali..ha..ni la d cik popo..ak bg nama 2 kt pooh bsr ni..d la peneman tdo ak..syok je plok d..pooh yg kecik 2 ak letak dlm kete..tq 2 my hubby..tau2 je ak mmg da lme nk patung pooh..=)
sampai rini cik popo sentiasa setia di cc..kdg2 ak men2 ngn d lau da bosan sgt..haha..cm budak2 je..

emm tok tawon ni ad sorg akak yg penah keje skali ngn ak bg hadiah kardigan..comel..i likee..tq kak ila..tq kpd sume yg igt n wish my bzday k..semoga doa2 korg 2 dimakbulkn..ak pn doakn korg sama..take care korg..bye!

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Friday, August 5, 2011

Sejarah Solat 5 Waktu

sempena ramadhan yg mulia ni, ak akn try post tazkirah2 ringkas..so leh la korg baca..=)
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Tuesday, July 5, 2011

4 Perkara Sebelum Tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau
tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meredhai kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...

Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4
perkara seketika.?"

Rasul tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur bacalah Al-Ikhlas 3 kali seolah-olah engkau mengkhatamkan Al Qur'an."

"Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat dihari kiamat "

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meredhai
kamu."

"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Saturday, July 2, 2011

FADHILAT DIBULAN SYAABAN....

1. Sabda Nabi S.A.W. : Apabila masuknya bulan Syaaban, perbaikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanKu atas antara kamu.

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah Taala tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Yusuf A.S. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud A.S. Jika dia dapat sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripada kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Munkar dan Nakir, ditutupkan Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan syurga baginya. (Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir hari khamis pada bulan Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga. (Al-hadis) dari kitab Al-Barokah.

4. Berkata Siti Aisyah R.A. , Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.

5. Sabda Nabi S.A.W. : Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban adalah bulan mengkhifarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan dosa (Jasmani dan Rohani).

6. Sabda Nabi S.A.W. : Bahawa berpuasa pada bulan Syaaban kerana membesarkan Bulan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezkinya baginya – antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

7. Sabda Rasulullah S.A.W. : Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang terlebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.

8. Sabda Nabi S.A.W. : Bahawa Bulan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihanku atas segala Ambia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah Taala atas sekalian makhlukNya. (Al-Hadis).

9. Bulan Syaaban – Keagungan malamnya dengan malam Nisfu Syaaban seperti keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya , dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qodarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang jibrail kepada Rasulullah S.A.W. lalu katanya : Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyengutukan Allah sesuatu, kecuali : tukang nujum , kekal dalam zina, kekal minum arak dan yang menderhakai terhadap ibubapa. (Al-Hadis).

10. Sabda Nabi S.A.W. : Allah menilik pada hambanya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang yang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.

11. Sabdanya lagi : Apa datangnya malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyanglah, banyakkan ibadah dan puasalah kamu pada siangnya. Allah S.W.T. berfirman: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala maka Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku akan pemudahkan urusan rezkinya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh.

12. Tersebut dalam kitab Al-Barokah : Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, juga ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.

13. Tersebut dalam kitab Iqna’ : Bahawa Jibril bersungguh-bersungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah S.A.W. kali keduanya, katanya : Ya Muhammad !, gembiralah kamu bahawa Allah Taala mengampunkan segala ummatmu orang yang tiada menyengutukannya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah pun mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama Malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang ruku’ pada malam ini. Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru kemenangan kepada orang yang sujud pada malam ini. Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru kemenangan kepada orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit yang kelima Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang menangis pada malam ini. Pada pintu langit yang keenam Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini, dan pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru kemenangan pada orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu yang kelapan Malaikat menyeru: Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibrail, sampai bilakah terbukanya pintu ini (diterima doa) – Jawab Jibrail : Sehingga naiknya fajar subuh. Dan katanya lagi: pada malam ini dimerdekanya hambanya yang mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing Bani Kilab (Bani Kilab diantara orang-orang Arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hambanya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari-hari di dunia ini serta malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan Jibrail ke syurga untuk menghiasi syurga.

14. Kata Syeikh Abdul Qadir Jailani di dalam Ghaniah : Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hari raya para Malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadah sepanjang-panjang malamnya, dan bagi anak-anak Adam berhari raya padanya pada siang hari dengan berpuasa dan mengerjakan ibadah, kerana mereka tidur pada malamnya.

15. Allah tidak ampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban terhadap enam golongan manusia :
(1) Orang yang kekal minum arak.
(2) Orang yang derhaka dua ibubapanya,
(3) Orang yang kekal dalam zina,
(4) Orang yang banyak berkelahi,
(5) Orang yang melakukan penjualannya dengan sumpah yang dusta,
(6) Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi. (Al-Hadis).


16. Sesiapa yang sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada ummat Muhammad S.A.W. terlebih afdhal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah S.W.T. memberitahu kepada Nabi Isa A.S. lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Allah : Mudah-mudahan aku daripada Ummat Nabi Muhammad S.A.W. (Diqabulkan Allah Taala akan doanya bahawa Nabi Isa A.S. akan zahir bila berlakunya hari qiamat menentang Dajjal)

17. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan); iaitu malam Nisfu Syaaban, malam Raya Fitrah yang pertama, malam Raya Aidiladha yang pertama, dan malam Arafah. Disembunyi malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam itu malam rahmat dan merdeka daripada api neraka, supaya sepanjang malam ramadhan atau sepanjang sepuluh malam yang terakhir daripada Ramadhan ummat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat.
Demikian juga disembunyikan : اسم الاعظام (nama Allah yang Teragong) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajab doa kerananya.

18. Barangsiapa membaca pada bulan Syaaban :

(Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dianya dengan seikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang–orang kafir).

Maka ditulis baginya umpama ibadah 1000 tahun (At-Taurah) dan dihapuskan daripadanya dosa 1000 tahun dan keluarlah dari kuburnya dalam keadaan mukanya bercahaya seperti bulan purnama dan ditulis pada dahinya (siddiqo) yakni orang-orang yang benar.
:: jOm pose 1 sya'ban esOk..=) ::
Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Sunday, June 26, 2011

Bahan Kimia & Kesannya

Hai..bersua ag kita di ari isnin..ok rini ak nk post sal contoh bahan kimia yg banyak digunakan di luar sana & kesannya..walaupun ak da bg web yg korg leh search sal bnd ni,mst ad yg malas nk bkak an..ps2 cm xbpe paham..huhu..so ak akn senaraikn kt bwh ni sebahagian bahan2 tersebut..ha pasni leh la cek2 bhn2 kimia ni kt dlm produk kecantikan korg,shampoo & sabun badan..besenya bhn2 seperti pewangi,pengawet,pengelupasan & pemutih adalah xdigalakkn penggunaannya sebab boleh mendatangkan pelbagai penyakit..

:: PEWANGI & PENGAWET ::
  1. Kanser
  2. Masalah rambut & kulit kepala seperti kelemumur,radang,jangkitan kuman & gugur rambut
  3. Keguguran & kecacatan pada zuriat
  4. Anak lelaki cacat pada kemaluannya
Bahan kimia:Animal Protein, Paraben pteservatives (methyl,propyl,butyl & ethyl), Paraffin wax/oil, PVP/VA Copolymer, SLES dll..*rujuk la web yg ak bg ri 2..=)

:: PENGELUPASAN & PEMUTIH ::
  1. Pengelupasan yg teruk
  2. Salur darah pecah teruk
  3. Salur darah rosak, cacat kulit & kanser
  4. Jerawat mula sekeliling mulut, bertambah teruk & merebak keseluruh muka
  5. Pigmentasi lebih teruk & warna kulit tidak sekata
  6. Muka jadi berbulu, bermisai & berjambang
  7. Sopak
Bahan Kimia:Hydroquinone, Mercury, Sodium Hydroxide, Clorox (Sodium Hypochlorite), Retin A, Retinol, Tretinoin, Steroid, AHA (Alpha Hydroxy Acid) iaitu Ekstrak buah-buahan, Enzim dari papaya & neneas), Phenol

So, pasni berhati-hatilah menggunakan produk2 di luar sana..korg xperlu cemas lau dapat tau bhn2 kimia ni ad dalam produk korg..korg leh gantikn pencuci muka dengan menggunakan tepung pulut/susu tepung/susu segar..bagus gk gne bnd2 ni..boleh mencerahkan,melembut & menghaluskn kulit muka korg..lau sape yg ad bajet, nk mencuba produk Zai's pn boleh sbab produk Zai's xde bhn2 kimia di atas..t'pulang la masing-masing..ak sekadar berkongsi pengetahuan..nantikan next update..bye!

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Sunday, June 19, 2011

Zai's Beauty Formula

hai sume..da lame ak xupdate blog..bz la skunk..huhu..utk pengetahuan sume, ak skunk bekerja sbg kerani & terapis kecantikan kt saloon "Alam Kecantikan & Zai's Beauty Formula" kt cawangan bangi..ok2 kt cni ak bkn la nk promo ke ape..sekadar perkongsian utk sume..utk laki n especially pempuan..yela pempuan & kecantikan an xdapat dipisahkan..b4 2,ak nk mnx maaf la lau ad perkara2 yg ak nk bebelkn t menyinggung mana2 pihak..bkn utk memburukkan,tp utk pengetahuan..bile da keje kt saloon ni br ak tau tentang brk baiknye bhn2 yg digunakan dalam produk kecantikan skunk..kt luar sana,terlalu banyak bahan kimia & pengawet yg dicampur dalam produk kecantikan..skunk mmg kte xnmpk kesan d..tp lama kelamaan penyakit spt kanser,radang & sbg leh terkena pada kte..2 sume disebabkn bhn2 kimia tersebut..korg leh check bhn2 dlm produk kecantikan msg2..try masuk web ni:

  • http://www.zaimal.com
  • http://www.zaisbeautyformula.com
xkisah la korg nk search yg mne 1,sbab 2-2 ni laman web rasmi Zai's Beauty Formula..ak pn da cek,so korg la plak..=) kt laman web ni gk korg leh tgk produk2 yg dikeluarkn oleh saloon Zai's..ad 5 cawangan saloon zai's yg leh korg g utk wt treatment or nk bli produk..sume korg leh tgk kt web atas ni..nk jd ahli pn bole..saloon zai's menjual produk kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..customer lelaki kami pn ad..so lelaki2 di luar sana,lau nk cuba produk ni sgt dialu2kn..saloon zai's beroperasi setiap ari selasa-ahad bermula jam 10.00am-6.00pm..promosi utk wt treatment juga bole didapati dlm majalah WANITA & MASTIKA yg dikeluarkn secara bergilir-gilir..lau bln ni promosi dalam majalah wanita,bln dpn dalam majalah mastika lak..so ble korg bwk cupon dari majalh2 ni,dapatla potongan harga utk treatment..sayangilah diri anda sblm t'lmbt..kami di saloon zai's beauty sedia membantu kerana kami akn sentiasa "SELAMI & FAHAMI KEHENDAK PELANGGAN"(^^,)

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:
Subscribe to: Posts (Atom)
Subscribe to: Posts (Atom)

:: Be My Follower ::

Wanna Friend With Me??Just Do This Step:

1) Copy my blog url
2) Go 2 ur dashboard
3) Click add button at the left corner
4) Paste my blog url at the space "add from url"
5) Then just follow the next step

Simple right??And thx 2 become my follower ^^,

:. WishList .:


study smart
Bertunang! ;)
Kumpul Lebih Banyak Tudung Bidang 50
Kuar Jln2 Ngn Member2
Pergi Umrah & Haji
Kawen ^^,

:. B e b e L a N .:

  • ▼  2015 (1)
    • ▼  January (1)
      • Happy Anniversary.. Happy Birthday..
  • ►  2014 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (20)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (30)
    • ►  December (2)
    • ►  November (5)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (32)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (5)
    • ►  February (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (7)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)

Background.MyEm0.Com
Half Purple and Blue Butterfly
Terima Kasih Sudi Jengah Ke Blog Ini.Jengah La Lagi Yee. Powered by Blogger.