-->
(^^,)

Sunday, December 8, 2013

Semester 7..Phheww!


Salam Sume..Hai3..
Ya..Semester baru telah bermula..Semangat baru pun bermula..Result yang lalu usah dikenang..Yang baru ni harus ditingkatkan..Azam kali ni jangan biarkan sekadar azam..Make sure do it! *banyak cakap kat diri sendiri sebenarnya*

Kali ni da jadi final year student..But not final sem..Now sem 7..Semestinya sem yang makin mencabar..Makin perlukan kesungguhan & pengorbanan..Mana nak assigment ag..Tesis ag..Baru 2 minggu start new sem pun pale da stat pening-pening..huhu..

Tapi xpe..Untuk pastikan pening-pening tu hilang & berjimba sebelum keje menimbun, ak & kawan-kawan akan pegi bercuti! Yahuuu..Tak sabar tunggu next week..Penang-Perak, wait 4 us ok! hee..Walaupun hanya 16 orang yang akan pegi tetap da terasa-rasa meriahnya..

Sem ni 5 je subjek yang kene hadap..Walaupun 5 tapi payah gak au..2 subjek arab, 3 lagi undang-undang..Mudah-mudahan dapat naikkan pointer sem ni sebab subjek tak banyak..Sem ni gak rilek je awal-awal masuk ari 2..Tak yah da nak add/drop subjek..Tak yah kene ngapal surah..hihi

Untuk subjek Amalan Guaman, ak ngan geng bersatu! huhu..Firma ktorg namanya Tetuan Najwa & Associate..Haa amek nama Kak Wa untuk nama firm..Subjek Mal plak ak dapat grup ngan boys..Nama firm tak tau lagi sebab belum start discuss..

Mudah-mudahan dapat bekerjasama dengan dorg sebaiknya..Hope perjalanan pembelajaran juga lancar sumenye..Pray 4 me guys! Daa ~

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Saturday, October 5, 2013

Imtihan Nihai'e

Salam Sume. Hai3.
Haaacchhuumm!! Haa bersin2 ak.. Mau dekat 2 bulan da ha ak x jenguk blog kesayangan ni.. Berhabuk bersawang bagai.. Banyak je benda best ak nak share ngan korang tapi malas nak taip.. Haha.. Ni pun tibe2 rasa nak bukak blog sebab ngantuk seh study petang2 gini.. Haa untuk pengetahuan u all ak ngah final exam week skunk.. Da selamat 3 paper ak hadap.. Huhu.. Tapi ak nak gak upload jadual exam ak.. 


So, pray for me yaa.. Bia ak dapat terus naikkan lagi pointer.. Nanti amek ijazah leh dapat 1st class.. Eceewwahh.. Nampak x ada lagi 4 paper ak kene hadap 2.. Sume killer paper tau dak??!.. Pemarkahan sangat straight lak 2.. Adoyaii.. Sem ni la kot ak rase agak serabut ckit.. Dengan kene apal Surah an-Nur yang panjang 2.. Nasib da lepas.. Alhamdulillah.. Xpe next sem da relax daa.. 

Eh korang layan x hindustan tadi?? Tajuk arini 'Kabhi Alvida Na Kehna'.. Best seh wa cakap luu.. Da la SRK yang berlakon.. Pas2 ada Rani Mukherjee, Priety Zinta, Arjun Rampal, Abishek Bachan, Amitha Bacahan & paling best Kajol ada muncul jap.. Haha.. Sume pelakon fav ak.. 2 sebab rela jap xstudy semata-mata nak ngadap SRK ak.. Sedih cite dy.. Sesuai untuk orang yang da kawen tengok.. Bagi pengajaran yang mendalam.. Feeling I tau.....

Hurmm da2 la pasal hindustan 2.. Ni ngah ngadap Undang-undang Komersil ni.. Xhadam2 dari td haa.. Komersil ni best time blaja.. Time nak jawab soalan, alamakkk.. Banyak beno autoriti kene ingat.. Da la carrymark pun ak xpuas ati sangat.. Undang-undang Tanah yang ak kurang minat 2 lak carrymark ag tinggi.. Acaneee 2?? Oii semangat kerajinan.. Tolongla masuk dalam diri ak.. Next week dua2 paper undang-undang & sangatlah menyerabutkan.. Bak kata geng ak, tiba2 rambut macam banyak gugur sebab stress! Hahahaha..

3 paper sebelum ni pun leh tahan la soalannya.. Hope kami boleh tersenyum la kuar dari dewan exam nanti untuk next paper.. Janganlah payah tahap gaban soalannya.. Moh kite doa ramai2.. Korang Aminn kan cepat.. "Ya Allah, Tuhanku yang Maha Pengasih lagi Penyayang..Permudahkanlah urusan kami..Lekatkanlah ilmu & hafalan yang kami pelajari..Jauhkanlah sifat malas dari diri kami..Cemerlangkanlah diri kami & berikanlah kami perolehi keputusan yang baik..Bismillahitawakkaltu 'Ala Allah..Aminn~"

:: See u next time guys... Peace~ ::

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Wednesday, August 7, 2013

Iftar Jamaie 2013

Salam Sume. Hai3.
Da last Ramadhan an. Sedih. Sayu. Malam tadi time tarawih terakhir pun da sayu je rase. So sempena da last day pose ni nak share la ngan korang ceritera ramadhan ak. Iftar ngan family 2 xleh dipisahkan la. Yang wat ak exited sebab dapat wat iftar ngan kawan-kawan kali ni. Lebih meriah daripada bese. Hehe.

1st iftar of course la kat kampung tercinta ngan family belah umi. Tiap-tiap tahun akan berkumpul sesame, iftar jamaie & tarawih jamaah kat umah. Pas 2 ngan geng T-Ara ak. Ktorang pekena nasi arab tau. Kat Restoran Half Moon, Serdang. Ni kali ke-2 ak jejak situ. 1st time jejak last year ngan class-mate SMSU. Wat iftar gak masa 2. Then kali ni, ktorang berenam je iftar sesama tanpa gangguan orang lain. Hee~

18 July 2013

Tengok la bape banyak nasi dy dalam sepinggan 2. Memang ak tapau la jawabnye sebab xlarat nak perabih. Tapi kali ni ak ad geng. Mariam pun tapau gak. Hihi. Yang lain sume makan sampai licin. Ak xde la g 2. Memang magic lau ak leh makan bebanyak gini. 

Ok, next iftar lak wif class-mates SMSU. Tahun ni ktorang g dekat-dekat je. Kat Tasik Idaman. Pernah dengar x tempat ni? Area Sg Buah kat Bangi Lama 2. Ad 3 orang dak kelas ak xjoin time ni. Tapi tetap meriah. Girls gerak pas maghrib sebab senang da solat. Sampai je leh terus makan. Yang bestnye, majoriti boys pakai jubah. Mana yang ak xpernah nampak pakai jubah 2, memang nak gelak la tengok. Bukannye apa, nampak lain je dorang ni. Alim g 2! Hee~


24 July 2013

Then, last iftar bersama kawan-kawan kat Restoran Horizon Garden, Sek 8, Bangi. Iftar ngan school-mates ni plus reunion skali la. Tapi iftar ni antara girls je & xsume dapat datang. Dalam ad yang xdapat datang 2 leh tahan havoc gak. 16 orang bergabung + da lama xjumpa = kepoh xheran kiri kanan. Huhu.


2 Ogos 2013

Sambil makan, sambil la dok bercerita hal memasing. Ad yang da tunang & bakal bertunang pun ad. Sampai gak masa kawan-kawan ak ni. Tahniah la ye korang. Ak je xtau ag bile. Xpuas sebenarnya jumpa time iftar ni. Jap sangat rasa masa berlalu. Tapi xpe. Ktorang akan bergabung semula dalam versi konvoi raya 2013. Hehe.

Ad gak time pose ri 2 family ak iftar kat Hotel Seri Malaysia, N.9. Iftar ni under office ayah ak. Sesat gak la time nak cari bank ayah ak keje 2. Ingatkan wat kat bank. Upenye kat hotel. Padahal da lalu da tadi. Bek ak terus tunggu situ je. Saje je ayah ak ni tau. Huhu.

Pejam-celik-pejam-celik, sok da raya. Family ak da tangkap gambar raya au. Tahun ni wat awal ckit sebab malas nak tuggu turn kat kedai cina 2 pas solat ari raya. So, kat kedai melayu 2 da leh shoot gambar, ktorang pun xbuang masa la. Gambar pun siap cepat. Cantik gak. Xde beza pun ngan kedai cina yang selalu ktorang g. Nak tengok? Nah, tengok la.






Haa cantik x??cantik x??cantik x?? Haha. Ok la. Sekian saja bebelan ak kali ni. Nanti da berposing sakan time raya ak upload ag gambar. Daa  ^^,







Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan ^^,

Salam Sume. Hai3.
Ramadhan datang lagi. Syukur rasanya masih diberi peluang untuk terus melakukan ibadah puasa untuk tahun ini. Malam tadi terawih x? Slalunya malam 1 Ramadhan penuh sangat umat Islam kat masjid-masjid & surau-surau. Family ak besenya akan g masjid Uniten, Bangi. Kat situ best. Imam dy orang arab & bacaan dy sungguh merdu. Walaupun kadang-kadang dy baca ayat yang panjang ckit, tapi bacaan dy laju & dy sangat menghayati ayat yang dibaca sampai menangis. Pastu, sebelum solat terawih, ad tazkirah 5 minit. Memang tepat-tepat 5 minit penceramah tu bertazkirah & isinya ringkas, padat serta bermanfaat.

Sempena bulan Ramadhan ni, ad rancangan Qari Junior jam 6.30pm kat TV3. Ktorg 1 family suka tengok sebab budak-budak cilik ni comel & pandai mengaji. Ad yang mengaji lagi sedap dari ak. Malu jap rasa kat diri sebab xdapat mengaji berlagu cam dorg. Bila dengar je dorg mengaji, tersentuh & sebak rasa. Alhamdulillah, kecik-kecik lagi da diterapkan dengan al-Quran. Ad sorang budak ni dy pandai azan sebijik macam muazzin masjid madinah. Then ayat dy yang buat ak tersentuh, dy cakap dy nak pelajari al-Quran dengan lebih mendalam & nak jadikan al-Quran sebagai 'pakaian' dy ='). Subhanallah.

Marilah kita sama-sama tingkatkan amalan diri. Banyakkan bertaubat, berzikir, berzanji. Kalau selalunya kita mengaji semuka je, bulan puasa ni lebihkan la ckit muka untuk dibaca. Ad masa lapang, buatla tadarus al-Quran dengan kawan-kawan atau family. Mudah-mudahan, Ramadhan yang inilah diri kita betul-betul diampunkan dosa & diredhai-Nya.

Semoga tersemai benih keinsafan, diangkat doa & amalan serta dapat terus perbaiki iman. Wallahu'alam ~

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Friday, June 28, 2013

Freedom At Friday-Sunday!

Salam Sume. Hai3.
Waarrghhh best btol dapat landing lame-lame atas katil tadi. Ponteng kelas?? bukan. Kelas batal?? pun bukan. Tapi.. Takde kelas adalah jawapan yang betol! haha. Setelah 2 minggu jadual kelas ak stable-tak-stable, akhirnya masuk minggu 3 ni da permanent. Memang pack & busy dari Isnin-Khamis. Tapi Jumaat-Ahad rasa nak jerit "freeeddooommm" kuat-kuat.*batak jap sebab sepanjang degree ni, sem ni la jumaat-ahad rasa free*. 

Tapi kerja-kerja rumah tak terbengkalai pun ok, wlaupun ak dok landing 2. Hehe. Dan ari yang ak freedom ni, tak dela ak nak buang masa cam 2 je. Masa nilah akan ak manfaatkan sebaiknya untuk bagi perhatian kat "Encik-encik Buku & Kitab" yang ada 2. Pelajaran tetap diutamakan dalam masa senggang diraikan. Ewah, ayat tak leh bla an. Haha. Tibe-tibe je terlintas kat pikiran ak ayat ni.

Emm tugas-tugas s/u untuk logistik settle setakat ni. Tunggu tugasan selanjutnya je. Homework....ada tak ek??ada pun, prepare untuk presentation jela. So, 3 ari ni leh tumpu study lebih ckit. Ak ni da la kurang kerajinan time awal-awal sem. Dah makin naik sem ni, perlu ubati penyakit M yang masih belum sembuh akibat cuti lama ari 2. Hehe. 

Ok la, cam tak tau je da nak membebel ape. Nak kecoh pasal jumaat ak takde kelas je sebenarnya. Wakaka. Adios ~


Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Saturday, June 15, 2013

Sem 6 Suda....

Salam Sume. Hai3.
10 Jun 2013, 1st day 4 new semester; Semester 6. Apa ak rase?? Kosong..Kosong..Kosong..Haha. Perasaan bercampur-baur. Teruja nak jumpa kawan-kawan + malas nak bersiap pagi-pagi + bersedia terkejar ke sana ke mari untuk settlekan subjek. Jam 7.30 pagi ak da gerak ke KUIS. Harusla awal, sebab takut ada kelas kol 8 ke an. Gambar jadual yang kawan bagi tak jelas, so kene la double-check.

Alhamdulillah subjek B.Arab da terus ad dalam jadual. Terima kasih banyak kepada KJ B.Arab & Ustazah Hasanah, salah sorang pensyarah B.Arab sebab mereka banyak membantu kelas ak supaya subjek ni dapat diambil pada semester ini. Walaupun bukan ustazah ni yang ajar ktorg tapi dy la yang tolong dari ktorg sem 4   lagi. Cuma rezeki dapat kelas arab masa sem 6 ni la. Lega rasanya sebab final sem akan datang tak perlu add sebarang subjek lagi. Just follow the guide course. Syukur ~


Sem 6 suda.. How Fast ~

Seminggu ni, kelas sume berjalan lancar setelah settlekan masalah-masalah yang timbul. Jadual pun da stabil & ari khamis kelas ak straight dari pagi ke petang! Macam bese la an, 1st week sekadar sesi taaruf ngan lect & penerangan rancangan mengajar. Semakin strategik rancangan mengajar sekarang, ditambah lak dengan Student Learning Time (SLT). So, student boleh merancang masa dengan baik untuk study tajuk-tajuk tertentu mengikut minggu. Dalam banyak-banyak subjek, subjek Pentadbiran Harta & Dirasah yang da stat blaja. Ha kejutan otak la sume tiba-tiba da kena fokus kuliah. Dapat plak lect yang memang ktorg da bese. 2 sebab dy pun selamba je stat kelas tanpa sebarang amaran. Huhu. 

Alhamdulillah jugak, lect yang ktorg dapat untuk sem ni sume baik-baik belaka & kebanyakannya familiar. Yang bestnya mentor ktorg siap ajar 2 subjek. Nasib dy sporting & tak membosankan. Lau tak, muntahla asyik jumpa je. Haha. Sem ni la subjek paling banyak. Ad 8 sumenye:

1- Metodologi Penyelidikan
Subjek ni sebagai persediaan untuk latihan ilmiah(tesis) yang akan ktorg wat final year nanti (sem 7 & 8). Lect yang ajar, Puan Zanariah. Time diploma dulu dy la penyelia tesis ak. Mula-mula cam takut je dapat ngan dy. Lama-lama ok sesangat sebab dy bukan garang tapi tegas. Dahla kebanyakan ayat dalam tesis 2 puan yang bagi. Haa ad ke penyelia lain nak wat cam 2? Dy memang sangat membantu. Pas2 masa sem 3 degree, jumpa ag puan ni sebab dy mengajar subjek Undang2 Perlembagaan Malaysia & sem 6 ni dy mengajar metodologi plak.

2-Al-Dirasah Al-Nassiah
Ni subjek dalam B.Arab tau. Skop pembelajaran dy lebih kepada hukum-hukum & memang relate dengan undang-undang, supaya tak salah guna pakai hukum Allah dalam meletakkan keadilan. Ingatkan Ustaz Zainuddin yang ajar, skali tengok2 yang masuk Ustaz Shuhadak. Syokla..sebab da pernah belajar ngan dy. Dulu dy mengajar subjek Al-Masadir Li Al-Dirasah Al-Syariah time sem 3. Ustaz ni sangatlah sempoi & lawak habis! Sem ni sah2 dy ingat nama ak sebab ak penolong kelas. Dulu kawan ak yang jadi wakil untuk berurusan ngan ustaz. Kali ni ustaz nak orang lain & orangnya adalah ak, yang sememangnya penolong kelas-yang-dilantik-sesuka-hati-oleh kawan2. Tak pelah, da bese dari awal sem jadi penolong. Huhu. Untuk setiap kali penutup kelas bagi sem ni, Ustaz ajar qasidah Ya Hanana plak katenye. Dulu Ya Tayyibah ngan Ya Imama. Hmm ok la 2. Dapat belajar lagu qasidah baru.

3-Undang-Undang Pentadbiran Harta Orang Islam
Subjek ni kire macam refresh jela untuk ktorg sebab time diploma dulu ad blaja. Blaja pasal harta,pusaka, wasiat, zakat & sewaktu dengannya. Lect nye pun orang yang sama masa diploma iaitu Puan Mafuza. Sem 5 ari 2 pun jumpa dy gak untuk subjek Undang-undang Pentadbiran Jenayah Islam. 2 la ak kate, banyak lect yang familiar ajar ktorg sem ni. Huhu. Hope kali ni nota puan lebih mudah difahami & bagi ktorg A+ untuk final exam (^^,)

4-Undang-Undang Tanah Di Malaysia 
Ni la subjek yang mentor ktorg, Puan Rabi'ah, ajar. Dengar tajuk pun korang tau an blaja pasal ape. Tapi takde la asyik pasl tanah je yang ktorg hadap. Ad la gak unsur-unsur lain yang berkaitan ngan tanah diselitkan. Ak tengok subjek ni ad senang, ad susahnya. So, memang bersedia mental & fizikal la. Nak2 plak   statut subjek ni Kanun Tanah Negara yang tebal gile 2! Uiii lenguh la tangan tiap kali bawak benda 2. Huu ~

5-Undang-Undang Komersil
Yang ni subjek elektif. Lect nye Puan Rabi'ah gak. Puan cakap: "Hey..bosanla kamu an asyik jumpa ja..subjek tanah jumpa, subjek komersil pun jumpa lagi..nanti aktiviti mentoring pun jumpa..hahaha." Takde la puan. Mana ad ktorg bosan jumpa puan. Untung la ktorg dapat blaja ngan mentor. Senang pe. Pas2 terus wat aktiviti mentoring pun boleh. Haha. Subjek ni ad relate ngan Undang-undang Kontrak yang ktorg amek sem 4 ari 2. Bolehla ketch-up ckit walaupun bakal migrain nak memahami masalah & kes-kes nanti. Hee ~

6-Entrepreneuship & Personal Finance
Agak berbelit gak lidah nak nyebut subjek ni masa mula-mula. Nampaknye subjek 2 B.I. Tapi ktorg blaja dalam B.M. Hihi. Ni pasal pengurusan perniagaan la gi 2. Ak da la tak minat bnda2 cni. Tapi nak wat cane an. Minatkan la jugak diri sebab subjek ni kene amek. Lect yang ajar ni nama dy Puan Suhaila. Lembut sangat & slow suaranya. Bakal mendodoikan ktorg je rasanye. Huhu. Kelas dy sekali je dalam seminggu & straight 3 jam. Ha, mana tak ngantuk an. Dah la straight pastu dok dalam air-cond. Suara puan lak kene pakai mic baru jelas. Silap ari bulan leh terbabas tdo lau tak fokus. Hehe. Kene sedia gula-gula la time kelas puan ni lau nak selamatkan mata dari terlelap.

7-Al-Lughah Al-Arabiyyah Li Al-Dirasat Al-Islamiah 1
Tak yah nak baca panjang2 sangat ah. Pendekkan je. Ni subjek B.Arab. Huhu. Ustaz yang mengajar, Ustaz Shukri. Sangat santun, sentiasa senyum & baik gile! Ak paling exited subjek ni sebab kegemaran an. So, yakin la ckit. Dapat lak Ustaz baik cam 2. Lega la rasa. Makin seronok belajar sebab dy bagi kite paham betol2. A+ Insya-Allah. ;)

8-Hafazan & Tajwid
Subjek hafazan yang terakhir. Yeaaa! Sem akan datang nanti da takde da kene apal surah. Huhu. Cuma, walaupun untuk terakhir kali, tapi surahnya panjang! Surah an-Nur. Time diploma apal sampai ayat 38 je. Degree kali ni hamek kau sampai abis kene apal. Cabaran sungguh. Tapi Insya-Allah boleh lancar sebab dari time cuti sem ag ak da amalkan baca surah ni & try apal. Dengarnya Ustaz yang ajar ktorg KJ Syariah. Ustaz Hairol Fazli. Lawak orangnye & sporting. Itu kat luar, kat dalam kelas kite tengok nanti ye. Ok atau tidak. Hehe.

Sem baru kali ni harapnya dapat terus naikkan lagi CGPA & maintain 1st class. Belajar bukanlah semata-mata untuk CGPA, tapi untuk bekalan ilmu di dada & dapat memanfaatkannya. Wallahu'alam ~

Try It, Ok ~






Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Thursday, June 6, 2013

Teganu Kiter Boh ~

Salam Sume. Hai3.
Tengok tajuk pun mesti korang da tau an ak g bercuti. Hehe. Sesuai dengan Tahun Melawat Terengganu 2013, kebetulan ak sekeluarga & adik-beradik umi ak g bercuti ke negeri penyu ni. Tapi xsume adik umi ak ikut sebab ad hal masing-masing. Kureng ckit meriah. 

Tarikh dipilih 2-4 Jun 2013. Cuti skola an, senang ckit berjalan. 2 hb tu, bzday ayah ak. Haa kire hadiah la ni bawak dy g bercuti. *acah-acah je..mcmla ak yg tanggung belanja sume..hihi *. Xpela, kire hadiah kami sekeluarga buat ayah. Pagi 2hb tu lebih kurang jam 11.30 ktorg da gerak. Jauh gak perjalanan sebab dari kampung ktorg kat Skinchan. Ucu & Mak Ucu ak dok ganu sebab keje kat sana. So dorg la yang nantikan kedatangan ktorg & jadi tour guide xberbayar. Hihi.


Ni La Ucu + Mak Ucu. Dorg Polis Tau ! Hee.
Ucu La Yg Adik Kpd Umi Ak . Pehal Pegi Pejam Mata Lak Ucu Ni.  Haha

Sampai Ganu pas maghrib. Bila sume da berkumpul, terus g makan sebab sume da kebulur. Ucu lak bawak g makan ikan bakar + mentarang + lala. Perghh memang terbaik ahh. Makan lak ramai-ramai, makin berselera. Abis makan sume yang kepenatan balik bilik. Rehat & tdo jela jawabnya.


Ni Homestay Yg Ktorg Menginap.
Homestay Ibai Permai.

Esoknya, pagi-pagi g sarapan. Abis makan je nampak Ustaz Azhar Idrus masuk warung yang ktorg sarapan tu. Pe ag, haa xlepaskan peluang bergambar ngan beliau. Hehe. Parents ak & sedara yang lain pun bergambar sama. Da alas perut, shopping time! Ktorg masuk Pasar Payang, cari jubah & macam-macam ag. Tengah hari balik bilik sebab nak solat. Parents ak, nenek + atuk, pak tam, pak njang + anak sulung dy, ucu + mak ucu + kawan ucu start g mencandat jam 3.00 pm. Yang lain xdapat ikut sebab nanti terlebih muatan. Sedih je kene tinggal. So wat aktiviti sendiri jela. Huu~

Na Na Na Na Na Ganu Kiterr ~

Jeles Tgk Dorg Mencandat ! Besar-besar Sotong Yg Dorg Dpt.
Ikan Pn Ad & Besar-besar Gak.


Lepas subuh esok paginya baru mereka yang g mencandat tu balik. See, bape lama kene tinggal? =( Xpe len kali ak nak gak turun mencandat! Xkire! Hihihi. Dorg da puas rehat baru gerak sambung shopping. Kopok lekor xtinggal la. Sedap sangat kopok kat kedai yang ucu bawak ktorg g. Xberbau & warna pun cantik. Murah lak 2. Pas abis aktiviti shopping singgah Masjid Kristal. Tengok kecantikan masjid 2 & snap-snap gambar.

Family Yg Join Ke Ganu. Yg Lain Xde Dlm Gmbar. Spe Srh Xikut.
(^^,)

Balik xkonvoi pun sebab Pak Tam sekeluarga terus g Kelantan atas urusan keje. Pak Njang sekeluarga lak balik kampung Mak Njang kat Kedah. Nenek + atuk ak balik Kajang ngan ktorg. Pagi rabu baru umi ak antar dorg balik kampung. Nak balik terus malam tu, macam penat sangat. Sampai Kajang pun jam 10.00 pm time tu. Singgah makan jap pastu balik. 

Memang xpuas bercuti rasanya sebab xdapat ronda banyak tempat sangat. Huhu. Ada rezeki, Insya Allah nak g ag. Nak jalan-jalan sepuas hati. Ok, adios ~












Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Saturday, May 25, 2013

Air Oh Air...

Salam Sume. Hai3.
Sekarang ni musim kemarau an. Panas terik toksah nak cakap la. Keluar umah kejap pun da berpeluh. Disebabkan kemarau ni jugaklah beberapa kawasan mengalami gangguan air, termasuklah kawasan umah ak.

Start petang semalam, air tiba-tiba da slow. Ak da cuak da. Dalam ati xputus-putus doa biarlah air slow, jangan xde langsung. Rasa cam dok asrama lak sebab ada masalah air. Huhu. Kawasan ak memang jarang kene gangguan air. Ni kali ke-2 kene. 1st time kene tahun 2008 xsilap. Then, kali ni terkena lagi disebabkan cuaca yang membahang.

Bila malam, setitik air pun da xkuar. Nasib sempat tadah air untuk kegunaan tertentu. Pagi tadi sekeluarga g mandi kat R&R. Haha. Macam pelarian lak rasa. Petang, dalam kol 1 lebih air kat singki da mula ada. Alhamdulillah. Tapi air kat bilik air masih lom kuar. Ayah ak da bajet jadi tukang paip. Cek tangki bagai. Air kat tangki da penuh tapi nape xkuar gak air. Disebabkan pelik 2, ayah ak siasat la.

Ayah ak pun mula la panjat sana-sini. Pastu tah ape ag tah dy wat. Yang bestnya sume kepala paip kat bilik air ayah ak ganti baru. Haha. Then, tau-tau je air da kuar. Ayah ak tadahkan siap-siap kat sume bilik air. Ayah ak memang hero laa! Hihi. Alhamdulillah, air da kembali. Ape pun dugaan yang Tuhan turunkan, sentiasalah berdoa & kena bersabar. Bila-bila masa Dia boleh tarik nikmat yang Dia bagi. So, jangan kufur nikmat & sentiasalah hargai ape yang diberi.

Jangan Membazir Air ! Susah Tau Kalau Air Xde !



Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Saturday, May 18, 2013

Berjimba Itu Wajib Bagi 4 Are !

Salam Sume. Hai3.
Exited ni..exited!! Sebab ape? Sebab hari ini adalah hari yang best+sengal! 4 Are kembali berjimba setelah sekian lama xbertepek ber-empat. Hehe. 4 Are 2 ape? Ala ada ag ke yang xtau... 4 Are stand for = A'are, Anis, Atul & Afifah a.k.a Pipah. Kamilah 4 Are..! Huhu. Kali ni jumpa kat Kajang je. Senang sebab dekat masing-masing & cepat ckit sampai umah time balik t.

Pas zuhur ktorg berkumpul kat Metropoint Kajang & g book bowling. Selalu sangat xdapat main. So arini ktorg xnak kempunan ag xdapat main. Sementara tunggu turn untuk dapat main 2, ktorg g tempat game kat sebelah. Main basketball..main tembak-tembak..lumba kereta. Bising 2 xyah cakap la. Lau xbising bukan 4 Are namanya. Haha.

Ok, sampai giliran da nak main. Masing-masing da lama xasah skill. So banyak ke longkang jela bola 2. Haha. Tapi tahniah diucapkan kepada  Pipah & Anis sebab ada gak dapat strike. Anis bawak adik dy, Anum. So today, ktorg ada photographer. Senang la nak tangkap gambar ber-empat. Hehe. Lau x, slalu 2 payah nak snap gambar.

♥ Syg Bangat Sama Mereka. Besties Dunia Akhirat ♥



Abis enjoy main jalan-jalan jap dalam Metropoint 2. Ak ngan Anis memang da rancang nak cari belated birthday present untuk lagi 2 Are 2. Pas je solat asar ktorg g makan KFC. Abis makan baru bagi dorg hadiah 2. Reaksi dorg? Gila xsuka? Mesti la suka! Huhu. Then sambung ag snap-snap gambar. Ktorg mana tau erti puas lau nak melaram depan camera ni...! Lokasi seterusnya ---> Stadium Kajang. 

Kat Stadium Kajang 2 ada taman permainan & kawasan jogging. Pas2 ada la gak yang wat sewa main basikal duduk 2. Ada yang jual-jual gak. Da up da stadium 2 skunk. Haa pe ag cari port posing laa. Snap, jangan x snap. Wat muka xmalu je posing bagai nak rak kat situ. Tapi xleh lama-lama sangat sebab da nak maghrib. 

Selesai bergambar masing-masing pun da nak balik. Walaupun singkat je jumpa kali ni, tapi best 2 tetap best! Memang xpuas nak gelak-gelak, sembang-sembang & main-main ngan dorg, tapi xpela. Hope pasni ada lebih masa untuk kami berjimba! Hehe. We Chat grup pun ada. So xde la sunyi dari keep in touch ngan dorg. Dorg la sahabat sejati dulu, kini & selamanya. Sayang korg! Mmmmuuaahh!!


Habis Sudah Membebel ^^,

3 comments:

Sunday, May 5, 2013

PRU-13

Salam Sume. Hai3.
Marilah mari..Kita mengundi..
Jom kita mengundi, jom kita mengundi..
 
Ha..Macam-macam lagu mengundi ad an. And this year, my 1st time join mengundi! Exited la jugak. Yela nama pun 1st time an. Pagi tadi ak bangun terus mandi & siap2. Umi drop kat skolah tempat ngundi 2 & dia balik. Daripada dok menunggu bek balik dulu an. Dekat je ngan umah. Tengah ak jalan nak g beratur tiba-tiba nampak Mariam. Class-mate + Geng T-Ara ak. Borak jap je sebab nak beratur cepat-cepat. Barisan panjang kot!

Hmmm dakwat kekal la sgt an! Cuci ngan sabun da hilang!

Rasanya dalam sejam je kot ak beratur. Ke xsampai sejam ntah. Abis vote tunggu umi depan pagar. Tengok-tengok ad belon PAS dalam kereta. Umi cakap orang PAS yang jaga tepi jalan bagi. Pas2 ak & umi wat keje keji. Saje je angkat-angkat belon 2 bila lalu depan orang 'Be-End'! Kah3. Menggelabah je sume wat-wat pandang tempat lain. Pehal?? sakit mata ke mak cik & pak cik sekalian???. Balik umah, tukar kereta sebab sekeluarga nak gerak g Kota Damansara lak. Umi & ayah ak lak nak g ngundi. Dorang x edit alamat kt sistem SPR. So tempat ngundi still ikut alamat umah lama.

Kau Ada??


Time dok tunggu parent ak memangkah, ak & adik-adik ronda jap kat area umah lame ktrg 2. Banyak gile perubahan berlaku kat Sek 6, Kota Damansara 2. Parent g ngundi pun kat skola rendah ak dulu. Sambil ktrg lepak-lepak kat taman depan skola 2, sambil-sambil gak snap gambar. Atiq la gedik nak sangat bergambar. Haa amek ko..

Pilih Yg Kanan La Lbh Afdal An..Hee~

Tengah snap-snap gambar tiba-tiba ad sorang mamat ni tegur. Upenye school-mate dulu. 1 skola rendah kat Sek 6 2. Makk aii memang patot la ak xkenal dy. Da berisi skunk. Sempat tukar phone number & borak panjang ngan c Bashier 2 ha. Bagusla dy, xlupa kawan. Ad gak nampak kawan-kawan skola yang lain kat area taman 2. Tapi ak xdela tegur. Boys an, so I malu la.. hehe. Senyum-senyum dari jauh je. Bashier tadi je terlebih peramah setia lepak + sembang ngan ak.

Balik umah kepenatan sume. Umi & ayah sedap da tido. Ak pun cam layu je mata ni. ahaha. Ok la, nak lepak-lepak atas katil ni dulu. Penat + ngantuk. Adioss~

* Semoga 'mereka' itu diberi hidayah utk berubah ke arah yg lbh baik * 



Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Tuesday, April 30, 2013

150 Juta Ainan Tasneem

Salam Sume. Hai3.
Korang pernah dengar an lagu 150 juta ni. Ad member ak cakap lagu ni sesuai untuk ak. Bertuah punya budak! Dy kate lau ak da ad pasangan nanti mesti pasangan ak bagi lagu ni kat ak. Apakah?? Memandai je. haha. Ak tau nape dy cakap cam 2. Mentang-mentang ak ni dikenali dengan perwatakan garang bagai, so dy kaitkan ak ngan watak dalam lagu ni. Sebijik setepek cam ak katanye!


Time mula-mula lagu ni kuar & ak dengar, cam lampi gak la ak nak paham. Sebab lagu dy laju & xbape nak pick-up ape lagu ni cuba sampaikan. huhu. Tapi pas da dengar banyak kali baru paham. Lau korang pun xbpe nak paham lagu ni pun ak xheran. 2 sebab ak post lagu yang ad lirik skali. Nanti leh la korang try paham. Ok la. Nak hujan ni. Bek tutup laptop awal2 b4 petir berdentum-dentam. Adioss~
Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Monday, April 29, 2013

Anthem by Hlovate

Salam Sume. Hai3.
Waarrghh..teruja gile ni sebab novel terbaru Hlovate kini dimiliki! Ari 2 time g cawangan Jemari Seni kat Bangi, blom sampai ag. Awal ckit je ak datang. Bila tanya novel ni da ad sampai ke blom, akak jaga kedai 2 cakap petang. Lorh, ak datang tengah hari. Dan tadi, umi g kedai 2 belikan. Ngee..senyum sampai telinga laaa. Buat Niesa Payung, special untuk ko ak postkan sinopsis novel ni. hehe.



Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future.

Silam:
Westernized.
Memang bukan budak perempuan biasa. Nur Dania Dashrin. Bukan dipanggil Nur, bukan dipanggil Dania. Hatta bukan dipanggil Dashrin pun. Jika ditanya tentang asal-usulnya dan rumahnya di mana, jawapannya mungkin Belgium, Romania, Austria, Perancis, Amerika atau India.


Selepas Silam:
Dulu, ‘segalanya’ yang mahu ditinggalkan tu ialah dunia canggung yang serba menyesakkan dan melemaskan. Dunia di mana pertembungan kepercayaan, prinsip, budaya, definisi dan erti langsung buat dia rasa dirinya salah sentiasa dan tak ada harga.
Sekarang, ‘segalanya’ yang bertanda gelap itu kini mahu dia ubahkan warnanya.

Kini:
Kedegilan Dash untuk membuktikan bahawa dia berhak
untuk menjadi dirinya sendiri
tanpa mengikut acuan tipikal masyarakat keliling, membawa kepada satu perjalanan panjang yang merentas benua dari Malaysia, ke India, ke Scotland, dan tanah antara ketiga-tiganya.

Ak otw baca ni. Nanti da abis leh la ak we chat ngan ko. Wat rumusan pasal cite ni ye niesa..haha. Tapi lau ko da beli novel ni ag bagus. Senang ko paham. Wat u olls kat luar sana yang jadi peminat setia Hlovate, ape ag. Cepat beli! Book Fair pun da start an. So xsusah nak dapatkan novel meletop (gaya neelofa cakap) lagi syok ni.

And fyi, ak dapat tau sebelum ni Hlovate adalah seorang lelaki. Tapi salah sama skali ye tuan-tuan & puan-puan. Hlovate adalah seorang perempuan. Akak kedai Jemari Seni 2 yang g tau. Caye jela sebab dy an keje ngan publisher 2. Mesti la dy ag tau. Ok2, nak sambung baca ni. Layann~

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Saturday, April 27, 2013

Perempuan Tak Suka....

Salam Sume.Hai3.
Kalau semalam kita bercakap pasal diet yang familiar dengan perempuan, hari ni let's talk about something that boys needs 2 know. So, boys kat luar sana 2 boleh la ikut tips yang ak bagi ni untuk panduan menjadi suami yang soleh ok. Xyah nak couple-couple sangat lah. Wat tambah dosa je. Rasa berkawan 2 lebih manis sebenarnya daripada berperasaan lebih-lebih ni. Nak lebih-lebih, terus wat cara halal je ok, kawan-kawan.

* kite da insaf tau xnak da kutip dosa bercouple  >_< *

Ok, antara perkara-perkara yang ak leh share tentang apa yang perempuan xsuka dalam sesuatu perhubungan ialah:

1- Lelaki Yang Tak Bertanggungjawab
Sape yang suka an lau seseorang 2 xbertanggungjawab. Lagi-lagi yang da ambik kesempatan kat perempuan 2, pas2 tinggalkan terus. Habis madu, sepah dibuang! Bertanggungjawab ni syumul maksudnya. Kalau korang da ad sifat ni, korang akan tau tanggungjawab sebagai hamba Allah, anak, bapa, suami, pelajar & sebagainya. Jadi, xkan timbullah masalah sebab sifat ni yang buatkan korang disenangi. Barula leh jadi "Imam" yang baik kepada isteri & anak-anak.

2-Lelaki Yang Tak Penyayang & Tak Romantik
Binatang pun tau sayangkan anak kan. So manusia yang berakal ni, gunakanlah sebaiknya. Sayangilah keluarga & anak yang dikurnia 2. Jangan la anak 2 wat salah ckit da naik tangan. Banyak je cara nak ajar anak dengan betul. Then, kalau tengok zaman skunk time bercinta romantik xhengat! Tapi da kahwin, beranak-pinak, isteri 2 macam nak-tak-nak je dipandang. Xnak la macam 2 ea. Romantik la pada tempatnya. Bukan suruh romantik sepanjang masa pun. 

3-Lelaki Yang Curang & Menggatal
Haaa yang ni sangatlah pantang dan dibenci oleh perempuan! Jadilah seorang yang jujur ok. Kalau benci, katakan benci. Cewaahh. Kalau da xsudi 2 cakap jela terus-terang, bukan main perempuan lain kat belakang. Kalau perempuan yang wat cam 2, pandai lak an korang nak marah. So, nak bagi fair, sama-sama jujur. Kalau x curang pun, tapi menggatal tengok perempuan lain pun memang nak kene gak! Belum lagi yang dok mesej-mesej. Isteri da ada kat sebelah sebok tengok perempuan lain wat pe. Mata 2 kena jaga tau. Tundukkan pandangan. Baru hati isteri senang. Kalau x geramm je. Sabo jelaaa.

4-Lelaki Yang Tak Reti Menghargai
Yang ni pun 1 hal. Punyalah banyak isteri berjasa, xreti menghargai. Ingatla balik kebaikan yang isteri da buat untuk korang. Susah senang dy selama hidup bersama. Bagi pinjam perut mengandungkan anak korang. Melahirkan lagi separuh nyawa. Ucap "terima kasih", "I love u", "I miss u" selalu. Bukan masa bercinta je kena ucap. Da kahwin patutnya yang diucap selalu. Baru xjemu. Malah, menambahkan lagi kasih-sayang & rapatkan hubungan.

5-Lelaki Yang Pemalas
Lelaki pun kena rajin tau. Bukan perempuan je yang patut ad sifat ni. Isteri masuk dapur, g pasar, kemas umah, basuh baju & pinggan-mangkuk, suami pun kena wat gak. Sedangkan Nabi dulu pun baginda yang masakkan untuk isteri. Menjahit pun Nabi buat. Contohilah sifat Nabi 2. Barulah umat Nabi yang dikasihi namanya. Ni kalau setakat kejenya melepak tengok tv, perintah buat itu ini, sape yang suka. Penat tau buat keje sorang-sorang!

6-Lelaki Yang Ego
Tak dinafikan perempuan pun ad ego. Tapi seperti yang diketahuilah an, ego korang yang laki ni, ag tinggi. Ak nak bagi contoh. Kalau sorang perempuan 2 wat salah macam luah perasaan kat fb benda yang berkaitan ngan pasangan dy, laki 2 pun wat cara yang sama. Seolah-olah balas balik ape yang perempuan 2 buat. Pas 2 bagi alasan : " Kalau awak leh wat macam 2, saya pun leh buat..". Adoii, konon ego tercabar la 2. Ada pulak balas balik. Patutnya cari la penyelesaian. Kadang-kadang perempuan buat macam 2 nak perhatian. Then, gaduh ckit je cakap perempuan ego lebih. Padahal xsedar ego dy lagi tinggi melangit. Profesional la ckit sebab korang pun tau an perempuan emo lebih. Sensitif memang xleh lari dalam diri perempuan. So perlu betul la caranya nak hadapi perempuan.

7-Lelaki Yang Suka Mengungkit
Jangan sesekali mengungkit tentang kesalahan atau perkara-perkara lepas sampai buatkan perempuan rimas & xsuka. Korang pun menyampah gak an kalau ckit-ckit perempuan 2 nak mengungkit. Selalu dok ungkit-mengungkit, lama-lama langsung xterasa da bahagia sebab otak 2 da setting ungkit perkara-perkara yang xsepatutnya.

8-Lelaki Yang Tak Pandai Ambik Hati
Faham-faham jela an. Hati mak bapak pun xpandai nak ambik, memang perempuan kurang yakin la. Pas 2 kalau merajuk, korang lak wat derk je. Lagi la perempuan sakit hati. Kot ye pun pujuk la. Xreti pujuk? Hmm xtau la leh terima ke x alasan 2. Banyak je cara nak pujuk. Bukan setakat rayu-merayu, beli bunga & call. Tapi korang boleh cuba buat perempuan 2 happy balik. Minta maaf pun da buat hati perempuan berbunga. Tak susah pun la nak lembutkan hati perempuan.

9-Lelaki Yang Tak Menghargai Nyawa
Tau an ape maksud ak? Pe ag kalau bukan lelaki yang merokok. Kalau ad yang korang tengok perempuan diam je kalau suami dy merokok, bukanla bermakna dy suka. Tapi da malas nak cakap banyak. Benda boleh pkir an. Bukan xtau pun an akibatnye. Nyawa 2 hak Allah tau. Ape hak korang nak rosakkan & xhargai. Alasan susah nak berenti pun memang xleh diterima. Niat 2 kalau ikhlas nak berenti merokok, rajin berdoa, Allah tolong laa. So, no more excuse ok!

10-Lelaki Yang Penakut
Penakut ni bukanlah bermaksud takut hantu ke ape ye. Ni lebih kurang macam penakut nak mengaku kesalahan atau berdepan dengan cabaran. Senang cite penakut yang xbertempat. Satu je keadaan yang buat perempuan suka kalau lelaki itu takut. Iaitu lelaki yang takut kepada Allah. =)

Cukupla 2 10 perkara je. Kang membebel banyak-banyak korang gak malas nak baca. Hihi. Semua benda-benda ni boleh difikir & kita perlu sentiasa berfikir. Jangan lupa bermuhasabah diri. Cari ketenangan & minta bantuan yang Esa supaya kebahagiaan sentiasa berpanjangan. Wassalam~






Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Friday, April 26, 2013

Diet & Maintain!

Salam Sume.Hai3.
Memandangkan ramai member ak mintak tips untuk jaga badan, ak pun post jela kt blog ni ea. Senang nak rujuk, xyah dok ulang-ulang cakap.hehe. Pasni lau ada ag yang tanya jawapan ak senang je : "Usha la kat blog ak..".hee.

Ak ni bukanla pakar kesihatan ke ape. Tapi ak share ni berdasarkan tips mane yang ak tau jela. Dan jangan salah paham lak ea. Ak bukanlah kaki diet pun ok!. Ape yang ak nak makan, ak taram je sebab ak ni berat badan senang naik & senang turun. So xheran la kadang-kadang dengar member cakap : "Weh, nampak berisi la ko skunk..". And len masa ad yang cakap : "Nape kurus sangat ni...ko diet ke wey??pe tips??" dan yang sewaktu dengannya lah. Ok, jangan buang masa. Meh baca tips untuk diet & maintain berat badan k.


Antara Tips Yang Boleh Ak Share:



Baca Doa Makan
Mesti ad yang gelak an tengok tips 1st ni. Hee. Btol ape. Sape yang xbaca doa makan dia makan bersama syaitan. 2 sebab berlaku pembaziran akhirnya. Ikutkan sangat nafsu makan. Perut da kenyang, tapi makanan still banyak. Sebab ape? sebab tadi bukan main beli itu ini & terus makan xbaca doa. Lagi 1 kita da diajar makan sebelum lapar & berhenti sebelum kenyang. See, Islam sendiri da ajar benda-benda yang membawa kebaikan & kesihatan.

Puasa
Puasa adalah diet yang paling baik & berkesan. Tu sebab salah satu hikmah berpuasa adalah untuk menjaga kesihatan. Haa rajin-rajinla wat puasa sunat ea. Disamping menjaga badan, dapat gak pahala. Kan untung 2. Tapi niat 2 janganla semata-mata untuk diet ok. Biarlah ikhlas kerana Allah & nak kutip pahala. Then time buka puasa 2 xyah balun sampai 2 3 pinggan. Sia-sia je usaha diet korang nanti. Hehe.

Bersenam
Sah-sah la tip yang ni pun korang tau an. Memang da jadi galakan & amalan kebanyakan orang. Korang xyah tension sangat dok pikir nak bersenam yang berat-berat. Cukup la sekadar berjalan atau menaiki tangga. Banyak gak lemak yang terbakar tau. Pas 2 masa bangun pagi-pagi pas baca doa bangun tidur, korang wat la seat-up. 1st day wat la dalam 5x je. Hari-hari seterusnya lebih ckit daripada hari sebelumnya. Ini boleh bantu kempiskan perut.

Minum Air 
Kalau korang risau perut 2 penuh dengan makanan yang akan menjadi lemak tepu, so the best is banyakkan minum air. Bila minum air an kita leh kenyang gak. So mestila xteringin nak makan an. Tapi janganla minum air yang xchat ye & makan la jugak nasi tapi dalam kuantiti yang sederhana. Lauk yang chat dilebihkan.

Susu + Buah
Dalam Islam sendiri da ajar & mulakan amalan sihat. Zaman Nabi lagi da amalkan minum susu + kurma. Sangat menyihatkan & membekalkan tenaga. Boleh mencerdikkan otak skali. Yang cara mat salleh orang kita selalu amalkan ialah minum susu + pisang. Cara 2 pun bagus. Nanti perut akan kenyang & kurangkan selera makan yang tinggi. Seeloknya korang amalkan benda ni time breakfast sebab breakfast is the important thing & korang kadang-kadang xteringin pun nak lunch. Haa kan da dapat kurangkan lemak di situ.

Makan Kerap, Kuantiti Sikit
Kalau korang ni jenis yang memang kene mengunyah, don't worry. Boleh je mengunyah & xperlu over tahan lapar. Korang tetap leh kerap makan cuma kuantitinya jangan banyak. Then, seperti yang diajar dalam sunnah Nabi, kunyah makanan 2 selumat mungkin. Biar senang makanan 2 hadam & xtertinggal jadi lemak yang tepu.

Ikut Pyramid Makanan
Penat je pakar kesihatan kelaskan pyramid makanan. Da ad guide, so ikut jela. Huhu. Ak pun kadang-kadang xikut sangat pyramid makanan 2. Tapi try untuk balance dalam pengambilan makanan. Kalau sekali-sekala teringin nak makan benda yang xdisyorkan makan, it's ok. Kang kempunan lak an. Haha. Cuma beringatla ye supaya xover.

Makan Dengan Perlahan
Sape yang pelahap 2, harap dapat cuba la kurangkan lahap anda ye. Hehe. Yang ni memang fakta. Sape yang makan dengan gelojoh mesti rasa xpuas & disebabkan 2 la asyik nak tambah nasi. Sudahnya berat pun ikut bertambah, baru nak bising gemuk, baju sendat & sebagainya. 

Emm rasanya macam yang ni je dapat ak pikir. Banyak je ag tips lain yang boleh korang ikut. Tanya aje En Google 2. Mesti dia bagi jawapan. Hihi. Dalam sebok menjaga kesihatan jasmani, jangan lupa jaga kesihatan rohani. Camne nak wat? Mengaji & berzikirlah selalu. That's all. =)

*Cuti ni berat ak naik 7kg woo..hahaha*



Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Thursday, April 11, 2013

Family Day BMMB At Kalumpang

Salam Sume. Hai3.

Hmm baru ada mood nak berblog.hehe.Bukan xteringat kat blog terchinta ni.Tapi rasa lebih rajin melayan drama Korea melebihi segalanya.Cewahh.Almaklumlah an, da cuti sem.So ak tanpa membuang masa melayan la drama & movie Korea yang da lama menunggu dalam hardisk 2.

Setelah lebih kurang seminggu cuti, sabtu & ahad lepas, merasa gak ak keluar dari umah.Sebab office ayah ak, Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) wat family day kat Kalumpang.Haa penah dengar x nama tempat ni?Ak pun 1st time dengar masa ayah ak g tau pasal family day 2.Tapi tempat dy best gak.Ada sungai.Ala-ala macam Sg Congkak cuma Kalumpang ni cantik & ada sediakan penginapan.Jom kita tengok suasana kat sana yang ak sempat snap.

Ha ni nama tempatnya
Chalet yang disediakan

Cantik chalet dy. Siap ada loteng ag. leh tdo kat loteng 2

Sungai. Time ni rasa xsabar nak terjun.

Ada kolam ikan

Kawasan belakang ni leh wat macam2 aktiviti

Sejuk gila air sg dye!

Petang plak, dalam pukul 4 ada sukaneka.Main tiup tepung pastu amek gula-gula pakai mulut, tarik tali & kuiz untuk staff & pasangan masing-masing yang diberi nama "Cinta Satu Hati".Pergh comot gila muka kene tepung.Siap masuk dalam hidung & mulut.Uweekk xsedap langsung!Tarik tali pun klakar tengok ragam staff-staff ayah ak.Ayah ak pun sama je gila-gila.Langsung xrasa kekok nak gelak-gelak ngan dorg walaupun ayah ak baru je transfer ke cawangan Seremban.Abis kuar sume bahasa nogoghi dorg.huhu.Group ayah dapat no 1 lak 2.Time game kuiz dengan pasangan 2, umi ak kat bilik.So ak & adik-adik jadi wakil umi.haha.Klakar sebab ktorg ada gak main tipu.Ak suruh adik ak g intai jawapan ayah.Padahal mana boleh.Pasangan kena duduk jauh-jauh & jawab soalan-soalan yang berkaitan ngan diri & pasangan.Nasib la ak ni tau gak ckit-ckit pasal umi & ayah.Contoh macam ada soalan 2 tanya tempat percutian idaman pasangan.Haa ak tau jawapannya & ada gak kat soalan yang lain ak tibai je.haha.Then da abis sume game kat darat, main game kat air lak.Game Pillow Fight & bola baling.Ni orang-orang laki la main.Dan skali lagi group ayah ak menang.haha.

Comot!tapi ni pun da bersihkan ckit muka

Ayah ngah jawab kuiz "Cinta Satu Hati"

Ha..tarik..tarik..

Game bola baling

Pillow Fight

Abis main game air, ape lagi....terjun sungai!!Berendam jap main-main air dalam sejam lebih, baru ktorg balik bilik.Time dinner family ktorg pakai sedondon.Warna grey menjadi pilihan.Yang paling specialnya, ada kambing golek.Sume suka.Ak je yang xteruja.haha.Sebab ak xmakan kambing sangat.Ak rasa 3 slice je.Pas2 da xleh masuk da.Acara penyampaian hadiah pun menarik dengan ada cabutan bertuahnya.Bila da sampai penghujung majlis sume 2 staff-staff pun mula la karoke.Yang klakarnya ada staff 2 suara xsdp langsung.Tapi nyanyi dengan penuh keyakinan.haha.Muka selamba lak 2.Orang gelakkan pun dy terus nyanyi & dy pun nak tergelak gak sebenarnya.Memang sempoi dorang sume ni.

Sok paginya, pas sarapan ktorg terus kemas-kemas.Staff yang lain ada yang sempat ag mandi sungai before check-out.Ktorg kene gerak awal sebab nak anta Atiq balik matrik.Otw balik sempat singgah Rawang.Beli belah ckit & lunch.Sampai umah sume tido dek kepenatan.Hope next year dapat g tempat best ag.hee~

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Thursday, March 28, 2013

Sanah Helwah

Salam Sume..Hai3..

26.3.2013 ari 2 bzday umi ak..Malam sebelum bzday dy, ayah da pakat ngan ktorg nak wat surprise kat umi bawak dy g Bukit Tinggi, Bentong, Pahang..Wohoo~ sempat ak berjalan an dalam ngah sibuk-sibuk nak study ni..Lagipun umi da lama nak g c 2..So sempena bzday umi yang ke-47 ni ayah tunaikan impian umi 2..hehe..

Umi tersayang..Comel kan umi ak?? =)
Tetap muda walaupun da 47 tahun

Aku & adik ak pun teruja gak nak g c 2..Tapi adik 2nd ak, Atiq, xde..Ciann..Nak wat cne an..Time 2 ari selasa & dy pun ada kelas..Ktorg tetap ingat ko la Tiq..Tetap terasa xlengkap ko xde..Tengok 2, umi pakai baju yang ko hadiahkan..hehe..Bulan 5 nanti ayah ada conference kat Bukit Tinggi..So kite ikut skali ea Tiq..Ko an da abis matrik time 2..Xde la kene tinggal ag..hua3..

Memang cantik tempat-tempat kat c 2..Ingatkan nak la pakai kimono time kat area Japane Tea House..Tapi sewa RM20! Huh, teros xjadi..Tengok jela orang lain bergambar..sob3..

Antara Pemandangan Kat Sana

Ececeh Ayah..Model La Konon 2.. ;)

Ni Ag Sorg..Kemain Ag Posing Adik Pah Ni..

Orang Cakap Muka Ak & Adik Pah Sama..Yeke??

Ayah, Umi & Adik Pah

Romantika D'Amor.. ^^,

Ak & Umi
Bila da tengah hari perut pun mula la lapar..Singgah makan jap kat salah satu restoran dalam bangunan-bangunan ni..Sedap & harga berpatutan kat c 2..Then g masjid solat & sempat singgah kat Animal Park..Tikus mondok 2 ak panggil dy Hamtaro..Sebab dy sama macam cite kartun Hamtaro 2..hehe..Comel je tengok dy makan..Ak bagi ape je, dy ngap! huhu..

Menu
Bagi Hamtaro Makan

Petang 2 otw balik hujan lebat giler time kat MRR2..Dengan jamm nya..Nasib da gerak awal..Tapi bila sampai Kajang, kering kontang..Malam nya baru hujan..Da balik umah 2, ak sedar la diri..Bukak buku menelaah cam bese..hehe..

Semalam, 27hb bzday Syue..Room-mate ak dulu..Arini 28hb bzday my bff, Pipah..Geng 4-ARE ak..Sok 29hb pun bzday kawan ak gak nun jauh kat Jordan..Buat mereka semua, ak doakan rezeki berpanjangan melimpah-ruah..hidup diberkati di dunia akhirat & terus berusaha menjadi hamba-Nya yang dikasihi..Aminn~



Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Sunday, March 24, 2013

Dayang Pembawa Hantaran

Salam Sume..Hai3..
Dalam busy-busy menelaah ni, semalam, ak & kawan-kawan sempat jadi dayang pembawa hantaran untuk majlis akad nikah Kak Ziha. Kak Ziha ni kakak kepada salah seorang geng T-Ara ak, Ct. Ktorg da janji nak jadi dayang kakak dy lama da. Tp xsangka lak jatuh pada musim final exam majlis ni. Tp it's small matter la. Setakat jadi dayang untuk beberapa minit, apa la sangat an. Kite mudahkan kerja orang, nanti Allah mudahkan kerja kita. Btol x??hee.

So seperti yang disepakati, dayang-dayang berjubah hitam & tudung colourfull menjalankan tugas dengan jayanya semalam. Gambar time pegang hantaran xde. Tapi gambar bersama pengantin ada. Nak tengok?? Jeng3...

Taraa..Kamila dayang-dayangnya..
Dari kiri (atas ke bwh sampai ke kanan) :
 Kak Wa, G-Are, Kurshia, Sina, Ct (kwn ak a.k.a adk pengantin), Ain,
Muna, Ejat, Nisa & Aku

Cantik kan tarikh nikah Kak Ziha ni. 23.3.2013. Arini plak kenduri nye. Xamek pun gambar ngan pengantin tadi. Btw,tahniah Kak Ziha. Semoga bahagia ke anak cucu, dimurahkan rezeki & mendapat anak yang soleh solehah. 

Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:

Sunday, March 17, 2013

Time Is Running Out!

Salam sume..Hai3..
Entry ini tiada kaitan ngn Running Man ye..haha..Tapi an nk tau x..Dlm terhegeh-hegeh nk study ni ak sempat je layan Running Man tu..Konon utk relax n rest pale otak jap laa..puuii~

Ok sebenarnya time is running out sebab hari da semakin petang..Then malam..Then muncul la esok..
Ha..esok??!!arghh scary~Sebab apa?Sebab esok la bermulanya ak berjihad di medan peperiksaan..haha..Ayat nk uuuppp je..Scary..Worry..Nervous..Semua bergabung menjadi 1..Tapi dok scary pn ak khayal gak wat bnd2 lain..ish3~

Da la 1st day je da mengadap killer paper!Teka la subjek ape..Nk tau?Pe ag lau bukan subjek Maqasid As-Syariah..Subjek ni best..Tapi soalan yg ustaz nk bagi nanti yang agak menggerunkan ktrg sbb ustaz banyak bagi soalan yang memerlukan kita fikir sendiri..Lau dalam bm, sap sap sui je ak leh jawab..Tapi ni dalam arab..Ak takot ayat ak ustaz xpaham je..Sebab arab us lagi tinggi bahasanya..Hmm..

Adakah ak sorang je yang study ala kadar??huhu..Ntah-ntah orang lain da ready..wohoo~Ok let's check it out my exam time table..


5 subjek je..Bak kate Puan Rabiah a.k.a Pn Bie, mentor ak, "Kalau xdapat score jugak xtau la..Saya tunggu exam result kamu, saya nak semua dapat A ok..hehe"..Mulut ak jawab, "Insya Allah.." padahal dlm ati, " Mampos ak!".. And ak rase kawan-kawan yang lain pun sama je pikir cam ak..haha..

It's ok..Ak pasti boleh!Lecturer semua sentiasa bagi support..Soalan pun sebenarnya kita boleh tackle..Tapi kene betol la caranya..So guys, pray for me ok!Wish me luck!Adioss~




Habis Sudah Membebel ^^,

No comments:
Subscribe to: Posts (Atom)
Subscribe to: Posts (Atom)

:: Be My Follower ::

Wanna Friend With Me??Just Do This Step:

1) Copy my blog url
2) Go 2 ur dashboard
3) Click add button at the left corner
4) Paste my blog url at the space "add from url"
5) Then just follow the next step

Simple right??And thx 2 become my follower ^^,

:. WishList .:


study smart
Bertunang! ;)
Kumpul Lebih Banyak Tudung Bidang 50
Kuar Jln2 Ngn Member2
Pergi Umrah & Haji
Kawen ^^,

:. B e b e L a N .:

  • ►  2015 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  May (1)
  • ▼  2013 (20)
    • ▼  December (1)
      • Semester 7..Phheww!
    • ►  October (1)
      • Imtihan Nihai'e
    • ►  August (1)
      • Iftar Jamaie 2013
    • ►  July (1)
      • Salam Ramadhan ^^,
    • ►  June (3)
      • Freedom At Friday-Sunday!
      • Sem 6 Suda....
      • Teganu Kiter Boh ~
    • ►  May (3)
      • Air Oh Air...
      • Berjimba Itu Wajib Bagi 4 Are !
      • PRU-13
    • ►  April (5)
      • 150 Juta Ainan Tasneem
      • Anthem by Hlovate
      • Perempuan Tak Suka....
      • Diet & Maintain!
      • Family Day BMMB At Kalumpang
    • ►  March (3)
      • Sanah Helwah
      • Dayang Pembawa Hantaran
      • Time Is Running Out!
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (30)
    • ►  December (2)
    • ►  November (5)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (32)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (2)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (5)
    • ►  February (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2010 (7)
    • ►  December (2)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)

Background.MyEm0.Com
Half Purple and Blue Butterfly
Terima Kasih Sudi Jengah Ke Blog Ini.Jengah La Lagi Yee. Powered by Blogger.