-->
(^^,)

Thursday, March 28, 2013

Sanah Helwah

Salam Sume..Hai3..

26.3.2013 ari 2 bzday umi ak..Malam sebelum bzday dy, ayah da pakat ngan ktorg nak wat surprise kat umi bawak dy g Bukit Tinggi, Bentong, Pahang..Wohoo~ sempat ak berjalan an dalam ngah sibuk-sibuk nak study ni..Lagipun umi da lama nak g c 2..So sempena bzday umi yang ke-47 ni ayah tunaikan impian umi 2..hehe..

Umi tersayang..Comel kan umi ak?? =)
Tetap muda walaupun da 47 tahun

Aku & adik ak pun teruja gak nak g c 2..Tapi adik 2nd ak, Atiq, xde..Ciann..Nak wat cne an..Time 2 ari selasa & dy pun ada kelas..Ktorg tetap ingat ko la Tiq..Tetap terasa xlengkap ko xde..Tengok 2, umi pakai baju yang ko hadiahkan..hehe..Bulan 5 nanti ayah ada conference kat Bukit Tinggi..So kite ikut skali ea Tiq..Ko an da abis matrik time 2..Xde la kene tinggal ag..hua3..

Memang cantik tempat-tempat kat c 2..Ingatkan nak la pakai kimono time kat area Japane Tea House..Tapi sewa RM20! Huh, teros xjadi..Tengok jela orang lain bergambar..sob3..

Antara Pemandangan Kat Sana

Ececeh Ayah..Model La Konon 2.. ;)

Ni Ag Sorg..Kemain Ag Posing Adik Pah Ni..

Orang Cakap Muka Ak & Adik Pah Sama..Yeke??

Ayah, Umi & Adik Pah

Romantika D'Amor.. ^^,

Ak & Umi
Bila da tengah hari perut pun mula la lapar..Singgah makan jap kat salah satu restoran dalam bangunan-bangunan ni..Sedap & harga berpatutan kat c 2..Then g masjid solat & sempat singgah kat Animal Park..Tikus mondok 2 ak panggil dy Hamtaro..Sebab dy sama macam cite kartun Hamtaro 2..hehe..Comel je tengok dy makan..Ak bagi ape je, dy ngap! huhu..

Menu
Bagi Hamtaro Makan

Petang 2 otw balik hujan lebat giler time kat MRR2..Dengan jamm nya..Nasib da gerak awal..Tapi bila sampai Kajang, kering kontang..Malam nya baru hujan..Da balik umah 2, ak sedar la diri..Bukak buku menelaah cam bese..hehe..

Semalam, 27hb bzday Syue..Room-mate ak dulu..Arini 28hb bzday my bff, Pipah..Geng 4-ARE ak..Sok 29hb pun bzday kawan ak gak nun jauh kat Jordan..Buat mereka semua, ak doakan rezeki berpanjangan melimpah-ruah..hidup diberkati di dunia akhirat & terus berusaha menjadi hamba-Nya yang dikasihi..Aminn~



Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Sunday, March 24, 2013

Dayang Pembawa Hantaran

Salam Sume..Hai3..
Dalam busy-busy menelaah ni, semalam, ak & kawan-kawan sempat jadi dayang pembawa hantaran untuk majlis akad nikah Kak Ziha. Kak Ziha ni kakak kepada salah seorang geng T-Ara ak, Ct. Ktorg da janji nak jadi dayang kakak dy lama da. Tp xsangka lak jatuh pada musim final exam majlis ni. Tp it's small matter la. Setakat jadi dayang untuk beberapa minit, apa la sangat an. Kite mudahkan kerja orang, nanti Allah mudahkan kerja kita. Btol x??hee.

So seperti yang disepakati, dayang-dayang berjubah hitam & tudung colourfull menjalankan tugas dengan jayanya semalam. Gambar time pegang hantaran xde. Tapi gambar bersama pengantin ada. Nak tengok?? Jeng3...

Taraa..Kamila dayang-dayangnya..
Dari kiri (atas ke bwh sampai ke kanan) :
 Kak Wa, G-Are, Kurshia, Sina, Ct (kwn ak a.k.a adk pengantin), Ain,
Muna, Ejat, Nisa & Aku

Cantik kan tarikh nikah Kak Ziha ni. 23.3.2013. Arini plak kenduri nye. Xamek pun gambar ngan pengantin tadi. Btw,tahniah Kak Ziha. Semoga bahagia ke anak cucu, dimurahkan rezeki & mendapat anak yang soleh solehah. 

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Sunday, March 17, 2013

Time Is Running Out!

Salam sume..Hai3..
Entry ini tiada kaitan ngn Running Man ye..haha..Tapi an nk tau x..Dlm terhegeh-hegeh nk study ni ak sempat je layan Running Man tu..Konon utk relax n rest pale otak jap laa..puuii~

Ok sebenarnya time is running out sebab hari da semakin petang..Then malam..Then muncul la esok..
Ha..esok??!!arghh scary~Sebab apa?Sebab esok la bermulanya ak berjihad di medan peperiksaan..haha..Ayat nk uuuppp je..Scary..Worry..Nervous..Semua bergabung menjadi 1..Tapi dok scary pn ak khayal gak wat bnd2 lain..ish3~

Da la 1st day je da mengadap killer paper!Teka la subjek ape..Nk tau?Pe ag lau bukan subjek Maqasid As-Syariah..Subjek ni best..Tapi soalan yg ustaz nk bagi nanti yang agak menggerunkan ktrg sbb ustaz banyak bagi soalan yang memerlukan kita fikir sendiri..Lau dalam bm, sap sap sui je ak leh jawab..Tapi ni dalam arab..Ak takot ayat ak ustaz xpaham je..Sebab arab us lagi tinggi bahasanya..Hmm..

Adakah ak sorang je yang study ala kadar??huhu..Ntah-ntah orang lain da ready..wohoo~Ok let's check it out my exam time table..


5 subjek je..Bak kate Puan Rabiah a.k.a Pn Bie, mentor ak, "Kalau xdapat score jugak xtau la..Saya tunggu exam result kamu, saya nak semua dapat A ok..hehe"..Mulut ak jawab, "Insya Allah.." padahal dlm ati, " Mampos ak!".. And ak rase kawan-kawan yang lain pun sama je pikir cam ak..haha..

It's ok..Ak pasti boleh!Lecturer semua sentiasa bagi support..Soalan pun sebenarnya kita boleh tackle..Tapi kene betol la caranya..So guys, pray for me ok!Wish me luck!Adioss~




Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Wednesday, January 30, 2013

Kena Ada Ilmu Maqasid, Ok? =)

Salam sume. Hai3.
Malam ni ada kelas ganti Undang-Undang Jenayah. Adoii berat je rasa ati. Huu. Xbaik betol. Da r next week ada mid-term, ada ati nak rase berat ati g kelas. So sementara ada masa ni aku jengah la jap blog yg kadang-kadang ak abaikan ni. Hehe. 

Nak cite ckit ni. Tadi an time kelas Maqasid Syariah, ustaz ada cakap 1 benda yg menarik perhatian aku. Haa nak tau pe dye? Jeng3. Haha. Ok sebelum 2 untuk sape yg xtau maksud maqasid syariah, ia bermaksud tujuan pensyariatan. Maqasid berasal daripada perkataan maqsad yg bermaksud niat/tujuan. Ok jadi pasni lau aku guna perkatan maqsad harap sume pick-up la ye. Hee.

Benda yg menarik perhatian aku 2 sebenarnya perkara yg penting gak dalam hidup. Iaitu tentang pasangan hidup. Ustaz Yusuf (Lect subjek maqasid) cakap nak cari pasangan pun kena cari orang yg paham & tau maqsad berkahwin. Kalau maqsad dia semata-mata kerana nafsu, memang xbahagia hidup. Tapi kalau betol maqsad seseorang 2, memang bahagia la hidup selama-lamanya. 

Salah satu syarat perkahwinan pun kita perlu cari yg sekufu an. So bila kita tahu ilmu maqasid, pasangan pun tahu, maka xkan bergaduh sampai bercerai-berai la nanti. Sebab apa?. Sebabnya adalah orang yg tahu tentang maqsad sesuatu perkara, akan berfikir panjang & bijak dalam setiap kelakuannya. Contohnya macam yg aku bagi tadi. Kalau dia kahwin semata-mata kerana kecantikan / nafsu, nanti lama-lama akan cepat jemu. Tapi, bila dia menghayati betol-betol & paham kenapa disyariatkan perkahwinan, Insya Allah semuanya akan berjalan dengan baik.

Akan tetapi semuanya berada pada tangan takdir. Kalau seseorang 2 ada ilmu maqasid sekalipun, tapi dah memang tertulis hidup dia jadi macam 2, macam 2 la gak. Cumanya diri sendiri yg kena berhati-hati & sentiasa ingat serta berpegang pada agama. Aku harap aku tergolong dalam golongan yg bahagia selama-lamanya. Hehe. Semoga 'Adam' aku nanti adalah imam yg terbaik & dapat menjaga aku sebaiknya. Amiin.

~ Semakin menjauhi, semakin didekati...Semakin ingin melupai, semakin kuat teringat & muncul dlm mimpi ~ 
>.<

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Sunday, January 6, 2013

Ahlan Wasahlan 2013

Salam sume.Hai3.
Hari ni baru berkesempatan wat entry 4 new year.  Skejap ke da masuk tahun baru an.  Alamak, bermakna makin bertambah usia! Xpe yg penting awet muda hehe.  Tahun 2012, banyak gak kenangan manis juga ada peristiwa tragis.  Hmm peristiwa tragis 2 biala ak je yg tau.  Da masuk tahun baru, so sume 2 xpenting ag.  Pergi jauh2, bia tertinggal kat 2012 je.  Jangan menghantui ak lagi.  Pe ak nk membebel arini pasal permulaan 2013 yg memuaskan.  Sebab ape puas??hehe.  Semalam ak & Solha dating g TS!  Ktorg memang da lame nk kuar & shopping sakan.  Dan semalam memang sakan ktorg bershopping.  Heaven!yg paling best barang yg ktorg aim nk beli, dapat gak.  Masing-masing tersenyum lebar la jawabnya.  Xheran da kaki yg penat menjelajah setiap kedai yg ada. hehe.  

Ini la barang-barang yg ak shopping. Xbanyak pn. Berjimat-cermat ok!
Handbag, scarft & purse 2 ak punya. Sweater cheetah 2 lak ak beli sebagai hadiah utk adik bongsu ak sempena birthday dia.  Hari ni la birthday dia. Happy birthday adik fah. ^^,

Ktorg ngh saving duit lagi ni utk next shopping. hehe.  Pantang tgk sale, mesti ktorg excited!.  Ok, 2 cite pasal shopping.  Pasal student life lak ak makin busy ngn tugasan-tugasan kelas, persatuan & mentoring.  Muka ak ni memang muka s/u agaknya an.  Dalam mentoring pun dipilih jadi s/u. huhu.  Untuk extival akan datang lak, still diminta jadi s/u untuk Biro Logistik & Tugas-Tugas Khas.  Yg bestnya AJK ak still setia & sudi bagi kejersama untuk terus jadi family logistik. Yeeaa..syg korg!. haha.  Aktiviti paling terdekat bulan 2 ni.  Karnival Mahasiswa Islam Kali-3 anjuran Persatuan Mahasiswa Sarjana Muda (PERSADA), KUIS.  Ak s/u bagi program Riang Riuh Bersama Si Cilik.  Meh la join karnival ni yg akan berlangsung dari 12-17 Feb 13.  Macam-macam lagi program lain yg ktorg rancang selain daripada prog ak td 2.  Kalau sudi, datang la ye untuk memeriahkan majlis ^^,.

Hope 2013 akan lebih baik daripada 2012.  Nak lebih banyak kenangan manis.  Xnak ada sedih-sedih, nangis-nangis ke, sume la.  Nak cheers always & terus happy go lucky!  Tak lupa juga untuk terus tingkatkan amalan rohani & terus perbaiki diri menjadi muslimah sejati.  Juga nak terus jadi anak solehah untuk umi & ayah serta berbakti kepada mereka.  May Allah Bless~ Amiinn.

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Monday, December 17, 2012

Sayu Menyapa

Terdengar dengkuran kecil ayah, sayu tiba-tiba hati ini. Teringat kata-kata motivator dalam program motivasi yang pernah ak ikut dulu, "Cuba kamu tengok ayah kamu kalau tertidur. Kamu tengok turun naiknya nafas dia. Ayah kamu penat bekerja. Tapi ada dia mengeluh?Kamu minta duit, ada dia berkira?Macam mana kencangnya turun naik nafas ayah kamu, macam 2 la gambaran lelahnya ayah kamu keluar mencari rezeki"

Mengalir air mata. Kenapa tiba-tiba emosi ni?Hmmm. Kesian ayah. Ak mengaku ak memang xsanggup tengok dia bekerja. Sekarang, nasib office yang dia baru transfer lebih dekat berbanding dulu. Kalau dulu dia bekerja di Rawang, kadang-kadang lewat malam baru dia sampai rumah. Ak bersyukur ayah berkemampuan menanggung kami sekeluarga. Masih merasa kami dibawa bercuti. Masih juga kami dapat merasa diberi apa yang diingini. Kadang-kadang, nak minta duit dari ayah atau umi, ak xsanggup. Ak sayu bila tengok dorg kuarkan dompet sambil keluarkan wang. Xtau kenapa, ak memang mudah tersentuh bila melibatkan kedua orang tua.

Tadi, ayah balik bawa Pizza Hut Delivery (PHD). Sempat dia beli untuk kami. Hari 2, ak dapat dekan, ayah bagi Blackberry. Kalau nak dihitung, banyak sangat jasa & pengorbanan ayah. Ayah teman g exam. Ayah hantar g asrama. Ayah tolong servicekan kereta. Macam-macam. Ak pulak jarang bercerita tentang ayah. Tapi bukanlah bermakna ak lupa. Dan hari ini, entah kenapa, laju tangan ak melayari blog sambil bercerita serba sedikit tentang ayah. Walaupun ayah sudah menjangkau 40-an, tetapi ayah tetap handsome & tuff. Bangga mempunyai ayah yang bijak & berkerjaya. Ayah juga penghibur sekeluarga.

Semoga ayah dipanjangkan umur. Sesungguhnya ak xsanggup kehilangan ayah. Ak xbersedia. Ak perlukan ayah. Kurniakanlah kesihatan kepada ayah Ya Allah. Begitu juga kepada umiku yang sangat penyabar. Janganlah Kau ambil mereka dariku kerana ak belum mampu untuk menjalani hidup tanpa keduanya. ='(
Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Saturday, December 8, 2012

Melewati Hari-Hari Busy

Salam sume..Hai3..
Orang lain sume da dok bercerita pasal new sem. Ak je xmenyempat nak mengadap blog ni. Awal-awal sem je da jadi busy girl. Lecturer sem ni pun masing-masing nak cepat je. Bertimbun-timbun kerja menimpa. Yang sakit otaknya kami la para student. Hoho. Dalam 2 minggu melewati sem baru ni memang rasa sesak nafas ak. Tapi Alhamdulillah lecturer sem ni pun sume best-best. Ak pun sem ni 'DIBULI' class-mate! haha. Tapi jangan salah paham. Bukan buli tahap kritikal. Cuma dorg kenekan ak jadi penolong kelas. But its ok. No prob sebab memang ak xkesah. Ustaz Yusof, lecturer subjek maqasid siap bodek kononnya dy akan bagi A untuk ketua & penolong kelas. haha. Ak & Aiman, ketua kelas hanya senyum je. Untuk sem 5 ni mostly subjek 3 jam kredit. Tapi ak xde feeling serem pun sebab dari diploma da bese dengan subjek 3 jam kredit. So xde la rase tension melampau. hehe.

Minggu 1st settlekan subjek, memang huru-hara jap hidup. Ke sana ke mari mencari lecturer. Sampai kaki pun bengkak-bengkak & sakit. Nasib umi tersayang tolong urutkan. Lega! 2 la magic nya urutan seorang umi. Sakit macam mana pun, bila urutan 2 penuh kasih sayang & ditambah lak dengan nikmat sembuh dari Allah, sume pasti kembali seperti sedia kala. Xdela ak menahan sakit da time g kelas. Lau x, nak jalan pun slow je. Nak pijak pedal minyak kete pun azab. hoho. Nasib kaki je yg sakit an. Lau tangan sakit gerenti tertangguh la keje-keje yg bertimbun ni. Next week banyak benda kena submit & start presentation. Ayyoo..awal-awal sem mesti kelibut. Tapi xpe. Bila pikir balik senang bila da ujung sem t. Banyak masa untuk study.

Dalam busy melaksanakan tugas, tadi ak sempat layan 'Istanbul Aku Datang'. Harusla tengok an sebab ada kekasih ati ak => Beto Kusyairy!. Dari dulu lagi ak minat dy. Layan cite ni pun sebab bagi otak rest jap. Da la cite romantik. Memang khayal r ak melayannya. Tangkap leleh, beb! Sebelum 2 lagi, ak layan Running Man dulu. Bagi gelak-gelak ckit. Habis layan 1 episod terus excited tengok kekasih ati berlakon lak. huhu. Emm dengar-dengar cite result SPA da kuar. Kak Wani ada g tau. Aiman pun sama. Tapi ak xleh cek lagi. So xdapat tau lagi la pasal result 2. Ada rezeki, ada la an. Lau xde untuk kali ni, ada rezeki yg lebih baik menanti ak. Just berdoa jela untuk mendapat yg terbaik.

Sebenarnya ak da ngantuk ni. So untuk kali ni, ni jela kot ak nak bebel. Kang bebel panjang-panjang korg lak annoying. haha. Ok, nite guys. zzzZZZZzz ~

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:
Subscribe to: Posts (Atom)
Subscribe to: Posts (Atom)

:: Be My Follower ::

Wanna Friend With Me??Just Do This Step:

1) Copy my blog url
2) Go 2 ur dashboard
3) Click add button at the left corner
4) Paste my blog url at the space "add from url"
5) Then just follow the next step

Simple right??And thx 2 become my follower ^^,

:. WishList .:


study smart
Bertunang! ;)
Kumpul Lebih Banyak Tudung Bidang 50
Kuar Jln2 Ngn Member2
Pergi Umrah & Haji
Kawen ^^,

:. B e b e L a N .:

  • ▼  2015 (1)
    • ▼  January (1)
      • Happy Anniversary.. Happy Birthday..
  • ►  2014 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (20)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (30)
    • ►  December (2)
    • ►  November (5)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (32)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (5)
    • ►  February (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (7)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)

Background.MyEm0.Com
Half Purple and Blue Butterfly
Terima Kasih Sudi Jengah Ke Blog Ini.Jengah La Lagi Yee. Powered by Blogger.